Masjid Darul Aman

Masjid Darul Aman Darul Aman, Masjid, Mosque, Eunos, Singapore Simbol yang melambangkan masjid dan keislaman.

MASJID DARUL AMAN

Masjid Darul Aman yang menjadi salah sebuah bangunan mercu tanda di kawasan Geylang telah dibangunkan dari tahun 1984 hingga 1986 sebagai ganti kepada beberapa buah masjid termasuk Masjid Aminah. Masjid-masjid berkenaan telah dirobohkan lantaran memberi laluan kepada pembangunan di kawasan Kampung Ubi dan Geylang Serai. Masjid Darul Aman telah diperluaskan dan bangunannya diper

tingkatkan pada tahun 2005 dengan pembiayaan sebanyak 3 juta dolar, setelah berkhidmat dan memberi faedah kepada masyarakat selama 18 tahun. Masjid yang telah dipertingkatkan sekarang mempunyai:

• Ruang salat yang lebih luas sehingga boleh menampung 4,000 jemaah (sebelumnya ia hanya boleh menampung 3,000 jemaah sahaja);
• 8 buah bilik darjah yang mempunyai pelbagai alat pembelajaran moden serta boleh berfungsi sebagai bilik serba guna (sebelumnya ia hanya mempunyai 2 buah bilik darjah sahaja);
• kawasan persekitaran yang selesa dan sistem audio yang lebih berkesan untuk memangkinkan lagi salat berjemaah; dan
• Sistem lampu dan alat pandang dengar yang canggih membolehkan penceramah-penceramah menyampaikan ceramah-ceramah mereka dengan lebih berkesan. Walaupun telah menjalani peningkatan, konsep reka bentuk bangunan Melayu tradisional tetap dikekalkan khususnya pada bumbung dan bentuk bangunan utamanya. Kuda-kuda pada bumbung bangunan utama tetap kelihatan dari dalam bangunan seperti keadaan di dalam rumah-rumah orang Melayu pada zaman dahulu. Dewan salat berada di bangunan utama sementara dua buah bangunan kecil di kiri dan kanan bangunan utama dihubungkan melalui kawasan cantuman yang selesa. Konsep begini membolehkan pengedaran angin yang baik di dalam bangunan utama lantas menyebabkan suhu dan keadaan di dalam dewan salat menjadi lebih nyaman. Ejaan ‘Darul Aman’ dalam tulisan Jawi mengandungi lima garisan tegak yang dapat diertikan rukun Islam yang lima dan juga salat fardhu lima kali sehari. Tiang-tiang yang lima tersusun dengan begitu rupa menjadikan bentuk sebuah kubah yang dapat melambangkan sebagai sebuah masjid tempat orang-orang Islam beribadat. Sementara huruf-huruf ‘MIM’dan ‘RA’ yang bersilang membawa pengertian khusyuk semasa melaksanakan ibadat. Selain membawa maksud tertentu, ia juga dibentuk berdasarkan seni khat Islam.

06/09/2026

Kelas Fiqh Solat Muslimah bimbingan Ustazah Shameem Sultanah
Setiap Ahad, Jam 8 pagi.
Dewan Lanjutan, Masjid Darul Aman
Sokong Masjid Darul Aman melalui:
1) PayNow: UENS86MQ0030E (Ref: Saham Akhirat)
2) Bank Transfer: OCBC Current 665-403408-001
Semoga segala amalan baik kita diterima Allah swt. Terima kasih atas sokongan anda.

🌿 LANGKAH BERSAMA: JALAN SANTAI MASJID KE MASJID 👣Assalamualaikum w.b.t. 🌸Jom sertai Langkah Bersama: Jalan Santai Masji...
05/09/2026

🌿 LANGKAH BERSAMA: JALAN SANTAI MASJID KE MASJID 👣

Assalamualaikum w.b.t. 🌸

Jom sertai Langkah Bersama: Jalan Santai Masjid ke Masjid anjuran Masjid Al-Taqua! 🚶‍♂️🚶‍♀️

Luangkan pagi bersama keluarga dan rakan-rakan untuk berjalan santai, kekal aktif, mengeratkan silaturahim dan menikmati suasana pagi bersama komuniti.

📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 10.00 pagi
📍 Bermula: Masjid Mydin
🏁 Tamat: Masjid Darul Aman

👨‍👩‍👧‍👦 Semua dijemput hadir! Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan.

🎒 Jangan lupa bawa:
• Botol air
• Payung
• Kasut yang sesuai
• Pakaian yang sesuai untuk aktiviti berjalan

✅ Penyertaan adalah percuma.
📲 Sila daftar melalui QR code pada poster untuk tujuan pendaftaran.

Jom kita Langkah Bersama! 👣
Sihat, santai dan eratkan ukhuwah. 💚

22 Rabiulawal 1448H | 4 September 2026Azan: 1:05 ptgKhatib: Ustaz Isa HassanKhutbah: Hadyun Nabawi: Menyemai Minda Kriti...
04/09/2026

22 Rabiulawal 1448H | 4 September 2026
Azan: 1:05 ptg
Khatib: Ustaz Isa Hassan
Khutbah: Hadyun Nabawi: Menyemai Minda Kritis, Memupuk Hikmah

Mari kita tingkatkan amal baik kita pada hari yang diberkati ini!

Salah satu cara untuk meningkatkan barakah rezeki kita adalah melalui Infaq
Cara untuk menyumbang pada hari Jumaat:
🟢 melalui PayNow: UEN No. S86MQ0030E, Ref: Jumaat

Semoga Allah swt menerima segala amal kebaikan anda. Amin InsyaAllah. 🤲🏼

03/09/2026

The Prophet ﷺ said:

**مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ**

*”Part of the perfection of a person’s Islam is leaving that which does not concern him.”*

Sometimes, we may be tempted to involve ourselves in matters that have nothing to do with us. So, let us learn to know when to step in—and when to simply stay out of it.
_________________
Let us increase our good deeds today!

One of the ways to increase the barakah in our rizq (sustenance) is through infaq (charitable giving).
Ways to contribute :

🟢 Via PayNow: UEN No. S86MQ0030E

May Allah SWT accept all your good deeds and contributions. Ameen, insyaAllah. 🤲🏼

🌱 Renewing Our Intentions, Strengthening Our PurposeA meaningful Liqa’ with the ILHAM staff from Group A (East Mosque Cl...
02/09/2026

🌱 Renewing Our Intentions, Strengthening Our Purpose

A meaningful Liqa’ with the ILHAM staff from Group A (East Mosque Cluster), featuring a short sharing session by our MRO (Ustaz Isa and Ustaz Hazim)

A moment to pause, reflect and rejuvenate our spirits as we continue our journey in seeking and imparting knowledge for the sake of Allah s.w.t.

May Allah renew our intentions, strengthen our purpose, and grant barakah in every effort we make in serving our communities. 🤲🏻

The Battle No One talks about…💭How do we overcome desires and addictions?💭What does the journey back to Allah look like?...
01/09/2026

The Battle No One talks about…

💭How do we overcome desires and addictions?

💭What does the journey back to Allah look like?

💭Am I alone in this journey?

Many youths today live in a hypersexualised digital environment where temptation is only a click away.

Let’s create a safe, non-judgmental, and faith-centred space to discuss these realities honestly.

Join us for *Heart Talk Series 3*, — a youth-centred programme unpacking practical strategies to break unhealthy cycles while strengthening our relationship with Allah 🤍

Because sometimes, the battle begins with what we choose to consume.

🗓 26 September 2026, Saturday
🕟 3:30pm – 7.00pm
📍 Masjid Darul Ghufran

Register now!
🔗Males: tinyurl.com/HeartTalk3Male

🔗Females: tinyurl.com/HeartTalk3Females

Alhamdulillah, masih terasa kemeriahan dan keindahan suasana Maulid Akbar yang berlangsung pada Ahad lalu, 30 Ogos 2026....
01/09/2026

Alhamdulillah, masih terasa kemeriahan dan keindahan suasana Maulid Akbar yang berlangsung pada Ahad lalu, 30 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Hassan Saifouridzal dan Majelis Rasulullah s.a.w Singapura ,Ustaz Sofyan dan Darul Mujtaba, serta seluruh warga kerja, para sukarelawan dan jemaah yang telah hadir dan bersama-sama memeriahkan pagi yang penuh barakah ini.

Kehadiran anda semua bukan sekadar memeriahkan majlis, tetapi menjadi sebahagian daripada usaha kita untuk terus menghidupkan rasa cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Semoga setiap langkah, selawat dan usaha yang dicurahkan menjadi saksi atas kecintaan kita kepada Baginda s.a.w

Moga kecintaan ini terus mekar dalam hati kita dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian dengan mengikuti sunnah dan mencontohi akhlak Baginda s.a.w

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

30/08/2026

Kelas Fiqh Solat Muslimah bimbingan Ustazah Shameem Sultanah
Setiap Ahad, Jam 8 pagi.
Dewan Lanjutan, Masjid Darul Aman

Sokong Masjid Darul Aman melalui:
1) PayNow: UENS86MQ0030E (Ref: Saham Akhirat)
2) Bank Transfer: OCBC Current 665-403408-001
Semoga segala amalan baik kita diterima Allah swt. Terima kasih atas sokongan anda.

28/08/2026

✨ Becoming Someone the Prophet ﷺ Would Be Proud Of ✨

Prophet Muhammad ﷺ loved his ummah deeply and cared about our well-being in this world and the Hereafter.

So how can we become people whom the Prophet ﷺ would be proud of?

It begins with the simple things: honouring our parents, guarding our prayers, speaking kindly, keeping our promises, helping those in need, and treating others with gentleness.

At the same time, we must stay away from lying, betrayal, hurting others, spreading rumours, backbiting, envy and arrogance.

Following the Prophet ﷺ is not about extraordinary achievements. It is about **living by his guidance through the small things we do every day.**

May Allah make us among those whom Rasulullah ﷺ recognises, is pleased with, and welcomes as his ummah. 🤍
___________________
Let us increase our good deeds today!

One of the ways to increase the barakah in our rizq (sustenance) is through infaq (charitable giving).
Ways to contribute :

🟢 Via PayNow: UEN No. S86MQ0030E

May Allah SWT accept all your good deeds and contributions. Ameen, insyaAllah. 🤲🏼





Address

1 Jalan Eunos
Singapore
419493

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category