Pertubuhan IKRAM Malaysia

Directions Website Contact the place of worship

Pertubuhan IKRAM Malaysia IKRAM adalah pertubuhan Islam yang komited dalam usaha dakwah, tarbiah, khidmat & islah kepada masyarakat yang sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.
(809)

Wawasan IKRAM Malaysia Menuju Negara Rahmah

Waad Nasional: Janji Biasa atau Amanah Negara?"Apabila Perdana Menteri menamakan Belanjawan 2027 sebagai “Waad Nasional”...
30/10/2026

Waad Nasional: Janji Biasa atau Amanah Negara?

"Apabila Perdana Menteri menamakan Belanjawan 2027 sebagai “Waad Nasional”, ramai tertanya-tanya, apa sebenarnya waad? Sama ke dengan janji biasa? Boleh dituntut ke kalau tak ditunaikan? Artikel kali ini akan membincangkan tentang konsep dan aplikasi waad dalam kewangan Islam.."

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Rasuah dan Integriti: Apa Peranan NGO dan Masyarakat?"..Apabila keputusan awam boleh dibeli, keadilan menjadi tidak seim...
29/10/2026

Rasuah dan Integriti: Apa Peranan NGO dan Masyarakat?

"..Apabila keputusan awam boleh dibeli, keadilan menjadi tidak seimbang. Mereka yang mempunyai wang dan hubungan mendapat kelebihan, sedangkan rakyat biasa semakin kehilangan kepercayaan terhadap sistem."

"Dalam keadaan ini, ada yang memilih untuk berdiam diri kerana bimbang menerima tekanan, kehilangan pekerjaan atau berdepan tindakan balas. Ada p**a yang tidak lagi percaya bahawa aduan mereka akan membawa perubahan."

"Inilah kesan rasuah yang paling berbahaya: Masyarakat mula menganggap ketidakadilan sebagai sesuatu yang biasa dan berdiam diri sebagai pilihan paling selamat.."

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Institusi diraja: Faham sejarahnya, hormati kedudukannya, bina masa depan negaraInstitusi diraja mempunyai sejarah panja...
29/10/2026

Institusi diraja: Faham sejarahnya, hormati kedudukannya, bina masa depan negara

Institusi diraja mempunyai sejarah panjang yang mendahului pembentukan Malaysia. Ia turut menjadi sebahagian daripada asas pembinaan dan identiti negara yang perlu difahami serta dihormati oleh setiap rakyat.

Menurut Haji Badlishah Sham Baharin, Timbalan Pengerusi HIKAM, usaha memperkukuh institusi diraja perlu bermula dengan kefahaman yang tepat terhadap Perlembagaan. Kita tidak boleh menganggap semua rakyat sudah memahami sejarah, kedudukan dan peranannya.

Menghormati institusi diraja juga tidak bermakna kita berhenti bertanya atau berfikir. Sebaliknya, setiap persoalan perlu dibincangkan berasaskan fakta, ilmu dan rasa hormat, bukan sentimen semata-mata.

Pada pandangan anda, bagaimana kita boleh meningkatkan kefahaman masyarakat tentang institusi diraja dan Perlembagaan negara?

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen. Jom bina masyarakat yang lebih berilmu, matang dan saling menghormati.

Lelaki Qawwam: Seimbang Amanah Keluarga dan Ummah"..Sudah tentu cabaran ini menjadi lebih berat bagi lelaki muda yang te...
28/10/2026

Lelaki Qawwam: Seimbang Amanah Keluarga dan Ummah

"..Sudah tentu cabaran ini menjadi lebih berat bagi lelaki muda yang terlibat dalam aktivisme pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mereka bukan sahaja perlu membina kerjaya, mengurus keluarga dan memenuhi tuntutan sebagai ketua dalam keluarganya, malah turut membawa cita-cita untuk menyumbang kepada perkembangan masyarakat."

"Justeru, mengenai mereka inilah, al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna berkata dalam Risalat al-Ma’thurat.."

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Kesihatan Mental: Siapa Menjaga Mereka yang Menjaga?"Selepas ucapan takziah selesai dan berita beralih kepada peristiwa ...
28/10/2026

Kesihatan Mental: Siapa Menjaga Mereka yang Menjaga?

"Selepas ucapan takziah selesai dan berita beralih kepada peristiwa lain, sebuah keluarga masih perlu meneruskan hari yang terasa berbeza. Kerusi yang kosong, rutin yang terputus dan pertanyaan yang tidak berjawab tetap berada di situ."

"Masyarakat mungkin sudah berhenti membicarakannya, tetapi mereka yang kehilangan belum tentu mampu menyusun semula kehidupan. Di sinilah keprihatinan memerlukan kesungguhan iaitu hadir ketika perhatian ramai sudah menghilang.."

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Nafkah Anak: Tunaikan Demi Kesejahteraan Keluarga"..Pendapatan isteri mungkin dianggap sebagai alasan untuk mengurangkan...
27/10/2026

Nafkah Anak: Tunaikan Demi Kesejahteraan Keluarga

"..Pendapatan isteri mungkin dianggap sebagai alasan untuk mengurangkan atau mengabaikan tanggungjawab nafkah, sedangkan keupayaan isteri menjana pendapatan tidak dengan sendirinya menghapuskan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.."

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

AI Lonjak Kualiti Dakwah, Bukan Sekadar Alat AutomasiTeknologi AI tidak harus dilihat sekadar alat automasi, sebaliknya ...
26/10/2026

AI Lonjak Kualiti Dakwah, Bukan Sekadar Alat Automasi

Teknologi AI tidak harus dilihat sekadar alat automasi, sebaliknya ia juga sebagai pengganda daya (𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘮𝘶𝘭𝘵𝘪𝘱𝘭𝘪𝘦𝘳) yang berkeupayaan melonjakkan kualiti gerak kerja dakwah, menurut Pengerusi Transformasi Digital, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Haji Azlishah Azizan.

Beliau berkata demikian ketika ucapan pembukaan bagi sebuah sesi latihan khas bertajuk “𝐍𝐚𝐯𝐢𝐠𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚’𝐰𝐚𝐡 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐅𝐫𝐨𝐧𝐭𝐢𝐞𝐫: 𝐀𝐈 𝐯𝐬. 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐧-𝐋𝐞𝐝 𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭” yang dihadiri 66 orang peserta di Dewan Utama IKRAM di sini, sebagai satu langkah proaktif IKRAM dalam memacu kesiapsiagaan digital.

Mengangkat tema “Memanfaatkan AI untuk Memperkasakan Individu dan Organisasi”, beliau mengingatkan para peserta agar sentiasa berpegang kepada niat yang ikhlas, integriti, pematuhan etika, serta amanah dalam penggunaan teknologi digital.

Para peserta sesi latihan ini dihadiri oleh pelbagai institusi dan sayap IKRAM, antaranya Wanita IKRAM, IKRAM Muda, Agenda Nasional (AN), Pendidikan Masyarakat (PM), termasuk KADRI, Hidayah Centre Foundation (HCF), IKRAM Musleh, MyCARE serta wakil IKRAM Kawasan.

Program separuh hari ini merupakan inisiatif rentas sektor hasil usahasama strategik JK Transformasi Digital dan Agenda Nasional IKRAM, khusus bagi memperkasa pimpinan dan wakil institusi dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) secara beretika, strategik, dan berkesan tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan.

Sesi perkongsian dan bengkel praktikal dikendalikan sepenuhnya oleh Penyelidik UIAM merangkap Pakar Strategi Komunikasi Digital & Wacana Islam, Sdr. Haekal Adha Al Giffari. Melalui modul interaktif yang dibentangkan, peserta didedahkan kepada:

1. 𝐅𝐨𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐞𝐤𝐬 + 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 (𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬): Memahami cara kerja model AI (Claude) sebagai pembantu analitikal, manakala manusia kekal bertindak sebagai pembuat keputusan (“Claude Drafts, IKRAM Decides”).

2. 𝐑𝐞𝐭𝐨𝐫𝐢𝐤 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐌𝐨𝐝𝐞𝐧: Menyeimbangkan keupayaan penjanaan teks AI dengan elemen penting dakwah iaitu kredibiliti (ethos), empati kemanusiaan (pathos), dan logik fakta (logos).

3. 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝟒𝐃 𝐀𝐈 𝐅𝐥𝐮𝐞𝐧𝐜𝐲: Kemahiran Delegating, Describing, Discernment dan Developing dalam tugasan harian pertubuhan.

4. 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐍𝐆𝐎: Latihan hands-on menyelesaikan cabaran komunikasi NGO termasuk pembinaan rubrik impak, persona komuniti sasaran, penyesuaian nada bahasa laporan mengikut audiens, serta integrasi rujukan khazanah ilmiah Islam.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian cenderahati penghargaan kepada penceramah yang disempurnakan oleh Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi JK Agenda Nasional, Dr. Sabariah Baharun.

Beliau menzahirkan harapan agar kemahiran yang diperoleh dapat diterjemahkan terus ke dalam gerak kerja dakwah dan pemerkasaan advokasi sosial agensi masing-masing di lapangan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada dua ahli IKRAM daripada UPM, iaitu Prof. Dato' Dr. Mohd Ali Hassan dan Prof. Chm. Dr. Zul...
24/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada dua ahli IKRAM daripada UPM, iaitu Prof. Dato' Dr. Mohd Ali Hassan dan Prof. Chm. Dr. Zulkarnain Zainal yang tersenarai dalam kalangan 𝟐% 𝐬𝐚𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, berdasarkan kategori yang paling banyak dirujuk dalam bidang masing-masing.

Pengiktirafan global ini mencerminkan komitmen sepanjang hayat serta kecemerlangan mereka dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi, yang telah memberikan impak besar sepanjang kerjaya mereka.

Moga pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada para mahasiswa dan penyelidik untuk sentiasa berusaha untuk memperluas ilmu pengetahuan serta membawa pengaruh positif dalam dunia akademik.

Memasyarakatkan Perlembagaan: Prof. Hanim antara Pakar Rujuk𝘗𝘖𝘙𝘛 𝘋𝘐𝘊𝘒𝘚𝘖𝘕 – Prof. Dr. Hanim Salleh, Ahli Jawatankuasa Pus...
23/10/2026

Memasyarakatkan Perlembagaan: Prof. Hanim antara Pakar Rujuk

𝘗𝘖𝘙𝘛 𝘋𝘐𝘊𝘒𝘚𝘖𝘕 – Prof. Dr. Hanim Salleh, Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Agenda Nasional, Pertubuhan IKRAM Malaysia menjadi antara salah seorang pakar rujuk Modul Memasyarakatkan Perlembagaan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Puan Suraya Wen, Pengarah Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) di bawah JPNIN, ketika menyertai Bengkel Pembangunan Kerangka Penilaian Aktiviti Modul Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan dan Program JPNIN di sini pada 17-18 Oktober lalu.

Dalam bengkel yang disertai 21 peserta itu, antara objektifnya adalah untuk membina kerangka penilaian yang dapat menilai kejayaan program JPNIN bukan hanya melalui bilangan program, jumlah peserta atau kadar perbelanjaan.

Bengkel ini turut mendalami pendekatan 𝘚𝘰𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘵𝘶𝘳𝘯 𝘰𝘯 𝘐𝘯𝘷𝘦𝘴𝘵𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘚𝘙𝘖𝘐) bagi menilai nilai sosial yang terhasil berbanding pelaburan program JPNIN, manakala penilaian 𝘙𝘖𝘝 (𝘙𝘦𝘵𝘶𝘳𝘯 𝘰𝘧 𝘝𝘢𝘭𝘶𝘦) p**a meneliti sumbangan program kepada penghayatan nilai-nilai murni ke arah perpaduan negara.

Melalui pelbagai input peserta, hasil bengkel ini diharap dapat membina kerangka penilaian yang menggabungkan 𝘚𝘙𝘖𝘐 dan 𝘙𝘖𝘝 serta disokong oleh 𝘚𝘐𝘈 (𝘚𝘰𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘐𝘮𝘱𝘢𝘤𝘵 𝘈𝘴𝘴𝘦𝘴𝘴𝘮𝘦𝘯𝘵) untuk menilai kesan sosial program secara menyeluruh.

Para peserta bengkel kebanyakannya terdiri daripada pensyarah universiti dalam pelbagai kepakaran, termasuk pegawai kanan Kementerian Perpaduan Negara dan syarikat swasta berkaitan.

Oleh itu, Prof. Hanim yang juga Profesor di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) merakamkan penghargaan kepada JPNIN atas kepercayaan kepadanya bagi memberikan input positif seterusnya menambah baik keberkesanan dan impak Modul Memasyarakatkan Perlembagaan.

“Selain itu, IKRAM menyambut baik pendekatan agensi kerajaan terutamanya JPNIN yang telah mula melaksanakan penilaian bagi setiap program dilaksanakan. Perkara ini bagi memastikan program di bawahnya mencapai objektif dicadangkan,” jelas beliau merangkap Ketua Kluster Kepimpinan (Agenda Nasional).

Keselamatan Anak di Sekolah Perlu Jadi Keutamaan“.. siri insiden tragis yang meragut nyawa anak-anak seperti Irene Sofiy...
23/10/2026

Keselamatan Anak di Sekolah Perlu Jadi Keutamaan

“.. siri insiden tragis yang meragut nyawa anak-anak seperti Irene Sofiya, Zara Qairina, Shing Xuen dan Idlan Fareeq menjadi cermin retak yang memantulkan realiti pahit. Sekolah dan persekitarannya tidak lagi sepenuhnya kebal daripada ancaman jenayah berat, pembunuhan dan kezaliman berorientasikan jantina..”

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Address

No. 6, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan IKRAM Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pertubuhan IKRAM Malaysia:

Shortcuts

Share

Nearby places of worship