Surau Nurul Huda Gong Pasir

Surau Nurul Huda Gong Pasir *

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Dan Batin buat semua jemaah Dan ahli kariah  ...Semoga Aidilfitri ini disambut d...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Dan Batin buat semua jemaah Dan ahli kariah ...
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama insan tersayang.
Semoga hari yang mulia ini,segala amalan kita diterima, dosa diampunkan, dan hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan dunia Dan akhiraht.

20/03/2026

Untuk makluman semua.. esok Surau kita mula bertakbir pada jam 8pagi Dan disusuli solat sunat Aidilfitri jam 8.30 pagi...

16Mac 2026.Majlis penyampaian cenderamata Dan sedikit imbuhan untuk Tuan Imam Solat Fardu Dan Solat terawih juga peserta...
20/03/2026

16Mac 2026.
Majlis penyampaian cenderamata Dan sedikit imbuhan untuk Tuan Imam Solat Fardu Dan Solat terawih juga peserta2 tadarus Alquran.. Alhamdulillah

Ulang siar..13 Mac 2026 (Jumaat), Majlis iftar puasa (penutup) anjuran bersama Jawatankuasa Surau Nurul huda Gong Pasir ...
20/03/2026

Ulang siar..
13 Mac 2026 (Jumaat), Majlis iftar puasa (penutup) anjuran bersama Jawatankuasa Surau Nurul huda Gong Pasir dan KRT Gong Pasir telah berlangsung di Surau Nurul Huda.Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang.

Salam Ramadan Karim yang ke 23.. Jemput iftar semua petang ni di Sngp.
12/03/2026

Salam Ramadan Karim yang ke 23..
Jemput iftar semua petang ni di Sngp.

06/03/2026

Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.

Kalau ada tambahan, boleh sambung ya.

1. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun secara berperingkat. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

2. Wahyu pertama ialah lima ayat pertama Surah Al‑Alaq (ayat 1-5) yang bermula dengan perkataan Iqra’.

3. Surah paling panjang dalam Al-Quran ialah Surah Al‑Baqarah yang mengandungi 286 ayat.

4. Surah paling pendek ialah Surah Al‑Kawthar. Hanya 3 ayat sahaja mengenai janji nikmat yang tidak terhingga.

5. Ayat paling panjang dalam Al-Quran ialah ayat mengenai hutang dalam Surah Al‑Baqarah ayat 282.

6. Hanya satu surah tidak bermula dengan Bismillah iaitu Surah At‑Taubah.

7. Surah An‑Naml mempunyai dua Bismillah. Satu di awal surah. Satu lagi dalam ayat surat Nabi Sulaiman.

8. Surah yang dinamakan sempena haiwan
• Surah Al‑Baqarah (Lembu)
• Surah An‑Nahl (Lebah)
• Surah An‑Naml (Semut)
• Surah Al‑Ankabut (Labah-labah)
• Surah Al‑Fil (Gajah)

9. Hanya satu surah dinamakan sempena wanita iaitu Surah Maryam. Nama Maryam disebut dalam AlQuran lebih banyak daripada Mary dalam Bible.

10. Nama nabi yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah Nabi Musa. Ia disebut lebih 130 kali.

Nama Nabi Muhammad disebut 4 kali dalam Al-Quran.

Nama Nabi Isa disebut 25 kali.

Hanya seorang sahabat namanya disebut secara jelas dalam Al-Quran iaitu Zayd ibn Harithah.

11. Antara perkataan yang muncul dengan jumlah seimbang dalam Al Quran,
• Dunia = 115 kali
• Akhirat = 115 kali

• Malaikat = 88 kali
• Syaitan = 88 kali

• Hidup = 145 kali
• Mati = 145 kali

• Lelaki = 24 kali
• Wanita = 24 kali

Laut disebut 32 kali.
Darat disebut 13 kali.
Jika dikira peratus, Laut ≈ 71%, Darat ≈ 29%.
Sama dengan komposisi bumi.

12. Al-Quran tidak pernah berubah sejak 1400 tahun. Sejak zaman Nabi Muhammad hingga hari ini, teks Al-Quran kekal sama. Ia dihafaz oleh jutaan manusia yang digelar Hafiz.

13. Al-Quran adalah kitab yang paling ramai dihafaz manusia di dunia.

14. Surah Al‑Fatihah adalah surah yang paling banyak dibaca setiap hari. Sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu.

15. Al-Quran menyebut sains alam dan banyak ayat mengajak manusia berfikir tentang,
• langit
• gunung
• laut
• embriologi
• kitaran hujan

16. Sebahagian pengkaji mendapati perkataan Yaum (hari) muncul sebanyak 365 kali dalam Al-Quran. Perkataan Syahr (bulan) p**a muncul 12 kali.

17. Pada zaman awal Islam, ayat Al-Quran pernah ditulis diatas pelepah tamar, tulang unta, kulit haiwan dan batu nipis. Kemudian dikumpulkan menjadi mushaf pada zaman Uthman ibn Affan.

18. Dalam Surah An‑Nahl, lebah disebut menggunakan kata ganti feminin dalam bahasa Arab. Kajian moden mendapati lebah pekerja memang betina.

19. Al-Quran mempunyai 114 surah, 6236 ayat (mengikut riwayat qiraat), lebih 77,000 perkataan, sekitar 320,000 huruf dan dibahagikan kepada 30 juzuk.

20. Dalam Al-Quran ada 14 huruf misteri dikenali sebagai Huruf Muqatta'at seperti Alif Lam Mim, Ya Sin, Taha, Ha Mim. Terdapat 29 surah yang bermula dengan huruf Muqatta'at.

21. Surah pertama yang lengkap turun ialah Surah Al-Fatihah. Surah terakhir yang turun ialah Surah An-Nasr.

22. Ayat terakhir yang turun menurut ramai ulama ialah ayat mengenai riba dalam Surah Al-Baqarah.

23. Ayat paling pendek dalam Al-Quran ialah dalam Surah Ar-Rahman "مُدْهَامَّتَانِ"

24. Wahyu pertama turun di Gua Hira. Wahyu terakhir turun ketika haji wada’.

25. Al Quran mengajak manusia berfikir lebih 700 kali. Contohnya ayat, "Afala ta’qilun?" (Tidakkah kamu berfikir?)

---------------

Al Quran adalah satu-satunya mukjizat nabi yang kita masih boleh lalui, rasai dan nikmati pada hari ini.

Allah berfirman dalam Surah Al Hashr ayat 21, mafhumnya, "Jika Al-Quran ini diturunkan kepada gunung, pasti kamu melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah."

Dalam Al-Quran sendiri Allah sebutkan Al Quran sebagai, Huda (petunjuk), Syifa’ (penyembuh), Rahmah (rahmat), Mau‘izhah (nasihat atau peringatan), dan Furqan (pembeza benar dan salah) kepada manusia.

Allah berfirman tiada keraguan pada Al Quran.

Semoga kita dikurniakan keberkatannya.

-cc Zaim Zin, 16 Ramadan 1447H

Alhamdulillah..syukur... Pihak AJK Surau Nurul Huda, Kg Gong Pasir ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Team...
05/02/2026

Alhamdulillah..syukur...
Pihak AJK Surau Nurul Huda, Kg Gong Pasir ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih
kepada Team *DD Paka Enterprise* atas khidmat servis ekon percuma di Sngp sebanyak lebih 5unit. Semoga Allah murahkan rezeki tuan2 dan diberi ganjaran di akhirat kelak. Aamiinnn..🤲

Ulang siarrr...Ceramah bertajuk peristiwa israk Mikraj disampaikan oleh ustaz Kaswadi..pada malam20 Januari 2026 di sura...
02/02/2026

Ulang siarrr...
Ceramah bertajuk peristiwa israk Mikraj disampaikan oleh ustaz Kaswadi..pada malam20 Januari 2026 di surau kita..

Israk Mikraj merupakan peristiwa agung yang merakam perjalanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin).

Pensyariatan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam menzahirkan keepentingan solat sebagai ibadah tertinggi, menjadi penghubung antara hamba dan Penciptanya.

Bersama kita hayati peristiwa Israk Mikraj ini dan meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t.

Kelebihan Malam Nisfu Sya'banDaripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ ا...
02/02/2026

Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللَّهُ لِعِبَادِهِ، إلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah mengampuni hamba-hambaNya kecuali golongan yang mensyirikkan Allah dan bermusuhan. [Musnad al-Bazzar].
Hadis ini ada kecacatan yang ringan. Akan tetapi hadis dengan maksud yang sama diriwayatkan daripada ramai sahabat Nabi dengan setiap sanad ada kecacatan, akan tetapi ia saling menguatkan antara satu sama lain.
Ini merupakan satu-satunya hadis yang paling kuat dalam kelebihan Nisfu Sya'ban.
Tiada amalan khas untuk malam Nisfu Sya'ban. Oleh itu, banyakkanlah amal soleh, dan paling penting, jauhi syirik kepada Allah, dan permusuhan.
Adapun riwayat daripada Ali r.a ini bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَقُومُوا لَيْلَهَا، وَصُومُوا نَهَارَهَا ، فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا، فَيَقُولُ: أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ، أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ، أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ، أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا، حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ
Apabila datangnya malam Nisfu Sya'ban, hidupkanlah malam itu, dan berpuasalah di siang harinya. Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula daripada terbenamnya matahari. Lalu Allah berkata: Sesiapa yang memohon keampunan Ku, Aku akan ampunkan, sesiapa yang memohon rezeki, Aku akan berikan, sesiapa yang diuji dengan kesusahan, Aku akan membantunya, begitu dan begini, sehinggalah terbitnya fajar. [Sunan Ibnu Majah, no: 1388].
Ia adalah hadis yang palsu. Pada sanadnya terdapat Ibnu Abi Sabrah. Imam Ahmad menyatakan dia adalah pemalsu hadis. [Ibnu Abi Hatim, Al-Jarh wa Al-Ta'dil, 7:306].
Ulama mazhab Syafie menggalakkan kita menghidupkan malam ini dengan membanyakkan ibadah, tanpa dispesifikkan apa-apa ibadah tertentu. Kata Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu':
الصلاة المعروفة بصلاة الرغائب وهي ثنتى عشرة ركعة تصلي بين المغرب والعشاء ليلة أول جمعة في رجب وصلاة ليلة نصف شعبان مائة ركعة
Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sunat sebanyak 12 rakaat yang didirikan antara Maghrib dan Isya pada malam Jumaat pertama dalam bulan Rejab, dan solat malam Nisfu Sya'ban sebanyak 100 rakaat;
وهاتان الصلاتان بدعتان ومنكران قبيحتان
kedua-dua ini adalah solat yang bid'ah lagi munkar lagi keji.
ولا يغتر بذكرهما في كتاب قوت القلوب واحياء علوم الدين ولا بالحديث المذكور فيهما فان كل ذلك باطل
Janganlah tertipu dengan nukilan tentang solat ini di dalam kitab Qutul Qulub (oleh Imam Abu Talib al-Makki) dan Ihya Ulumuddin (oleh Imam al-Ghazali), dan tidak juga dengan hadis yang disebutkan tentang kedua solat ini. Sesungguhnya semua itu adalah bathil..
Buatlah apa sahaja kebaikan dan amalan ketaatan, jauhi kesyirikan, semoga kita memperolehi keampunan Allah.

16/01/2026

Assalamualaikum jemaah.. Mendapat perkhabaran Hj Wan Musa (Bekas Pengerusi surau kita)
telah meninggal dunia pg ni.. insyaallah akan kebumi di tanah perkuburan limau manis desa putra Bangi dan solat jenazah selepas solat jumaat.

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Moga Allah ampuni beliau, rahmati beliau, maafkan beliau, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Allahumma aamiin..

13/10/2025

*إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un *اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ*

*Allahummargh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu*

"Ya Allah, lapangkan kuburnya dan jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya dan ampunilah dosa²nya dan maafkanlah dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang soleh. Takziah buat keluarga arwah.
Dukacita , dpt Khaba,r Salah sorang dari tok imam surau kiter telah mengadap illahi pada jam 2petang hari ini..
Jenazah arwah Ustaz Omar akan disolatkann di masjid seberang pintasan & dikebumikan di kg seberang pintasan Dungun. Insya Allah, jika ada perkembangan yg lain sy akan maklum kemudian. Hrp maklum.
Copy Dari SU SNGP

Address

Surau Nurul Huda Kg Gong Pasir
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Nurul Huda Gong Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share