02/05/2026
Dalam dunia hari ini, maksiat bukan lagi sesuatu yang disembunyikan,
tetapi semakin terbuka dan dianggap biasa oleh sebahagian manusia.
Apa yang dahulu dilakukan secara sembunyi,
hari ini dilakukan secara terbuka tanpa rasa bersalah.
Inilah cabaran besar yang sedang kita hadapi sebagai umat Islam.
Sebab itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menjaga diri,
dan lebih penting lagi menjaga ahli keluarga kita daripada terjebak dalam perkara yang melalaikan dan menjauhkan diri daripada Allah.
Didiklah hati dengan iman,
jagalah pandangan daripada perkara yang haram,
peliharalah pergaulan agar tidak melampaui batas,
dan biasakan diri serta keluarga dengan solat, zikir dan majlis ilmu.
Jangan biarkan arus semasa menentukan arah hidup kita.
Jangan kerana ramai yang melakukan, kita anggap ia sesuatu yang betul.
Didiklah sebelum terlambat,
tegur dengan hikmah,
dan doakan agar Allah sentiasa memelihara kita serta keluarga daripada fitnah dunia yang semakin mencabar.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk istiqamah di jalan yang benar.