04/09/2026
Khutbah & Solat Jumaat | 22 Rabiulawal 1448H | 4 September 2026 | Zohor 1:05pm
Sesi 1 (Live | Malay)
Khatib: Ustaz Khairul Anwar
Muazzin: Tuan Md Taufiq Md
Sesi 2 (2:10pm | English)
Khatib: Ustaz Uwais al-Qarny
Muazzin: Tuan Md Aizat Md Salim
Tajuk Khutbah - Hadyun Nabawi: Menyemai minda kritis, memupuk hikmah (Prophetic guidance: Cultivating critical minds, nurturing wisdom)
Hadyun Nabawi: Menyemai minda kritis, memupuk hikmah
4 September 2026
Rasulullah s.a.w. membawa revolusi pendidikan yang membina pemikiran dan jati diri. Dalam era limpahan maklumat dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) hari ini, cabaran kita bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi membina minda yang kritis, yang berdaya menapis kebenaran daripada kepalsuan, serta menilai setiap perkara secara saksama.
Pedagogi Nabawi – iaitu pendekatan Baginda s.a.w. dalam mendidik:
1. Rasulullah s.a.w. merangsang pemikiran kritis: Melalui kaedah ini, Baginda s.a.w. mengajar kita untuk tidak memandang dan memahami sesuatu secara luaran sahaja, tetapi menilai secara kritis dan mendalam dalam setiap perkara.
2. Pembelajaran mengikut kadar pemahaman: Menyampaikan kebenaran dan ajaran agama juga memerlukan kesabaran, pendekatan bertahap dan menyentuh hati, bukan paksaan atau kekerasan.
3. Rasulullah s.a.w. membina jambatan jiwa: Baginda s.a.w. menzahirkan kasih sayang terlebih dahulu sebelum menitipkan pesanan. Apabila mereka yang dibimbing merasa dikasihi dan selamat dari prejudis, maka setiap nasihat dan pengajaran mudah diterima dengan dada yang lapang.
Translation:
Prophetic guidance: Cultivating critical minds, nurturing wisdom
4 September 2026
The Prophet s.a.w. introduced an educational revolution that shaped both the human mind and character. In today's age of abundance in information and Artificial Intelligence (AI), our challenge is no longer simply gaining access to information. Rather, it is developing critical minds that can distinguish truth from falsehood and evaluate matters with fairness and discernment.
Some characteristics of the Prophetic pedagogy are:
1. Rasulullah s.a.w. nurtured critical thinking: Through this method, Rasulullah s.a.w. teaches us to look beyond the surface, think critically, and reflect deeply before arriving at conclusions.
2. Teaching according to the learner's level of understanding: Conveying the truth and religious teachings also requires patience, a gradual approach, and words that touch the heart – not coercion or harshness.
3. Rasulullah s.a.w. touched the hearts of the people: Rasulullah s.a.w. expressed his love before offering his advice. When those we guide feel valued, cared for, and free from prejudice, they become more receptive to advice and learning with open hearts.