07/09/2026
📸 Sekilas kenangan Maulid Masjid Ahmad — 29 Ogos 2026
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Majlis Maulid di Masjid Ahmad telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan kemeriahan. 🤍
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Dr Ahmad Dahri, Kump**an Ihyaunnur, para asatizah, pengisi acara, sukarelawan, serta seluruh jemaah yang hadir dan bersama-sama menjayakan majlis ini.
Tidak dilupakan, jazakumullahu khairan kathiran kepada para penaja Infaq yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan. Sokongan dan sumbangan anda amat bermakna dalam menjayakan majlis ini. 🌿
Terima kasih juga kepada semua yang bertungkus-lumus di sebalik tabir — daripada persiapan, penyediaan jamuan, penyambutan tetamu hinggalah memastikan perjalanan majlis berjalan lancar.
Semoga setiap selawat, ilmu, masa dan sumbangan yang dicurahkan menjadi amal jariah dan saham akhirat buat kita semua, serta menjadi asbab bertambahnya cinta kita kepada Rasulullah ﷺ.
Jazakumullahu khairan kathiran kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada kenangan indah ini.