03/10/2025
28 Sep - Telah berlangsung Majlis Maulid Al-Mustofa 1500 Tahun, peringkat Singapura anjuran As-Sofa Quranic Centre Singapore. Majlis yang bermula selepas maghrib tersebut dihadiri oleh tetamu-tetamu terhormat:
1. Dato Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin, Syeikh Tariqah Ahmadiah Idrisiah Asia merangkap Pengerusi Kumpulan Pendidikan Sofa
2. Ustaz Mohd Amirul Isma bin Md Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Sofa
3. Ustaz Andi Muhammad Luqman bin Andi Takdir Alamshah, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Tariqah Muhammadiah (FATIM)
4. Ustaz Md Farid Bin Samad Al Hafiz, Yang Di-Pertua Yayasan Sofa
5. Ustaz Omar Mukhtar bin Md Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi As-Sofa
6. Dato Hj Abu Ubaidah bin Mohd Redha, Pengerusi Madrasah Sheikh Mohamad bin Sheikh Muhammad Said Al-Linggi
7. Ustaz Ahmad Nizam bin Mohd Nor, Director As-Sofa Quranic Centre Singapore
8. Ustaz Md Zaki bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif The Suffa Educational Foundation, London, UK
Majlis diawali dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan pembacaan Maulid Asrar Rabbaniyah, karangan Sayyid Muhammad Uthman Al-Mirghani, yang dipimpin oleh Ustaz Md Farid bin Samad Al-Hafiz.
Malam tersebut adalah kali pertamanya Maulid Asrar Rabbaniyah dibacakan di Singapura dan ia telah diumumkan sebagai kitab Maulid Rasmi As-Sofa Quranic Centre Singapore. As-Sofa Quranic Centre Singapore telah mengungguli dalam mengadakan majlis pembacaan kitab maulid yang mulia tersebut di Singapura dan akan diadakan majlis pembacaannya pada setiap minggu.
Majlis telah ditutupi dengan ucapan daripada Ustaz Ahmad Nizam bin Mohd Nor, selaku Director As-Sofa Quranic Centre Singapore. Dalam ucapan beliau, beliau telah mensyukuri akan nikmat kehadiran para tetamu dan hadirin pada majlis maulid tahun ini.
29 Sep - As Sofa Quranic Centre telah mengadakan majlis pembacaan kitab Selawat Nurul Anwar, karangan Sayyid Muhammad Uthman Al-Mirghani, dengan kehadiran para tetamu terhormat.
Bacaan telah dipimpin oleh Ustaz Md Farid bin Samad al-Hafiz, dan ditutupi dengan doa daripada Dato Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin.
Majlis berakhir kira-kira jam 9.45 malam dengan jamuan makan.