Surau al-Mustafa Panchor Kg.Nyior

Surau al-Mustafa Panchor Kg.Nyior Menyampaikan informasi kuliah dan gerak kerja Jawatankuasa Surau al-Mustafa Panchor Kg Nyior.

22/04/2026
β€œJUMAAT PENUH BERKAT 🌿Satu infaq, seribu ganjaran.
16/04/2026

β€œJUMAAT PENUH BERKAT 🌿
Satu infaq, seribu ganjaran.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT ker...
18/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program Penutup Iftar telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh AJK Surau Al Mustafa yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada Imam Tarawih, para bilal, para pengkuliah serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan sumbangan tenaga, masa dan idea.

Segala kerjasama, komitmen dan pengorbanan yang diberikan amatlah dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan tersebut.

Semoga segala usaha ini diterima sebagai amal soleh dan diberkati oleh-Nya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

πŸ“’ MEMO PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM IFTAR PERDANASurau Al MustafaπŸ“… 7 Mac 2026 (Sabtu)Assalamualaikum Warahmatullahi Waba...
27/02/2026

πŸ“’ MEMO PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM IFTAR PERDANA
Surau Al Mustafa
πŸ“… 7 Mac 2026 (Sabtu)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pihak Surau Al Mustafa akan mengadakan Program Iftar Perdana pada 7 Mac 2026 bagi mengimarahkan bulan Ramadan serta mengeratkan ukhuwah sesama qariah.

Sehubungan dengan itu, kami memohon sumbangan ikhlas daripada:

🀝 Qariah Surau Al Mustafa
🏒 Syarikat / Individu yang ingin menyumbang
πŸ’΅ Jumlah sumbangan diperlukan RM 4000( Jika ada lebihan dari kutipan ini kami akan masukkan ke tabung Imarah Surau)

Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk tunai atau terus dimasukkan ke akaun rasmi surau seperti berikut:

🏦 Nama Akaun: Surau Al Mustafa
πŸ“Œ No. Akaun:5630 8213 3623
πŸ› Bank: MAYBANK

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.

27/02/2026

Jom warga Kg Nyior

16/01/2026

*✨ PROGRAM CINTA RASUL SAW✨*

(MAJLIS BACAAN BURDAH IMAM AL-BUSIRI & TAUSIAH)

πŸ’š Mari kita hidupkan malam Jumaat dengan selawat, cinta dan rindu kepada Rasulullah ο·Ί
πŸ’š Semoga setiap bait Burdah menjadi sebab turunnya rahmat dan keberkatan ke atas kita semua

πŸ“ Tempat:
Surau Al-Mustafa, Panchor, Kg Nyior, Paka

πŸ“… Tarikh: Jumaat, 16 Januari
πŸ•° Masa: Selepas Maghrib – 9.30 malam

πŸŽ™ Tetamu Jemputan:
1)Ustaz Ibrahim Fahmi
(Mudir Maahad At-Tohiri)
2)Dr. Abdul Wahab b Ali
(Pensyarah UITM Dungun,)
3)Ustaz Ahmad Busra
(Mudir Pondok Talaqqi Darul Ilmi Wal Islah)
4)Team Qasidah Maahad Tahfiz At-tohiri.

🍽 Jamuan Istimewa:
Nasi Gulai Kambing

🌟 Terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat
Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan anak-anak.
Mudah-mudahan langkah kita ke majlis ini dicatat sebagai amalan cinta kepada Nabi ο·Ί dan sebab diampunkan dosa-dosa kita.

Address

Dungun
23100

Telephone

+60139237397

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau al-Mustafa Panchor Kg.Nyior posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share