11/06/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
In syaa Allah, Majlis Tahlil mingguan Masjid Assyafaah akan diadakan setiap hari Khamis malam Jumaat bersama para imam bilal Masjid Assyafaah.
Kami menjemput para jemaah untuk menyumbang seikhlas hati sebagai amal jariah. Nama-nama arwah dan doa selamat yang ingin didoakan boleh dihantar melalui pautan di bawah.
Sila hantar sebelum jam 4 petang pada hari majlis. Nama yang diterima selepas itu akan dimasukkan pada sesi berikutnya, in syaa Allah.
Nama-nama boleh dihantar melalui pautan berikut:
https://tinyurl.com/assyafaah-tahlil
Semoga segala sumbangan dan doa menjadi amal soleh yang berkekalan.