27/07/2026
Caption nya....
----------
📌 Diriwayatkan Dari Abu Umamah Al-Bahili Radhiyallahu 'anhu
Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda:
“Apabila matinya seorang dari kalanganmu, maka tanam dan berdirilah seorang dikalangan kamu pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah,
orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat),
maka hendaklah dikatakan: Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah hamba & rasulNya, dan engkau telah meredhai dengan Allah sebagai tuhan mu dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-Qur’an itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”.
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah, wahai Rasulullah… Bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab:
“Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawa”
📚 (HR.at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 8/249, no. 7979)
📌 Imam Ibn al-Qayyim berkata:
hadits ini disepakati kedhaifannya, dan tidak boleh menjadi hujah.
Syeikh al-Albani menilai hadits ini munkar.
📚 (Hashiyah Ibn al-Qayyim `Ala Sunan Abi Daud 13/199, dan Irwaul Ghalil 3/203)
Allahu'alam
----------
follow ⠀
follow ⠀
----------