SK Taman Sungai Besi Indah

SK Taman Sungai Besi Indah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Taman Sungai Besi Indah, SK Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

07/03/2026

TINTA #1

Episod pertama slot Tinta terbitan Panitia Bahasa Melayu. Siri ini akan diterbitkan setiap hari Jumaat. Episod kali ini membawakan topik "Kejujuran Nilai Tertinggi"

https://vt.tiktok.com/ZSuLuVVRB/

๐Ÿงฎ *PROGRAM MENTAL ARITHMETIC* โœ‹๐Ÿคš๐Ÿง โœ๏ธ Pada penggal persekolahan ini, Program Aritmetik Mental (Pengiraan Cepat Matematik) ...
06/03/2026

๐Ÿงฎ *PROGRAM MENTAL ARITHMETIC* โœ‹๐Ÿคš๐Ÿง 
โœ๏ธ Pada penggal persekolahan ini, Program Aritmetik Mental (Pengiraan Cepat Matematik) akan dijalankan di *SK Sungai Besi Indah* sebagai salah satu aktiviti Kelas Kokurikulum Mingguan. โœ…

Program ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional daripada UCA EDUCATION SDN. BHD.

Tujuan utama kelas ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran kiraan mental mereka โ€” melakukan operasi matematik tanpa menggunakan kalkulator. Kursus ini merangkumi operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi, serta teknik lanjutan pengiraan cepat.

๐Ÿ“Œ 3 Teknik Utama dalam Aritmetik Mental:
1๏ธโƒฃ Jari-jemari โœ‹๐Ÿคš
2๏ธโƒฃ Abakus (Sempoa) ๐Ÿงฎ
3๏ธโƒฃ Visualisasi Minda ๐Ÿง 

Pelajar akan meningkatkan kelajuan dan ketepatan kiraan mereka melalui latihan dan cabaran, serta memperkembangkan kemahiran pemikiran matematik dan logik mereka. ๐Ÿคฉ

๐ŸŽ“ Selepas menamatkan kursus, pelajar juga layak untuk menduduki peperiksaan bertaraf antarabangsa dan menerima sijil pengiktirafan global. ๐Ÿฅณ

๐Ÿ”ฐ Taklimat & Pendaftaran Program Aritmetik Mental akan diadakan seperti berikut:
๐Ÿ“… 8 Mac 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ 8.00-9.00 pagi
๐Ÿ“ SK Sungai Besi Indah

โœจ โ€œBagaimana gunakan jari untuk selesaikan operasi โž• & โž– sehingga 99โ€ akan turut dikongsi dalam sesi ini.
๐Ÿ’ก Pelajar dijamin boleh menguasai teknik ini dalam masa 30 minit sahaja! ๐Ÿฅฐ

๐ŸŽฅ Video Pengenalan:
https://youtu.be/eKQ1qIXQekE

๐Ÿ“Œ Daftar Kehadiran Takmimat Sekarang:
https://forms.gle/Qy6cftrkcZpqWoax8

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Hubungi Cikgu Law di 017-8310233
๐Ÿ“ฒ WhatsApp terus: https://wa.me/message/PD4JQ5ZD66LVK1

Terima kasih atas sokongan anda. ๐ŸŒท

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

04/03/2026

ART IS FUN #3

Aktiviti Pendidikan Seni Visual hari ini bersama Cikgu Alysya untuk penghasilan poster menggunakan teknik lukisan dan montaj. Tahniah Kelas 5 Tulip atas komitmen dan hasil kerja yang baik.

03/03/2026

KAPSUL MOTIVASI MINDA 2

Slot motivasi minda dan rejuvenisasi emosi bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, episod kali ini bersama Cikgu Shahzana untuk kupasan "Aku Adalah Kesedaran"

https://vt.tiktok.com/ZSmKr4dt6/

KAPSUL HADIS 40 RAMADAN  #1Bacaan Hadis 40 Imam Nawawi hari ini telah disampaikan oleh Adik Hadi dari Kelas 6 Lavender. ...
03/03/2026

KAPSUL HADIS 40 RAMADAN #1

Bacaan Hadis 40 Imam Nawawi hari ini telah disampaikan oleh Adik Hadi dari Kelas 6 Lavender. Hadis ke-13 dalam Hadis 40 Imam Nawawi berbunyi: โ€œTidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.โ€ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Nawawi daripada Nabi Muhammad ๏ทบ.

Intinya sangat mendalam, iman bukan sekadar pengakuan lidah atau ritual semata-mata, tetapi mesti diterjemahkan dalam bentuk kasih sayang dan empati terhadap orang lain. Ukuran iman itu dinilai melalui sejauh mana kita mahu kebaikan untuk orang lain sebagaimana kita mahu untuk diri sendiri.

Hadis ini mengajar konsep al-ithar (mengutamakan orang lain) dan juga prinsip emotional intelligence dalam Islam iaitu kemampuan memahami perasaan orang lain, mengawal hasad dengki, dan membina hubungan atas dasar kasih sayang. Cinta di sini bukan hanya cinta emosi, tetapi cinta yang membawa kepada tindakan membantu, mendoakan, menasihati dengan ikhlas, dan tidak menzalimi. Ia menuntut pembersihan hati daripada sifat pentingkan diri dan iri hati, kerana sifat-sifat itu melemahkan iman.

Secara praktikalnya, hadis ini membentuk asas masyarakat yang harmoni. Jika setiap individu benar-benar menghayati prinsip ini, maka lahirlah komuniti yang saling menyokong, tidak menjatuhkan, dan tidak bersikap toksik. Dalam konteks pendidikan, kepimpinan, dan dakwah, hadis ini menjadi indikator akhlak dan tahap keimanan sebenar seseorang. Ia menghubungkan iman dengan akhlak sosial, bahawa iman yang hidup pasti melahirkan hubungan sesama manusia yang penuh rahmah dan keadilan.

๐Ÿ“ข KANCIL SCIENCE 2026 โ€” Pendaftaran dibukaPerhatian kepada Ibubapa SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH โœจSekolah k...
26/02/2026

๐Ÿ“ข KANCIL SCIENCE 2026 โ€” Pendaftaran dibuka

Perhatian kepada Ibubapa SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH โœจ

Sekolah kita akan menyertai Kancil Science Competition 2026. Sila rujuk infopack yang dilampirkan untuk keterangan lanjut.
Jika anak tuan/puan berminat, sila daftar melalui pautan di bawah.
๐Ÿ“… Tarikh Akhir Pendaftaran: 17 April 2026
๐Ÿ“ Tarikh Pertandingan: 18 Jun 2026
๐Ÿซ Mod: Bertulis & Paper-based di sekolah
โ“ Bilangan Soalan: 30 Objektif (MCQ)
๐Ÿ’™ Yuran Penyertaan: RM45.00

๐Ÿ‘‡๐Ÿป Link pendaftaran untuk ibubapa:
๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://contesthub.my/competition/KMC2026/public_form/66563

๐Ÿ“ข Makluman Penting
Untuk menerima pengumuman terkini, peringatan, dan maklumat penting, sila sertai Saluran Telegram Rasmi Kancil Science:

๐Ÿ‘‰ https://t.me/kancilsciencemalaysia

Terima Kasih!

MAJLIS PELANTIKAN RAKAN INKLUSIF PPKI 2026Seramai enam orang murid telah dipilih dan dilantik sebagai Rakan Inklusif SKT...
23/02/2026

MAJLIS PELANTIKAN RAKAN INKLUSIF PPKI 2026

Seramai enam orang murid telah dipilih dan dilantik sebagai Rakan Inklusif SKTSBI 2026. Mereka terdiri daripada murid dari kelas aliran perdana yang akan membantu murid-murid pendidikan khas (PPKI) yang mengikuti sesi pembelajaran secara inklusif dalam kelas-kelas aliran perdana terpilih.

Berikut adalah Rakan Inklusif SKTSBI 2026:

1. Muhd. Danish Danial bin Nur Khairul Najmir, 4 Petunia

2. Nur Dayana Zahra binti Mohammad Fitri Aziz, 4 Oleander

3. Muhd. Sadruddin Raqib bin Mohd. Sobree, 5 Lavender

4. Muhammad Zayyan Nafis bin Mohd. Faizil, 5 Oleander

5. Muhammad Iqyan Nafees bin Mohd. Zaini, 5 Tulip

6. Muhammad Daaniy Hakeem bin Muhammad Afnan Hakim, 3 Tulip

Peranan mereka amat penting dalam memastikan kebajikan kesemua murid inklusif ini diberi perhatian secara optimum. Selamat menjalankan tugas (y)

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูSalam sejahteraYg Dihormati,Ibu bapa dan penjaga murid.PEMBERITAHUAN...
20/02/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Salam sejahtera

Yg Dihormati,
Ibu bapa dan penjaga murid.

PEMBERITAHUAN WAKTU BALIK BAGI SESI PETANG DALAM BULAN RAMADHAN.

Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan ini, murid-murid sesi petang( Tahun 1-3) akan balik pada pukul 5.30 petang.

3. Mohon ibu bapa dapat mengurus pengangkutan anak-anak.

Sekian untuk makluman.



Daripada,
Guru Besar SKTSBI.

19/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1447H

Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak serta selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga SKTSBI yang beragama Islam. Semoga Ramadan kali menjadi sesuatu yang paling bermakna dalam kehidupan kita semua.

Guru Besar
SK Taman Sg. Besi Indah

UCAPAN TAHNIAH UNTUK MURID SKTSBI YANG BERJAYA KE SEKOLAH KHUSUS 2026Berikut adalah poster ucapan untuk 12 orang murid S...
17/02/2026

UCAPAN TAHNIAH UNTUK MURID SKTSBI YANG BERJAYA KE SEKOLAH KHUSUS 2026

Berikut adalah poster ucapan untuk 12 orang murid SKTSBI yang telah terpilih dan melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah khusus KPM dan MRSM bagi sesi 2026. Tahniah kerana telah berjaya mendapatkan tempat di sekolah-sekolah tersebut.

Ianya rezeki Allah atas usaha murid dan guru yang tidak mengenal penat lelah serta payungan doa dan kasih sayang ibu bapa yang sentiasa di sini. Semoga anak-anak didik SKTSBI terus cemerlang walau di mana jua medannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Untuk makluman, bersama ini disertakan poster hebahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi...
16/02/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman, bersama ini disertakan poster hebahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027.

๐Ÿ“Œ Pendaftaran Awal:
15 Februari 2026 โ€“ 31 Mac 2026

๐Ÿ“Œ Pendaftaran Lewat:
1 April 2026 โ€“ 15 November 2026

Kohort terlibat:
โ€ข 5+ : 2 Januari 2021 โ€“ 1 Januari 2022
โ€ข 6+ : 2 Januari 2020 โ€“ 1 Januari 2021

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Terima kasih

TAHNIAH ADIK ARISH AIDANUcapan sekalung tahniah kepada Mohd. Arish Aidan bin Mohd. Hamzy yang berjaya tersenarai sebagai...
16/02/2026

TAHNIAH ADIK ARISH AIDAN

Ucapan sekalung tahniah kepada Mohd. Arish Aidan bin Mohd. Hamzy yang berjaya tersenarai sebagai Top 5 Finalist Kid-preneur Programme di Astro Ceria dan mendapat Anugerah Kid Rising Star.

Program Goodday KidStart ini berlangsung semasa cuti persekolahan akhir tahun 2025. Kini Adik Arish Aidan sudah bergelar pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang (IGCSE).

Address

SK Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Telephone

+60166322011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Sungai Besi Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to SK Taman Sungai Besi Indah:

Share