01/03/2025
Asslamu'alaikum Tuan² Puan² & pada semua yg kami kasihi ❤️ Alhamdulillah, atas izin Allah, kami diberikan kesepatan untuk memperkenalkan Qaryah kami melalui page ini 🤲🏼
Kami ingin memperkenalkan qaryah kami, yaitu Qaryah Golden Pines yg terletak di Block 827A Tampines Street 81 #02-00 S(521827). Betol!! kami bertapak di lantai 2 kerana block ini sangat special 🤗 Di lantai 2 block ini ialah lantai yang lapang, yang dijadikan seperti MPH (multi purpose hall). Di situ lah kami mengadakan aktiviti² kami, Alhamdulillah ☺️
Sedikit latar belakang tentang Qaryah kami.. Qaryah Golden Pines ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2007. Ramai masyarakat² yang senior pada waktu itu telah bertungkus lumus dan dengan usaha mereka yg gigih dalam mejalani acara² tahunan seperti Maulidur Rasul dan Solat Tarawih, berdiri lah Qaryah kami hingga hari ini, Alhamdulillah 💕
Alhamdulillah, dengan konsultasi dan bimbingan dari management Masjid Darul Ghufran, aktiviti² tahunan kami masih diadakan, malah ada tambahan di dalam aktiviti tahunan kami 👍🏻👍🏻👍🏻
Selain dari Majlis Maulidur Rasul dan Solat Tarawih, kami juga adakan agihan bubur pada bulan Ramadhan, Solat Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha. Dan insyaAllah, di masa yang akan datang, kami akan adakan bermacam² lagi aktiviti untuk masyarakat Tampines dan sekitar Qaryah kami dan kami akan memaklumkan aktiviti² kami melalui page kami😊😉
Saya ingin mengajak dan memohon agar masyarakat² Tampines akan terus menerus menyokong kami dalam aktiviti² kami dan terus mendoakan kejayaan kami. Semoga page kami ini dapat memberi rmanfaat untuk masyarakat² setempat, Ameen Ya Robbal 'Alameen 🤲🏼
Sekian saja dari kami.. Stay Tune dan Asslamu'alaikum 🫶🏼