Sekolah Rendah Islam Darul Bayan,Paka Dungun

Sekolah Rendah Islam Darul Bayan,Paka Dungun Facebook SRIDB diwujudkan untuk mengumpul warga SRIDB dan ex-student,ex-teacher SRIDB..

Perbincangan Ilmiah,cadangan,perbincangan guru dan pelajar.Kaunseling dan sebagainya..terima kasih... By: Jawatankuasa IT SRIDB

KUIZ AWAL MUHARRAM Selamat mencuba !
07/07/2024

KUIZ AWAL MUHARRAM

Selamat mencuba !



*SALAM MAAL HIJRAH 1446H*1 Muharram 1446HSemoga tahun baru hijrah ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
07/07/2024

*SALAM MAAL HIJRAH 1446H*

1 Muharram 1446H

Semoga tahun baru hijrah ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

17/06/2024
Assalaamualaikum wbt*AGIHAN BUBUR LAMBUK*Sempena program Ihya Ramadan SRIDB 1445H.HARI : RABUTARIKH : 27 MAC 2024Ibu bap...
27/03/2024

Assalaamualaikum wbt

*AGIHAN BUBUR LAMBUK*
Sempena program Ihya Ramadan SRIDB 1445H.

HARI : RABU
TARIKH : 27 MAC 2024

Ibu bapa jangan lupa hari ini pastikan anak-anak p**ang bersama sebekas bubur lambuk ya 📌

Nuzul Quran
16Ramadan1445H
berbuka

21/11/2019

Keputusan UPSR 2019 - SRIDB

AlhamdulilLah..puji & syukur hanya utk Allah, pagi ni Khamis, 21 Nov 2019 mendpt khabar gembira yg mengujakan seluruh warga Sri Darul Bayan.
Dengan calon UPSR seramai 54 org, berikut keputusan bg SRIDB:

6A: 4 org
5A 1B: 1 org
4A 2B: 3 org
4A 1B 1C: 1 org

Peratus Lulus: 85%
GRED Purata Lulus Matapelajaran: A

👏🏻 Tahniah & syabas buat semua calon, guru2, ibu bapa serta kakitangan sklh atas pencapaian ini. 😊

Insya-Allah, bakal berlangsung malam ini anjuran DUPNT dengan kerjasama UUKD dan SRIDB, Paka.
20/09/2019

Insya-Allah, bakal berlangsung malam ini anjuran DUPNT dengan kerjasama UUKD dan SRIDB, Paka.

18/12/2018

Alhamdulillah... Keputusan UPKK hari ini seramai 37 org pelajar sridb mendapat 8A dan ranking ke 3 terbaik daerah Dungun..
Syabas dan tahniah buat semua pelajar, guru, ibu bapa dan seluruh warga sridb... 👏👏

29/11/2018

ALHAMDULILLAH..TAHNIAH SEMUA WARGA SRIDB.. 👍👍👍

Keputusan UPSR SRIDB

6A - 1 ORG
5A - 2 ORG
4A - 8 ORG

PERATUS LULUS MENGIKUT SUBJEK

BM1,BM2 & SN - 100%
MT - 98%
BI 1 - 90%
BI 2 - 82%

PERATUS LULUS KESELURUHAN 79%

MADRASAH DARUL BAYAN TERENGGANU TERBAIK UPSRIDUNGUN, 18 November - Madrasah Darul Bayan (Sekolah Rendah Islam Darul Baya...
18/11/2018

MADRASAH DARUL BAYAN TERENGGANU TERBAIK UPSRI

DUNGUN, 18 November - Madrasah Darul Bayan (Sekolah Rendah Islam Darul Bayan) di Paka muncul sekolah terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) 2018 yang diumumkan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, peperiksaan UPSRI adalah diwajibkan kepada pelajar Tahun 5 bagi Sekolah Rendah Islam (Dar) di bawah seliaan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu.

Menurut beliau, seramai 576 calon mengambil UPSRI pada tahun ini di tujuh buah madrasah di Terengganu dan tiga di Melaka.

“Peperiksaan ini dilaksanakan untuk pelajar Tahun 5 sebagai penilaian awal khususnya mengenai pengajian Islam sebelum mereka ini berhadapan dengan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika meningkat ke Tahun 6.

“Keseluruhan Madrasah Dar yang ada di Terengganu sebanyak 11 buah tetapi pelajarnya yang mengambil peperiksaan UPSRI hanya tujuh buah kerana baki empat buah lagi pelajarnya belum menjangkau ke Tahun 5, ada yang baru buka dan sebagainya.

“Madrasah Dar di Melaka juga turut sama menerima kurikulum yang kita susun dan terdapat calon yang menduduki UPSRI,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Keputusan UPSRI 2018 di Madrasah Darul Bayan, Paka, hari ini.

Menurut beliau, secara keseluruhan seramai 27 pelajar berjaya memperoleh keputusan terbaik dengan mendapat 10A hingga 13A.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai tujuh orang mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 13A iaitu masing-masing dua pelajar dari Madrasah Darul Bayan, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin, Madrasah Darul Iman Bukit Payong dan seorang lagi dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, Kuala Terengganu.

“Selain itu, pelajar yang mendapat 12A terdiri daripada tiga pelajar Madrasah Darul Bayan, Madrasah Darul Iman Bukit Payong (2) dan seorang pelajar Darul Ehsan, Kubang Lembek Kuala Terengganu.

“Pelajar yang mendapat 11A p**a seramai tujuh orang iaitu seorang dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Kemaman (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4).

“Dan yang mendapat 10A seorang daripada Madrasah Darussalam Losong Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4),” ujarnya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan Madrasah Darul Bayan atas kecemerlangan dan pencapaian yang diperoleh.

“Semoga keputusan UPSRI pada tahun ini menjadi pencetus semangat dan menjadi kayu ukur untuk pelajar-pelajar lebih berusaha pada masa akan datang, tahniah kepada semua calon yang terlibat.

“Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya kepada guru-guru dan juga warga kerja yang terlibat dalam menjayakan UPSRI pada tahun ini,” katanya.

Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang memperoleh 13A dari Madrasah Darul Bayan dinobatkan sebagai pelajar terbaik UPSRI.

Ustaz Mohd Nor menyerahkan keputusan kepada Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang dinobatkan pelajar terbaik UPSRI 2018 di Madrasah Darul...

Address

Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, PT 15024 Kg Kolam Mak Tagar, Paka
Dungun
23100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Darul Bayan,Paka Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Sekolah Rendah Islam Darul Bayan,Paka Dungun:

Share