Masjid At Taqwa, Kuala Jengal

Masjid At Taqwa, Kuala Jengal Masjid Kampung Kuala Jengal

ASSALAMUALAIKUM WBTKULIAH MAGHRIB DUN BUKIT BESI SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H/2026M📆 6 OGOS 2026 (KHAMIS)🕌MASJID AT-TAQW...
04/08/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT

KULIAH MAGHRIB DUN BUKIT BESI SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

📆 6 OGOS 2026 (KHAMIS)
🕌MASJID AT-TAQWA KUALA JENGAL
👳🏻‍♂️ UST AZMAN BIN JUSOH (PEGAWAI HALAQAT DUN PULAI CHONDONG)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

HIJRAH MENDEPANI CABARAN UMAT“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yan...
09/07/2026

HIJRAH MENDEPANI CABARAN UMAT

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d: 11)

Tahun baharu Hijrah bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi menjadi titik muhasabah dan azam untuk memperbaiki diri, keluarga serta masyarakat.

Justeru, marilah kita bersama menghadiri Kuliah Maghrib: Hijrah Mendepani Cabaran Umat, bagi menghayati erti hijrah dalam mendepani pelbagai cabaran akidah, sosial, ekonomi dan kehidupan umat Islam pada hari ini.

🎙️ Penceramah:
Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad
Sahibul Fadhilah Timbalan M***i Negeri Terengganu

📅 9 Julai 2026 (Khamis)
🕢 7.30 malam
📍 Masjid At-Taqwa, Kuala Jengal

Semoga majlis ilmu ini menjadi medan menambah kefahaman, mengukuhkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Assalamualaikum *GALAKKAN BERPUASA DI HARI ARAFAH*_Jangan lepaskan peluang berpuasa pada Hari Arafah, kerana ia merupaka...
25/05/2026

Assalamualaikum

*GALAKKAN BERPUASA DI HARI ARAFAH*

_Jangan lepaskan peluang berpuasa pada Hari Arafah, kerana ia merupakan amalan sunnah yang sangat besar ganjarannya_

Rasulullah ﷺ bersabda bahawa puasa pada hari Arafah kerana pada hari arafah ini .

Antara kelebihanya adalah :
☘️Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

☘️Mendapat rahmat dan keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

☘️Hadis berkaitan Hari Arafah:
Sahih Muslim
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.”

Jom Berpuasa Esok

Alhamdulillah Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk, sukarelawan dan anak-anak muda yang hadir menjayakan ...
22/05/2026

Alhamdulillah

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk, sukarelawan dan anak-anak muda yang hadir menjayakan gotong-royong sempena ibadah korban di Kuala Jengal pagi tadi.

Semangat bekerjasama, saling membantu dan ukhuwwah yang ditunjukkan benar-benar mencerminkan indahnya budaya masyarakat kampung kita.

Terima kasih atas segala tenaga, masa dan sumbangan yang diberikan demi memastikan urusan korban serta persiapan berjalan lancar.

Semoga setiap keringat yang dicurahkan dibalas dengan pahala, keberkatan rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.

JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Masjid At-Taq...
19/05/2026

JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Masjid At-Taqwa, Kuala Jengal bagi mengikuti Kuliah Maghrib seperti ketetapan berikut:

📖 Tajuk: Korban : Sejarah dan Permasalahan
🗓 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
🕢 Masa: 7.30 malam
🎙 Penceramah: Sahibul Fadhilah Dr. Haji Ahmad Fadluldin Bin Mohamad
(Timbalan Pengarah Modal Insan YIT)

🕌 Ayuh bersama mengimarahkan masjid dan menambah ilmu menjelang ibadah korban.

❓Sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan ibadah korban boleh diisi melalui pautan berikut:
https://forms.gle/9huYQJpfKrycrocw9

“Muslimin dan muslimat dijemput hadir” 🤲

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli kariah, sukarelawan ser...
15/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli kariah, sukarelawan serta para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program gotong-royong di Masjid At-Taqwa pada hari ini.

Semangat kerjasama, keikhlasan dan ukhwah yang ditunjukkan membuktikan bahawa masjid bukan sahaja tempat ibadah, malah menjadi pusat penyatuan komuniti.

Semoga setiap tenaga, masa dan keringat yang dicurahkan menjadi amal soleh serta mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
Moga budaya gotong-royong dan kebersamaan ini terus subur dalam komuniti kita.

Warga KAMPUNG JENGAL, Jom meriahkan *JUALAN RAKYAT BERGERAK*- dianjurkan oleh *Maidam Property* ! 😍Jangan lepaskan pelua...
12/05/2026

Warga KAMPUNG JENGAL, Jom meriahkan *JUALAN RAKYAT BERGERAK*- dianjurkan oleh *Maidam Property* ! 😍

Jangan lepaskan peluang mendapatkan barangan dapur khas untuk anda sekeluarga!

📍 Masjid Kampung Kuala Jengal, Dungun
📅 14 Mei 2026 (Khamis)
🕘 10:00 pagi – 1:00 petang
⏳ Sementara stok masih ada!

Pelbagai barangan keperluan dapur ditawarkan antaranya:
🥩 Daging tempatan - RM25/kg
🐓Ayam
🐟Ikan
🥬Sayur-sayuran
🥚 Telur gred B
🌾 Beras,gula, tepung, minyak masak & banyak lagi!
Sabun Biozip, Softlan, Sunlight

📢 Anda juga boleh membeli tong ACGAS atau menukar atau refill tong ACGAS semasa Jualan Rakyat bergerak berlangsung pada hari tersebut .

📌Untuk barangan kering boleh bayar menggunakan IC MySARA / MyKasih bagi yang layak. QR juga disediakan.

📌Untuk daging boleh bayar secara tunai sahaja

Insyaallah harga berpatutan, kualiti terjamin.
1 HARI SAHAJA — datang awal sebelum stok habis! 🛒

📢 HEBAHAN KORBAN PERDANA 1447H / 2026M 🐄Assalamualaikum WBT.Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid At-Taqwa Kuala Jengal aka...
05/05/2026

📢 HEBAHAN KORBAN PERDANA 1447H / 2026M 🐄

Assalamualaikum WBT.

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid At-Taqwa Kuala Jengal akan menganjurkan program Korban Perdana 1447H / 2026M seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 27 Mei 2026 (Hari Raya Pertama)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Laman Warisan, Kuala Jengal

💰 Harga sebahagian korban: RM800
(termasuk kos pengurusan)

⏳ Tarikh tutup penyertaan: 14 Mei 2026 (Khamis)

📞 Sebarang pertanyaan / penyertaan boleh hubungi:
• Che Ku Rahimi – 012-6989654
• Shukri – 019-9730692
• Saidi – 019-9825441

✨ Rebutlah peluang untuk beribadah dan berkongsi rezeki bersama masyarakat.
🤝 Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT.

Jemput datang beramai-ramai!

Address

Kampung Kuala Jengal
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At Taqwa, Kuala Jengal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category