เส้นทาง

Pelajar Pondok Tok FAQIR Pondok

04/10/2026

Alhamdulillah terima kasih kepada smua 🤲❤️

04/10/2026

CARA DHOBIT KITAB DI PONDOK

Perkataan "dhobit" sangat sinonim dengan para penuntut ilmu dipondok. Dhobit adalah menulis ditepi kitab "buah-buah" penting isi kitab.

Perkara pertama bagi pelajar yang baru masuk ke pondok adalah mempelajari cara mendhobit kitab dengan betul supaya kitab yang dipelajari mudah difahami.

Benarlah kata Ulama', "Ilmu bagaikan haiwan buruan dan tulisan (dhobit) adalah ibarat tali pengikatnya. Maka ikatlah haiwan buruanmu dengan tali yang kuat".

Di pondok akan diajarkan cara dhobit kitab menggunakan simbol. Antaranya adalah,

م - مبتدأ
خ - خبر
ف - فعل
فا - فاعل
ص - صفة/نعت
مص - موصوف/منعوت
ج - جواب
عط - عطف
معط - معطوف عليه
بد - بدل
مبد - مبدل منه
غا - غاية
عا@عل - علة
مقا@مقل - مقول القول
خم - خبر مقدم
مم - مبتدأ مأخر
تم - تعلق محذوف
خمم - خبر مبتدأ محذوف
نفا - نائب الفاعل
مف - مفعول به
ض - مضاف
مض - مضاف إليه
تف - تفريع
ت - تعلق
مت-متعلق
با - بيان
ممط - مفعول المطلاق
حا - حال
تمز - تمييز
فص - فاء فصيحة

Semoga bermanfaat buat para penuntut ilmu.

04/10/2026
03/10/2026

فندق دارالمسافرين
کدول فطاني

03/10/2026

Kami rasa terpanggil untuk memperbetulkan pemahaman tentang pondok. Sebab hari ini ramai yang buka pusat pengajian terus letak nama "Pondok".

Syarat nak letak nama pondok seseorang Tuan Guru itu wajib menguasai Kitab Arab mahupun Jawi. Mahir dalam pelbagai bidang Ilmu dalam agama terutama Ilmu-ilmu alat.

Maka nak dikatakan pondok wajib ikut tradisi pondok iaitu mengajar kitab turath Arab/jawi, dari mula kitab Mubtadi hingga Muntahi.

Kalau hanya sekadar mampu baca kitab-kitab yang diterjemahkan dalam tulisan rumi, tidak layak sama sekali untuk buka Pondok. Hanya menjadi fitnah kepada Pondok.

Tradisi Pondok yang diwarisi dari Ulama' Silam adalah tradisi yang menitikberatkan keilmuan. Kitab Arab menjadi teras pengajian, manakala Kitab Jawi sebagai pelengkap.

Jangan mengelirukan dengan memakai nama pondok walhal tidak ikut tradisi pondok. Kitab pondok tidak diajarkan bagaimana boleh kata pondok. Keaslian Ilmu pondok perlu di jaga.

02/10/2026

ڤندق بابا لن برأول

01/10/2026

📢 ڤڠومومن ممبري تاهو

‎دڠن اين، برمولا ڤد هاري جمعة ايسوق هاري❇️
‎، ڤيهق كامي ايڠين ممعلومكن بهوا ڤڠاجين دغن توانگورو حاج أحمد المأماوي اكن دمولا سچاراسفرة بياس

‎اوليه ايت، كلس ڤڠاجين اكن دبوك دان دجالنكن سمولا سڤرتي بياس

‎سکين، دمعلومكن. تريما كاسيه اتس كفاهمن دان كرجاسام سموا ڤيهق.

‎سموڬ الله سبحانه وتعالى ممبريكن كبركتن دان رحمةكڤد كيت سمو🤲🏻ا. 🤲🏻

ที่อยู่

Pattani

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

เป็นคนแรกที่รู้ข่าว: เราจะส่งอีเมลแจ้งเมื่อ Pelajar Pondok โพสต์ข่าวสารและโปรโมชั่น อีเมลของคุณจะไม่ถูกนำไปใช้เพื่อวัตถุประสงค์อื่น และคุณสามารถยกเลิกการรับข่าวสารได้ทุกเมื่อ

ทางลัด

แชร์