Darul Makmur Mosque

Darul Makmur Mosque Darul Makmur Mosque is a place of worship and an education institution.

Sumbangan derma boleh dibuat kepada Masjid Darul Makmur melalui cara berikut:

1) Lungsuri lelaman web kami untuk projek terkini di: https://campaigns.darulmakmur.sg

2) Cek ke atas nama:
'MASJID DARUL MAKMUR'
& Dihantar melalui pos ke:
950, Yishun Avenue 2
Singapore 769099


“Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh m

enerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al Baqarah, Ayat 261)

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

11/09/2026

Khutbah sesi 1 pada hari ini akan disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh Ustaz Dr Firdaus Yahya dan Bilal Hj Sumri Rafe.

Tajuk: Hadyun Nabawi: Ketabahan, harapan, pembaharuan

Ajaran Rasulullah s.a.w. yang murni; nilai-nilai yang Baginda s.a.w. tegakkan sepanjang kehidupannya, tidak terhenti selepas pemergiannya. Ia merentasi batasan tempat dan masa untuk sampai kepada diri kita sendiri, hari ini, dengan izin Allah s.w.t.

Walaupun Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai insan mulia, Baginda s.a.w. sering menerima layanan yang amat menyedihkan. Baginda s.a.w. dicerca ketika solat di hadapan Kaabah, dilontar najis apabila bersujud, malah hampir dijerut dengan pakaiannya sendiri sebelum diselamatkan oleh Abu Bakar r.a.

Namun begitu, Rasulullah s.a.w. tidak membiarkan keburukan di sekelilingnya melunturkan kemuliaan, kebaikan, dan kelembutan hatinya. Baginda s.a.w. terus tabah, bersabar, dan kekal setia kepada jati dirinya.

Ketabahan itu membuahkan hasil yang luar biasa. Beberapa individu yang dahulu memusuhinya, bertukar menjadi pembela dan berdakwah di sampingnya.

Assalammu’alaikum wr wb! ☺️Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh:🔹Sesi 1 (Waktu Zohor)Imam: Ustaz Dr Firdau...
11/09/2026

Assalammu’alaikum wr wb! ☺️

Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh:
🔹Sesi 1 (Waktu Zohor)
Imam: Ustaz Dr Firdaus Yahya
Bilal: Hj Sumri Rafe

🔹Sesi 2 (2Ptg)
Imam: Ustaz Md Hanafie Md Yusoff
Bilal: Saudara Md Akid Rifqi
InsyaAllahu Ta’ala.

Khutbah disampaikan dalam bahasa Melayu setiap Jumaat, kecuali sesi pertama pada minggu kedua dan sesi kedua pada minggu keempat yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

(The Friday khutbah is delivered in Malay every Friday, except for the first session on the second Friday and the second session on the fourth Friday of each month, when it is delivered in English.)

Sumbangan kepada Masjid Darul Makmur melalui https://campaigns.darulmakmur.sg untuk projek terkini.

Jazaakumullah Khair

10/09/2026

Marilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap malam Jumaat, selepas Maghrib, di Masjid Darul Makmur.
*Jemaah boleh hantarkan nama-nama ke https://l.ead.me/mdmtahlil*
Sumbangan derma Ikhlas boleh dibuat kepada Masjid Darul Makmur dengan lungsuri lelaman web kami >>> https://campaigns.darulmakmur.sg
”Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah Al Baqarah, Ayat 261)
Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

Menjadi seorang Muslimah yang solehah bukanlah sekadar impian, tetapi merupakan sebuah perjalanan sepanjang hayat menuju...
08/09/2026

Menjadi seorang Muslimah yang solehah bukanlah sekadar impian, tetapi merupakan sebuah perjalanan sepanjang hayat menuju keredaan Allah. 🌷

Hayatilah ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tentang kemuliaan dan keutamaan seorang wanita yang solehah, serta pelajarilah bagaimana membentuk akhlak dan peribadi yang dapat meraih keredaan Allah.

Kerana pada akhirnya, nilai sebenar diri seorang wanita bukanlah ditentukan oleh dunia, tetapi oleh kedudukan yang Allah angkat untuknya. 🤍

✨ Ikuti Ceramah Perdana Muslimah: “Duhai Muslimah: Pada Solehahmu Ada Janji Nabi” bersama Datuk Dr Ustazah Nurhafizah Musa, dalam sebuah perkongsian yang mengajak kita kembali melihat erti sebenar menjadi Muslimah yang dicintai Allah dan dimuliakan melalui petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

📅 Jumaat, 18 September 2026
🕰️ Selepas solat Isyak
🕌 Dewan Solat, Masjid Darul Makmur

🌹 Ayuh hadir bersama ibu, anak perempuan, saudara dan sahabat Muslimah kita. Semoga pertemuan ini menjadi asbab untuk kita terus memperindah akhlak, memperteguh iman dan melangkah bersama menuju keredaan-Nya.

BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMATMarilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Qu...
08/09/2026

BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT

Marilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap malam Jumaat, selepas Maghrib, di Masjid Darul Makmur.

Jemaah boleh hantarkan nama-nama ke https://l.ead.me/mdmtahlil

Sumbangan derma Ikhlas boleh dibuat kepada Masjid Darul Makmur dengan lungsuri lelaman web kami >>> https://campaigns.darulmakmur.sg

”Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah Al Baqarah, Ayat 261)

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

04/09/2026

Khutbah sesi 1 pada hari ini akan disampaikan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Md Ghouse Khan Surattee dan Bilal Saudara Zukhairie Bakhtiar.

Tajuk: Hadyun Nabawi: Menyemai minda kritis, memupuk hikmah

Rasulullah s.a.w. membawa revolusi pendidikan yang membina pemikiran dan jati diri. Dalam era limpahan maklumat dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) hari ini, cabaran kita bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi membina minda yang kritis, yang berdaya menapis kebenaran daripada kepalsuan, serta menilai setiap perkara secara saksama.

Dan pada Hari Kebangkitan kelak, Nabi Muhammad s.a.w. akan menunggu kita di telaga al-Haudh. Baginda s.a.w. mengenali umatnya yang mendatangi telaga tersebut.

Pedagogi Nabawi – iaitu pendekatan Baginda s.a.w. dalam mendidik:

1- Rasulullah s.a.w. merangsang pemikiran kritis: Melalui kaedah ini, Baginda s.a.w. mengajar kita untuk tidak memandang dan memahami sesuatu secara luaran sahaja, tetapi menilai secara kritis dan mendalam dalam setiap perkara.

2 - Pembelajaran mengikut kadar pemahaman: Menyampaikan kebenaran dan ajaran agama juga memerlukan kesabaran, pendekatan bertahap dan menyentuh hati, bukan paksaan atau kekerasan.

3 - Rasulullah s.a.w. membina jambatan jiwa: Baginda s.a.w. menzahirkan kasih sayang terlebih dahulu sebelum menitipkan pesanan. Apabila mereka yang dibimbing merasa dikasihi dan selamat dari prejudis, maka setiap nasihat dan pengajaran mudah diterima dengan dada yang lapang.

Mereka adalah generasi yang dididik di sisi Rasulullah ﷺ. Mengenali kehidupan para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ bukan s...
04/09/2026

Mereka adalah generasi yang dididik di sisi Rasulullah ﷺ. Mengenali kehidupan para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menyelami iman, cinta dan pengorbanan yang membentuk diri mereka sebagai generasi pilihan.

🌿 Tema Kuliah Subuh September:
“Para Sahabah رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ: Generasi Terbaik Umat”

Ikuti siri Kuliah Subuh sepanjang bulan September bersama asatizah jemputan, setiap hari Ahad selepas solat Subuh di Masjid Darul Makmur.

Mari kita mengenali dan meneladani para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ — kecintaan mereka kepada Rasulullah ﷺ, kemuliaan akhlak serta persaudaraan yang menyatukan ummah.

Semoga ilmu dan perkongsian daripada kuliah ini dapat memperbaiki hubungan kita sesama manusia serta menguatkan ukhuwah dalam kehidupan bermasyarakat. 🤍

Assalammu’alaikum wr wb! ☺️Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh:🔹Sesi 1 (Waktu Zohor)Imam: Ustaz Md Ghouse...
04/09/2026

Assalammu’alaikum wr wb! ☺️

Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh:
🔹Sesi 1 (Waktu Zohor)
Imam: Ustaz Md Ghouse Khan Surattee
Bilal: Saudara Zukhairie Bakhtiar

🔹Sesi 2 (2Ptg)
Imam: Ustaz Md Syakir Samsaimon
Bilal: Saudara Md Raiyan Khaire
InsyaAllahu Ta’ala.

Khutbah disampaikan dalam bahasa Melayu setiap Jumaat, kecuali sesi pertama pada minggu kedua dan sesi kedua pada minggu keempat yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

(The Friday khutbah is delivered in Malay every Friday, except for the first session on the second Friday and the second session on the fourth Friday of each month, when it is delivered in English.)

Sumbangan kepada Masjid Darul Makmur melalui https://campaigns.darulmakmur.sg untuk projek terkini.

Jazaakumullah Khair

🌿 ADIL | The Chosen One 2The Study of Prophetic Characteristics & MannersHow can the character of Rasulullah ﷺ continue ...
04/09/2026

🌿 ADIL | The Chosen One 2
The Study of Prophetic Characteristics & Manners

How can the character of Rasulullah ﷺ continue to guide the way we live, care and interact with others today?

In The Chosen One 2, we continue our journey of knowing Rasulullah ﷺ through the beautiful values he embodied — generosity, endurance, bravery and humility.

Discover also how the Prophet ﷺ taught us to uphold human dignity, live peacefully with others, care for our environment, and show tenderness, love and respect towards women, children and the elderly.

More than learning about his life, let us learn to bring his character into ours. 🤍

📚 10-hour ADIL module
📲 Register now: l.ead.me/ADILMDM2026

📣 Parents of Teenagers, This One’s for You! 👨‍👩‍👧‍👦The teenage years come with new challenges, changing emotions, and pl...
04/09/2026

📣 Parents of Teenagers, This One’s for You! 👨‍👩‍👧‍👦

The teenage years come with new challenges, changing emotions, and plenty of moments where we may wonder, “Am I handling this the right way?” 💭

Join us for the Triple P Webinar Series, an evidence-based parenting programme designed to equip parents with practical strategies to better understand and support their teenagers’ emotional, social and psychological development.

✨ For parents with children aged 13–16 years old

📅 Session 1: 3 October 2026 (Saturday)
⏰ 10.00am – 12.30pm

📅 Session 2: 10 October 2026 (Saturday)
⏰ 10.00am – 12.00pm

💻 Online via Zoom

Each session builds on the previous one, so parents are highly encouraged to attend both sessions for the full learning experience. 🌱

Parenting a teenager doesn’t come with a manual, but with the right strategies, we can journey through these years with greater confidence, connection and understanding. ❤️

📲 Scan the QR code to register now!
https://go.gov.sg/tpl2teens-mdmmam-oct26

Address

950 Yishun Avenue 2
Yishun New Town
769099

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6567521402

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Makmur Mosque posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Darul Makmur Mosque:

Shortcuts

Share