Latar Belakang:
Bangunan asal ialah batu asas Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Bin Husin -rahimahullah- Perdana Menteri Malaysia ke-2. Masjid Nul Ehsan Padang Jambu terletak berhadapan dengan Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Padang Jambu, berhampiran dengan Jalan Nibong Stesen, dan ianya berada dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Sura, Parlimen Dungun, Terengganu Darul Iman. Masjid ini aktif den
gan pelbagai aktiviti keagamaan pada setiap malam. Iman masjid adalah seramai 3 orang iaitu Ustaz Hj Abd Aziz Bin Abu Bakar, Ustaz Hj Che Ku Ab Sattar Bin Sulong, dan Ustaz Hj Ghazali Bin Abdullah. Manakala bilal juga seramai 3 orang iaitu Hj Abu Bakar Bin Yusof, Haji Mat Zin Bin Abu Bakar, dan Haji Jusoh Bin Abas, serta dibantu oleh pekerja sambilan untuk menjaga kebersihan masjid iaitu En. Mengikut sejarah lama, masjid ini telah lama wujud sekitar tahun 1950 lagi, iaitu semasa daerah Dungun terkenal dengan kemasyhuran Bukit Besi sebagai pengeluar bijih besi terkemuka di rantau ini. Pada ketika itu, masjid ini adalah sebuah bangunan kayu dan menjadi tumpuan kepada pekerja-pekerja Bukit Besi yang berulang alik dari Dungun ke Bukit Besi. Masjid Nurul Ehsan Padang Jambu yang sekarang ini merupakan masjid yang baru dibina menggantikan masjid lama yang terletak di kawasan yang sama. Struktur binaan daripada konkrit bercirikan senibina tradisional dan moden. Di kawasan masjid ini disediakan wakaf-wakaf tempat berehat, tempat letak kereta yang luas, dan fasiliti-fasiliti yang cukup untuk digunakan oleh jemaah dan kariah. Antara tokoh yang dikenali yang berkaitan dengan masjid ini ialah Allahyarham Tok Bilal Cik Harun yang juga dahulu mengusahakan kedai runcit di kawasan bekas Stesen Keretapi Nibong atau dikenali sebagai The Mel. Masjid ini menjadi tumpuan kariah atau jemaah sekitar Kampung Alor jejawi, Kampung Nibung Bawah, Jalan Lembah Sungai Buaya, Kampung Sungai Buaya, Kampung Bukit Chatak, Kampung Bukit Tebuk dan kampung-kampung lain yang agak dekat dengan masjid ini. Sungguh tinggi menara azan,
Di tengah kampung azan bergema,
Masjid cantik namanya Nur Ehsan,
Padang Jambu tempat letaknya.