Assyakirin Mosque

Assyakirin Mosque : Your friendly Taman Jurong mosque
: Islamic programmes & classes for all

07/09/2026

Jangan main-main dengan Tok Guru Amran 😅

06/09/2026

Sehari yang penuh warna dan makna di Assyakirin Grand Maulid ✨ Daripada perkongsian ilmu dan kemeriahan booth hingga alunan selawat yang menenangkan jiwa, setiap detik menjadi kenangan indah buat warga Kampung Assyakirin. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakannya! 🤍

05/09/2026

🌙✨ ASSYAKIRIN GRAND MAULID 2026 ✨🌙
Rabiulawal ini, jom semarakkan Masjid Assyakirin dengan selawat, kasih dan teladan! Hadir bersama keluarga pada Sabtu, 5 September 2026 untuk menikmati pelbagai pengisian menarik dari pagi hingga malam — Maulid Dhiya’ Lami’, qasidah, bacaan al-Quran, kisah Nabi Muhammad ﷺ, ceramah, kuiz, booth menarik serta jamuan percuma. Turut menanti anda ialah ceramah khas “Manual Kehidupan Umat Muhammad ﷺ” bersama Ustaz Irwan Hadi, sebelum kita mengalunkan Maulid Dibaie bersama MHDS pada sebelah malam.
📅 Sabtu, 5 September 2026
🕘 9.00 pagi–4.00 petang & 7.30–10.00 malam
📍 Masjid Assyakirin
Bawa keluarga dan sahabat—jom raikan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ bersama warga Kampung Assyakirin! 🤍

05/09/2026

Maulid bersama Assyakirin

04/09/2026

Esok, jom meriahkan Assyakirin Grand Maulid! 🌙✨ Nantikan booth dan juadah percuma, ceramah khas bersama Ustaz Irwan Hadi serta kemuncak Maulid Dibaie bersama MHDS. Jumpa anda seisi keluarga pada Sabtu, 5 September 2026 di Masjid Assyakirin! 💚

Pernah tak kita rasa...“Kenapa hidup orang lain nampak lebih bahagia daripada aku?”Kadang-kadang, bukan kerana kita kura...
04/09/2026

Pernah tak kita rasa...

“Kenapa hidup orang lain nampak lebih bahagia daripada aku?”

Kadang-kadang, bukan kerana kita kurang nikmat. Tetapi kerana kita terlalu sibuk melihat nikmat yang Allah berikan kepada orang lain.

Ada yang membandingkan kerjaya. Ada yang melihat kebahagiaan keluarga orang lain. Ada yang berasa tertinggal apabila melihat pencapaian, rumah, percutian atau gaya hidup orang di sekeliling. Lebih-lebih lagi dalam era media sosial, kita sering disajikan dengan detik-detik terbaik kehidupan orang lain sehingga tanpa sedar hati mula berkata, “Aku belum cukup.”

Apabila hati sentiasa membandingkan, rasa syukur semakin pudar. Kegelisahan mula mengambil tempat, sedangkan Allah telah mengurniakan begitu banyak nikmat yang sering kita terlepas pandang.

🌿 Bagaimana jika kebahagiaan sebenar bukan terletak pada memiliki lebih banyak, tetapi pada kemampuan mensyukuri apa yang telah Allah kurniakan?

Jom bersama dalam Healing with the Quran menerusi tadabbur Surah Ibrahim ayat 7, untuk memahami bagaimana syukur mampu mengubah cara kita melihat kehidupan, membina qana’ah (rasa cukup) dan menghadirkan sakinah (ketenangan hati).

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmat kepadamu.”
(Surah Ibrahim: 7)

🤍 Kadang-kadang, yang perlu berubah bukan keadaan hidup kita... tetapi cara kita melihat nikmat Allah.

Daftar sekarang di: assyakirin.sg/heal

04/09/2026

Kuliah Dhuha Muslimah Bersama Ustazah Asmak Awang

Kitab: Sirah Rasulullah SAW

Jika anda ingin terus menderma ke masjid, sila ke lelaman: assyakirin.sg/contribute atau melalui paynow UEN: S80MQ0026A atau iBanking: OCBC Current 622-853976-001 (Remarks: Dakwah)

04/09/2026

Kuliah Dhuha Muslimah Bersama Ustaz Mamfizam Bakaram

Kitab: 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

Jika anda ingin terus menderma ke masjid, sila ke lelaman:
assyakirin.sg/contribute atau melalui paynow UEN: S80MQ0026A atau iBanking: OCBC Current 622-853976-001 (Remarks: Dakwah)

Syukur adalah salah satu pintu untuk menuju Allah SWT dalam perjalanan hidup ini, sebagai hamba yang menerima segala mac...
02/09/2026

Syukur adalah salah satu pintu untuk menuju Allah SWT dalam perjalanan hidup ini, sebagai hamba yang menerima segala macam nikmat, dalam dunia yang penuh persaingan dan keluhan, ramai manusia lupa untuk menghargai apa yang telah mereka miliki.

Program ini akan membawa para pendengar untuk menyelami maksud sebenar syukur – bukan hanya ucapan "Alhamdulillah", tetapi suatu gaya hidup dan sikap hati yang mendalam.

Link pendaftaran ada di komen.

02/09/2026

Kuliah Dhuha Muslimah Bersama Ustaz Hadi Jamil

Kitab: Ensiklopedia Ugama soal jawab

Jika anda ingin terus menderma ke masjid, sila ke lelaman: assyakirin.sg/contribute atau melalui paynow UEN: S80MQ0026A atau
iBanking: OCBC Current 622-853976-001 (Remarks: Dakwah)

Address

550 Yung An Road
Singapore
618617

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 14:00
Sunday 09:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Assyakirin Mosque posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category