05/06/2026
“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.”
Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang mangsa banjir di Aceh.
Enam bulan telah berlalu sejak banjir besar melanda Aceh Timur pada November tahun lalu.
Namun bagi ramai keluarga, kesannya masih dirasai sehingga hari ini. Ada yang masih bergelut untuk meneruskan kehidupan, malah ada kampung yang sukar diakses dan kurang menerima bantuan kerana keadaan jalan yang rosak dan berlumpur.
Melalui Misi ke Aceh Timur, pasukan MyCARE turun padang bagi memantau pelaksanaan bantuan pascabanjir, menjalankan aktiviti psikososial bersama kanak-kanak serta memastikan ibadah qurban sampai kepada mereka yang memerlukan.
Seramai 100 kanak-kanak di Dusun Bahagia, Desa Pantee Labu diraikan melalui aktiviti psikososial bersama sukarelawan MyCARE dan Rumah Zakat. Dengan buku, pensil warna, aktiviti mewarna dan nyanyian, mereka diberikan ruang untuk kembali tersenyum, membina semangat dan memulihkan emosi selepas melalui pengalaman yang sukar.
Selain itu, sebanyak 70 pek makanan asas telah disampaikan kepada keluarga-keluarga terkesan di Dusun Bahagia.
Bantuan mengandungi keperluan harian seperti beras, gula, garam, minyak masak, tepung, mee, sardin, kicap dan minuman.
Misi kemudiannya diteruskan ke Dusun Peulalu, sebuah kawasan pedalaman yang antara paling kurang menerima bantuan kerana akses jalan yang sukar.
Perjalanan selama hampir dua jam melalui jalan tanah yang masih berlecak membawa pasukan bantuan ke sana bagi menyampaikan 80 pek makanan asas dan 45 pek kelengkapan memasak kepada penduduk yang terkesan.
Keseluruhan bantuan ini bernilai IDR100 juta hasil sumbangan Tabung Kecemasan Sumatera MyCARE.
Pada Hari Raya Aidiladha, ibadah qurban dilaksanakan di Desa Matang Neuheun, Aceh Timur.
Alhamdulillah, sebanyak 8 ekor lembu qurban berjaya disembelih dan diagihkan kepada 350 keluarga di tiga lokasi iaitu Desa Matang Neuheun, Dusun Peulalu dan Teupin Gajah.
Sebanyak 320 pek daging qurban berjaya diagihkan dengan setiap pek mengandungi sekitar 2 hingga 2.5 kilogram daging dan tulang.
Terima kasih kepada semua peserta dan penyumbang MyQurbani yang telah menjadikan misi ini satu realiti.
Sumbangan anda bukan sahaja membawa daging qurban ke meja mereka, tetapi juga membawa harapan kepada keluarga yang masih berusaha bangkit selepas bencana.
Bersama-sama kita menzahirkan doa sepanjang proses pemulihan ini dan terus menghulurkan bantuan mereka di sana.
Ayuh bantu:
https://mycare.qrd.by/kecemasanindonesia
https://mycare.qrd.by/kecemasanindonesia