Masjid Negeri Pulau Pinang

Call Directions Website Contact the place of worship

Masjid Negeri Pulau Pinang Masjid Negeri Pulau Pinang

Semua Dijemput Hadir
16/09/2026

Semua Dijemput Hadir

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πŠπ„ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀, πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π”π€ππŠπ” πŒπˆπ™π€π π™π€πˆππ€π‹ π€ππˆπƒπˆπ (πŒπ€π’π‰πˆπƒ ππ„π’πˆ) 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π‰π€πŠπˆπŒπŸ“… 1 – 3 Sept...
04/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πŠπ„ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀, πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π”π€ππŠπ” πŒπˆπ™π€π π™π€πˆππ€π‹ π€ππˆπƒπˆπ (πŒπ€π’π‰πˆπƒ ππ„π’πˆ) 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π‰π€πŠπˆπŒ

πŸ“… 1 – 3 September 2026

Rombongan Masjid Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Alfadhil Ustaz Mohammad Zaki bin Ibrahim, telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke tiga institusi utama, iaitu Masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) dan Darul Quran JAKIM.

Lawatan selama tiga hari ini bertujuan untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta meneliti amalan dan pendekatan terbaik dalam pengurusan, pengimarahan serta pengoperasian institusi masjid dan pendidikan al-Quran.

Selain menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, lawatan ini turut membuka ruang untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta meneroka peluang kolaborasi yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah atas sambutan mesra, perkongsian ilmu serta kesudian menerima kunjungan rombongan Masjid Negeri Pulau Pinang, khususnya:

πŸ”Ή Masjid Negara – Alfadhil Ustaz Muhammad Amirul Solehin bin Mohd Paid, Pegawai Hal Ehwal Islam.

πŸ”Ή Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) – Imam Besar, Alfadhil Ustaz Dr. Muhammad Yusri bin Mazlan.

πŸ”Ή Darul Quran JAKIM – Pengarah, Ustazah Mastuyah binti Sahari.

Semoga lawatan penanda aras ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan, perkongsian kepakaran dan pengukuhan kerjasama antara institusi demi memperkasakan peranan masjid serta institusi pendidikan al-Quran sebagai pusat ibadah, ilmu dan pembangunan ummah.

Terima kasih atas segala kerjasama dan layanan yang diberikan. Semoga jalinan ukhuwah yang terbina terus subur dan berkekalan. 🀲🏻

SEMUA DIJEMPUT HADIR
04/09/2026

SEMUA DIJEMPUT HADIR

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐑𝐔𝐇 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 π’πŽπ‹π€π“πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA PARA JEMAAHDimaklumkan bahawa sebahagian besar Dewan Solat Masjid Negeri ...
04/09/2026

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐑𝐔𝐇 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 π’πŽπ‹π€π“

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA PARA JEMAAH

Dimaklumkan bahawa sebahagian besar Dewan Solat Masjid Negeri Pulau Pinang telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan dekorasi dalaman masjid.

Sehubungan dengan itu, keadaan ini mungkin sedikit sebanyak menjejaskan keselesaan para jemaah, khususnya ketika menunaikan solat rawatib serta Solat Jumaat yang akan datang.

Justeru, para jemaah disarankan untuk merancang waktu kehadiran ke masjid dengan sebaiknya, terutama pada hari Jumaat bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan urusan ibadah berjalan dengan lancar.

Pihak masjid amat menghargai kesabaran, kerjasama dan kefahaman para jemaah sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini dilaksanakan.

Segala kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul amatlah dikesali.

Semoga segala usaha penambahbaikan ini dapat memberikan suasana yang lebih selesa dan kondusif kepada seluruh jemaah pada masa akan datang.

Terima kasih atas perhatian, kerjasama dan kefahaman para jemaah sekalian.

Sekian, terima kasih.


02/09/2026
02/09/2026

JEMPUTAN PENYERTAAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT SARINGAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1448H/2026M

Assalamualaikum wrt. wbt
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang mempelawa seluruh masyarakat Negeri Pulau Pinang yang berminat untuk menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Saringan Negeri Pulau Pinang Tahun 1448H/2026M.

⏩⏩⏩Borang penyertaan boleh dimuat turun di pautan : πŸ‘‡πŸ½

1. PAUTAN BORANG TILAWAH PERINGKAT SARINGAN
https://jaipp.penang.gov.my/images/pdf/BORANG_TILAWAH_MTQPP2026.pdf

2. PAUTAN BORANG HAFAZAN PERINGKAT SARINGAN
https://jaipp.penang.gov.my/images/pdf/BORANG_HAFAZAN_MTQPP2026.pdf

‼️Tarikh penghantaran borang ke Pejabat Agama Daerah

SEBELUM atau PADA 11 September 2026 (Jumaat).
*URUS SETIA UNTUK DIHUBUNGI 😘
☎️ No. Telefon : 04-6847000 samb. 201/205
πŸ“  No. Faks : 04-6847777

πŸ‡²πŸ‡Ύπ’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œπŒπšπ₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚 πŒπ€πƒπ€ππˆ: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 πƒπ’π§π’π€π¦πšπ­π’β€Semoga sambutan Hari Kebangsaan in...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύπ’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύ
β€œπŒπšπ₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚 πŒπ€πƒπ€ππˆ: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 πƒπ’π§π’π€π¦πšπ­π’β€

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menyuburkan rasa cinta kepada tanah air dalam diri kita semua.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi, serta terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan diberkati.

✨SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨12 Rabiulawal 1448HSatu tarikh untuk kita mengenang insan paling mulia, junjungan besar Nab...
24/08/2026

✨SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨

12 Rabiulawal 1448H

Satu tarikh untuk kita mengenang insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🀍

Bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi menghidupkan kembali kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui selawat, sunnah dan akhlak yang Baginda ajarkan.

Semoga kita dikurniakan hati yang sentiasa mencintai Rasulullah SAW dan mampu mencontohi akhlak Baginda dalam setiap langkah kehidupan.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΩˆΨ¨Ψ§Ψ±Ωƒ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ο·Ί

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW menjadi cahaya dalam kehidupan kita. 🌿

Dijemput Semua Hadir
19/08/2026

Dijemput Semua Hadir

Address

Masjid Negeri Pulau Pinang
George Town
11400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share

Category