12/10/2026
6 Lokasi Kamera AES Di LPT Dan LPT2 Perlu Diketahui Pemandu, Had Laju 110 Km/J
KUALA TERENGGANU : Pemandu yang bergerak dari Kuala Lumpur ke Terengganu dinasihatkan lebih berhati-hati kerana enam lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaporkan terdapat di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan LPT2.
Menurut perkongsian di media sosial, enam lokasi itu ialah :
1. KM145 Chenor-Maran (dua hala)
2. KM195 Gambang (dua hala)
3. KM256 Perasing (arah barat sahaja)
4. KM288 Cukai (arah timur sahaja)
5. KM341 Kuala Dungun (dua hala)
6. KM381 Ajil (dua hala)
Had laju di lebuh raya itu ialah 110 km/j. Kamera di Perasing hanya merakam kenderaan yang bergerak ke arah barat, manakala kamera di Cukai hanya mengesan kenderaan arah timur.
Sebagai makluman, JPJ menyenaraikan hanya dua lokasi rasmi kamera iaitu di LPT2: KM 256 (arah Kuala Lumpur) dan KM 288 (arah Kuala Terengganu).
Empat lokasi lain, iaitu KM145, KM195, KM341 dan KM381, belum disenaraikan mungkin ianya baru dipasang dan baru sahaja beroperasi yang mungkin sudah berfungsi.
Walau apapun, para pemandu diingatkan sentiasa mematuhi had laju demi keselamatan diri dan orang tersayang, selain mengelak saman.
Kita Rider Tiada Beza