Pondok Baba Ghazali - Official

Pondok Baba Ghazali - Official PAGE RASMI PONDOK BABA GHAZALI - YALA
BANK ISLAM : 14238010011324
(RIBATH DARUL HIKMAH RESOURCES)

سلامت هاري گورو 🌹❤️سموگا الله سبحانه وتعالى مرحمتي سكالين گورو كيت يڠ برتوڠكوس لوموس منديديق كيت 🤲🏻🌹❤️
17/05/2026

سلامت هاري گورو 🌹❤️

سموگا الله سبحانه وتعالى مرحمتي سكالين گورو كيت يڠ برتوڠكوس لوموس منديديق كيت 🤲🏻🌹❤️

03/03/2026

RAKAMAN PENGAJIAN | KHAMIS | 5/2/2026

Kitab Hikam Jawi, Kitab Fathur Rahman dan Kitab Durrun Nafis | BABA ABDUL RAHIM حفظهم الله

______________________________

Sebarang infaq untuk pondok boleh disalurkan melalui nombor akaun di bawah,

14238010011324
BANK ISLAM
RIBATH DARUL HIKMAH RESOURCES

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا إلى يوم الدين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, سلامت برفواسا كفد سموا. إن شاء الله فڠاجين برسام بابا عبد الرحيم حفظهم الله ادا سفرت بي...
02/03/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, سلامت برفواسا كفد سموا.

إن شاء الله فڠاجين برسام بابا عبد الرحيم حفظهم الله ادا سفرت بياس فد هاري خميس اين. دجمفوت حاضر كفد سموا انتوق برسام-سام ممريهكن مجلس مننتوت علم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا إلى يوم الدين

17/01/2026

Jaga guru Kita jangan buat rendah2 terhadab guru Kita

17/01/2026

Rakaman pengajian bulanan ilmu Tasawuf bersama TG BABA HAJI ABDUL RAHIM HAFIZAHUMULLAH

Kitab Hikam Jawi, Kitab Fathur Rahman dan Kitab Durrun Nafis

Sebarang infaq untuk pondok boleh disalurkan melalui nombor akaun di bawah,

14238010011324
BANK ISLAM
RIBATH DARUL HIKMAH RESOURCES

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا إلى يوم الدين

ALHAMDULILLAH, pada hari ini TG BABA HAJI GHAZALI خفظهم الله berkesempatan menghadiri majlis bersama HABIB UMAR BIN HAFI...
22/10/2025

ALHAMDULILLAH, pada hari ini TG BABA HAJI GHAZALI خفظهم الله berkesempatan menghadiri majlis bersama HABIB UMAR BIN HAFIDZ خفظهم الله, seorang ulama besar Yaman, keturunan RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.

Semoga kita semua mendapat berkah daripada majlis yang mulia ini. 🤲🏻

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا إلى يوم الدين

Credit Photo : Channel

ALHAMDULILLAH Ibadah Qurban di Pondok BABA GHAZALI حفظهم اللهTerima kasih banyak kepada semua yang ikut serta dalam ibad...
09/06/2025

ALHAMDULILLAH Ibadah Qurban di Pondok BABA GHAZALI حفظهم الله

Terima kasih banyak kepada semua yang ikut serta dalam ibadah qurban di Pondok BABA GHAZALI حفظهم الله, semoga ALLAH SWT terima ibadah qurban ini sehingga ia memberi manfaat diakhirat nanti.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا إلى يوم الدين

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari Pondok Baba Ghazali - Official. Semoga ALLAH SWT rezekikan kita dapa...
31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari Pondok Baba Ghazali - Official. Semoga ALLAH SWT rezekikan kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun² akan datang.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

30/03/2025

(FAEDAH) 40 JENIS ILMU.

Satu ketika dahulu, ketika admin berpeluang menziarahi syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullahu ta’ala di pondok suluknya (yang kini sudah dibangunkan menjadi PONDOK SEDENAK), admin bertanya kepadanya satu soalan yang sering timbul dibenak kepala.

Soalan admin : “Syeikh, nak tanya sikitlah. Ana ada baca dan dengar, dikatakan beberapa ulamak kita dahulu seperti Syeikh Daud Fathoni, Syeikh Ahmad Fathoni, dan lain-lain ulamak silam, mereka ni mempelajari sampai 40 fan ilmu. Ilmu apa yang sampai 40 fan tu?

Syeikhuna saiyidi Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullahu ta’ala menjawab sambil tersenyum:

“Bagus soalan antum nih. Antum tulis.. Senang nak ingat..

YANG PERTAMA : Ilmu Fiqh (علم الفقه). Belajar ilmu ni untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

YANG KEDUA : Ilmu Tafsir (علم التفسير). Belajar ilmu ni untuk mengetahui makna-makna kalam Allah, perintah-Nya, larangan-Nya, dan untuk mengetahui mukjizat dan keajaiban kalam Allah.

YANG KETIGA : Ilmu Hadis Riwayah (علم الحديث رواية). Belajar ilmu ni untuk menyampaikan riwayat hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wasallam baik perkataannya, perbuatannya, taqrirnya atau sifat-sifatnya. Dan untuk menjaga diri dari kesalahan dalam menyampaikan riwayat tersebut.

YANG KEEMPAT : Ilmu Hadis Dirayah (علم الحديث دراية). Belajar ilmu ni untuk mengetahui apa yang diterima dan apa yang ditolak dari riwayat hadis tersebut.

YANG KELIMA : Ilmu Lughah (علم اللغة) atau Ilmu Bahasa. Belajar ilmu ni untuk menguasai bahasa agar dapat berkomunikasi, menyampaikan ceramah dan menulis surat dengan bahasa tersebut.

YANG KEENAM: Ilmu Ishtiqaq (علم الاشتقاق). Belajar ilmu ni untuk mengetahui asal-usul kata dan cabang-cabangnya, supaya dan membezakan antara kata dasar dan asal kata dari kata dasar tersebut.

YANG KETUJUH: Ilmu Tasrif (علم التصريف). Belajar ilmu ni untuk mengelakkan diri dari kesalahan dalam penggunaan bahasa dan untuk kefasihan serta keindahan berbicara.

YANG KELAPAN: Ilmu Nahwu (علم النحو). Belajar ilmu ni untuk menghindari kesalahan dalam berbahasa.

YANG KESEMBILAN: Ilmu Bayan (علم البيان). Belajar ilmu ni untuk mengenal kalam tasybih, kalam isti’arah, kalam majaz dan kalam kinayah. Dan supaya dapat berbicara dengan cara yang sesuai pada tempatnya, samada dengan cara berterus terang, cara kiasan, cara pinjaman kata atau cara berselindung.

YANG KESEPULUH: Ilmu Ma'ani (علم المعاني). Belajar ilmu ni untuk berbicara dengan lancar dan sesuai dengan konteksnya.

YANG KESEBELAS: Ilmu Badi' (علم البديع). Belajar ilmu ni untuk mengetahui keindahan yang terdapat dalam sesuatu kalam atau syair, serta apa yang memperindahkannya.
Ilmu Bayan, Ilmu Ma’ani dan Ilmu Badi’ ini kemudiannya dihimpunkan dalam satu ilmu yang dikenal sebagai Ilmu Balaghah, yakni ilmu yang mencapai tahap paling tinggi dalam penggunaan bahasa Arab.

YANG KEDUA BELAS: Ilmu 'Arudh (علم العروض). Belajar ilmu ni supaya tidak melakukan kesalahan dalam membuat syair, khususnya syair-syair dalam bahasa Arab.

YANG KEDUA BELAS: Ilmu Qawafi (علم القوافي). Belajar ilmu ni supaya tidak melakukan kesalahan dalam membuat syair, dapat memilih qafiyah yang tepat, sekaligus memelihara irama yang indah.

YANG KETIGA BELAS: Ilmu Qardhisy Syi’ri (علم قرض الشعر). Belajar ilmu ni supaya mengetahui cara membuat syair yang bebas dari cacat.

YANG KEEMPAT BELAS: Ilmu Insya' (علم الإنشاء). Belajar ilmu ni untuk menghindari kesalahan dalam penulisan dan mengetahui cara menyusun teks atau naskah.

YANG KELIMA BELAS: Ilmu Kitabah (علم الكتابة). Belajar ilmu ni untuk kenal keadaan huruf, kaedah penulisan dan penyusunan kata. Supaya menghindari kesalahan dalam penulisan.

YANG KEENAM BELAS: Ilmu Qira'at (علم القراءات). Belajar ilmu ni supaya tahu cara dan jenis bacaan Al-Qur'an yang benar daripada para ahlinya.

YANG KETUJUH BELAS: Ilmu Tasawuf (علم التصوف). Belajar ilmu ni untuk memperbaiki keadaan batin seseorang.

YANG KELAPAN BELAS: Ilmu Akhlaq (علم الأخلاق). Disebut juga dengan Ilmu Etika. Kita akan kenal mana sifat dan kelakuan yang baik dan yang buruk. Belajar ilmu ni untuk mendapatkan kebaikan dan menghindari keburukan.

YANG KESEMBILAN BELAS: Ilmu Ushul Fiqh (علم أصول الفقه). Belajar ilmu ni untuk menetapkan dalil atas madlulnya, dan mengetahui kaifiyat istinbat hukum, khususnya hukum-hukum fiqh.

YANG KEDUA PULUH: Ilmu Ushulid Din (علم أصول الدين). Belajar ilmu ni untuk mengetahui i’tiqad yang benar dan meninggalkan i’tiqad yang salah.

YANG KEDUA PULUH SATU: Ilmu Mantiq (علم المنطق) atau Ilmu Logik. Belajar ilmu ni untuk menghindari kesalahan dalam berpikir.

YANG KEDUA PULUH DUA: Ilmu Jadal (علم الجدل), Belajar ilmu ni untuk menemukan kebenaran dan menghilangkan keraguan dengan bukti yang tidak dapat disangkal.

YANG KEDUA PULUH TIGA: Ilmu Handasah (علم الهندسة). Atau Ilmu Kejuruteraan. Belajar ilmu ni untuk mengetahui ukuran-ukuran berbagai benda. Senang nak buat bangunan, rumah, masjid, kerusi, meja kalau tahu ilmu ni.

YANG KEDUA PULUH EMPAT: Ilmu Misahah (علم المساحة). Ilmu ukur tanah. Belajar ilmu ni untuk mengetahui cara mengukur keluasan luas tanah, jarak tanah, sempadan tanah.

YANG KEDUA PULUH LIMA: Ilmu Hai'ah (علم الهيئة). Kita sebut Ilmu Fizik. Belajar ilmu ni untuk mengetahui intipati sesuatu jirim atau benda dari segi sifatnya, kedudukannya, kuantitinya, kualitinya, ukurannya, pergerakannya, apa yang melekat padanya dan apa yang terhasil daripadanya jika berlaku percampuran benda lain.

YANG KEDUA PULUH ENAM: Ilmu Kimia (علم الكيمياء): Belajar ilmu ni untuk kenal bahan-bahan tertentu seperti emas dan perak supaya dapat memanfaatkan bahan-bahan tersebut.

YANG KEDUA PULUH TUJUH: Ilmu Hisab (علم الحساب). Disebut juga dengan Ilmu Matematik. Belajar ilmu ni untuk mendapatkan jumlah dan nilai yang tidak diketahui dalam angka.

YANG KEDUA PULUH LAPAN: Ilmu Jabr (علم الجبر). Belajar ilmu ni untuk mengetahui nilai-nilai yang tidak diketahui serta menjadikannya jelas dengan menggunakan qanun al-jabr.

YANG KEDUA PULUH SEMBILAN: Ilmu Musiqi (علم الموسيقى): Dikenal juga dengan Ilmu Muzik. Belajar ilmu ni untuk mengenal nada dan mengetahui cara menyusun melodi. Nada dan susunan melodi yang tepat mampu membangkitkan semangat, merehatkan minda, menenangkan fikiran, menceriakan suasana, bahkan dapat merawat jiwa. Sebab itu, selain dari perayaan, nada, irama dan lagu akan dimanfaatkan juga dalam peperangan dan pengubatan.

YANG KETIGA PULUH: Ilmu Siyasah (علم السياسة). Atau kita sebut sebagai Ilmu Politik. Belajar ilmu ni untuk kenal jenis-jenis kepemimpinan, dapat membezakan antara sistem politik Islam dan politik kafir, dapat memisahkan antara yang benar dan salah, dapat menegakkan keadilan dan kesejahteraan. Dan yang lebih penting dapat menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama.

YANG KETIGA PULUH SATU: Ilmu Tadbiril Manzil (علم تدبير المنزل): Orang sekarang sebut Ilmu Pengelolaan Rumahtangga. Belajar ilmu ni untuk bijak mengurus rumahtangga dan mengatur kehidupan dalam berkeluarga supaya mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

YANG KETIGA PULUH DUA: Ilmu Thib (علم الطب). Kita sebut Ilmu Kedoktoran. Ilmu mengenal keadaan tubuh manusia dalam hal kesihatan, penyakit, dan sebagainya. Belajar ilmu ni untuk mengetahui cara-cara menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.

YANG KETIGA PULUH TIGA: Ilmu Bitharah (علم البيطرة). Orang kita panggil Ilmu Perubatan Veterinar. Belajar ilmu ni untuk mengetahui kesihatan dan penyakit haiwan dan dapat memberikan rawatan yang tepat kepada haiwan.

YANG KETIGA PULUH EMPAT: Ilmu Filsafat (علم الفلسفة): Belajar ilmu ni untuk mengetahui dan memahami prinsip-prinsip yang baik dan buruk, agar dapat bertindak sesuai dengan pandangan uqala’ (cendikiawan).

YANG KETIGA PULUH LIMA: Ilmu Miqat (علم الميقات). Ilmu untuk mengetahui waktu dalam sehari semalam dan keadaan-keadaannya. Belajar ilmu ni untuk mengetahui waktu-waktu ibadah dan waktu yang tepat untuk melaksanakan ibadah.

YANG KETIGA PULUH ENAM: Ilmu Misahah (علم المساحة). Ilmu ukur tanah. Belajar ilmu ni untuk mengetahui cara mengukur luas tanah.

YANG KETIGA PULUH TUJUH: Ilmu Falahah (علم الفلاحة) atau Ilmu Pertanian. Belajar ilmu ni untuk mengetahui kaedah penanaman yang benar dan cara merawatnya, supaya tanaman tumbuh membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik.

YANG KETIGA PULUH LAPAN: Ilmu Firasat (علم الفراسة): Belajar ilmu ni untuk mengetahui hal-hal yang dapat disimpulkan oleh kata hati, hasil daripada melihat tanda-tanda tertentu yang ada pada wajah seseorang, gerak geriknya, perilakunya atau daripada tanda-tanda alam seperti ribut, kemarau dan gempa bumi. Ilmu firasat yang kuat adalah anwar rabbaniyah yang diberikan kepada mukmin yang dekat hubungannya dengan Allah Ta'ala.

YANG KETIGA PULUH SEMBILAN: Ilmu Ta'birir Ru'ya (علم التعبير الرؤيا), atau kita sebut Ilmu Tafsir Mimpi. Belajar ilmu ni supaya dapat menafsirkan mimpi dan memahami makna dari mimpi berdasarkan petunjuk yang ada dalam mimpi.

YANG KEEMPAT PULUH: Ilmu Ahkamin Nujum (علم أحكام النجوم). Dikenal sebagai Ilmu Astronomi. Belajar ilmu ni untuk memahami pengaruh cakerawala dan kesan pergerakannya terhadap kejadian-kejadian tertentu di bumi. Supaya kita dapat bertindak dan berwaspada dari kesan-kesan tersebut.

YANG KEEMPAT PULUH SATU: Ilmu Sirah Nabawiyah (علم السيرة النبوية). Belajar ilmu ni untuk tahu sejarah dan perjalanan hidup Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari lahirnya hingga wafatnya, dari cici-ciri jasadnya hinggalah kemuliaan akhlak peribadinya.

YANG KEEMPAT PULUH DUA: Ilmu Tarikh (علم التاريخ). Belajar ilmu ni untuk mengetahui sejarah, peristiwa, tokoh, pemerintahan dan lain-lain, dari zaman Nabi Adam alaihissalam hinggalah ke zaman kita ini.”

Kata syeikhuna: “Dan masih ada lagi beberapa ilmu lainnya, tetapi kebanyakan ilmu itu masuk dalam ilmu yang disebutkan tadi, seperti ilmu faraid masuk dalam ilmu fiqh. Ilmu khat masuk dalam ilmu kitabah. Ilmu Adabi Bahtsi wal Munazarah masuk dalam ilmu jadal. Ilmu tauhid, ilmu aqaid, ilmu kalam masuk dalam ilmu usuluddin. Ilmu zuhud, ilmu tareqat masuk dalam ilmu tasawuf. Dan lain-lain.”

Kata syeikhuna lagi: “Sebab itulah ulamak dulu jadi tempat rujuk masyarakat. Mereka mahir dan menguasai semua bidang ni. Mereka bukan sahaja mampu mengajar agama dan mengarang kitab, bahkan mampu membina masjid, menetapkan sempadan tanah, menentukan arah kiblat, menyusun waktu solat, membuat emas dan perak, meramal cuaca, mentafsirkan mimpi, mengurus ladang pertanian, perniagaan, berpolitik, memimpin negara, dan sebagainya.”

Allah.. Demikianlah lebih 40 jenis ilmu yang dijelaskan oleh Syeikhuna Al-Alim Al-Murabbi Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullah. Semoga Allah memberkati dan memelihara syeikuna dan ahli keluarganya. Aamiin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Santri Darul Banjari
27 Ramadhan 1446H
28 Mac 20254

23/02/2025

“ PERBANYAKKANLAH BEKALAN UNTUK MENGHADAPI KEHIDUPAN AKHIRAT ”

Semoga bermanfaat. Jangan lupa like, follow dan sebarkan. Terima kasih.

----------------------------------

📌 Sebarang infaq untuk pondok boleh disalurkan melalui nombor akaun bank rasmi pondok di bawah,

14238010011324
BANK ISLAM
RIBATH DARUL HIKMAH RESOURCES

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا إلى يوم الدين

ที่อยู่

Yala

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Pondok Baba Ghazali - Officialผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

แชร์