29/10/2026
AGIHAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN | DAERAH PAPAR
HCF Sabah
Alhamdulillah, selepas selesai Kelas Mengaji Al-Quran dan Kelas Fardu Ain Mualaf HCF Papar, HCF Papar berkesempatan melaksanakan agihan sumbangan bakul makanan daripada IHSANKU kepada semua pelajar yang memerlukan.
Seramai 15 orang asnaf telah menerima sumbangan tersebut. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban serta membantu memenuhi keperluan harian mereka.
Terima kasih kepada IHSANKU, para penyumbang dan semua pihak yang terlibat atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan. Semoga setiap sumbangan menjadi amal soleh yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”
Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar (HCF Papar)
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf