Cyber Dakwah / Darul Makmur

Cyber Dakwah / Darul Makmur Dakwah Unit for Darul Makmur Mosque. Here to spread the khayr

12/06/2026

Khutbah sesi 1 pada hari ini akan disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh Ustaz Md Nazim Rahuma Dulla dan Bilal Haji Sumri Rafe.

Tajuk: Ganjaran yang ditangguhkan – Satu gagasan al-Quran

Dunia dan akhirat bukanlah dua jalan yang terpisah. Kita tidak diminta untuk memilih antara dunia atau akhirat. Bahkan, setiap usaha kita semuanya boleh menjadi jalan yang menghubungkan dunia dan akhirat sekiranya dilakukan dengan niat mengharapkan keredaan Allah s.w.t.

Syariat Islam melatih jiwa kita mengenal pasti dan mengutamakan ganjaran yang lebih besar di sisi Allah s.w.t.

Contohnya, mengapakah Islam mengajar kita menundukkan pandangan, walaupun nafsu sering menjurus kepada keseronokan yang lebih segera? Mengapa agama mendidik kita menjauhi sumber rezeki yang tidak halal, seperti hasil perjudian atau perniagaan barangan haram dan memudaratkan, walaupun ia tampak lebih mudah dan cepat mendatangkan keuntungan?

Dalam keadaan ini, kita sedang dilatih mengorbankan keinginan yang segera, sekaligus memilih ganjaran yang lebih besar dan utama. Inilah yang boleh kita fahami sebagai satu gagasan Al-Quran: ganjaran yang ditangguhkan.

11/06/2026

Marilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap malam Jumaat, selepas Maghrib, di Masjid Darul Makmur.
*Jemaah boleh hantarkan nama-nama ke https://l.ead.me/mdmtahlil*
Sumbangan derma Ikhlas boleh dibuat kepada Masjid Darul Makmur dengan lungsuri lelaman web kami >>> https://campaigns.darulmakmur.sg
”Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah Al Baqarah, Ayat 261)
Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

05/06/2026

Khutbah sesi 1 pada hari ini akan disampaikan dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Abdullah Al-Muaz Md Fatris dan Bilal Haji Idris Tauri.

Tajuk:Tadabbur – Sebaris ayat, sejuta bimbingan

Tadabbur adalah memahami sesuatu melalui penelitian dan pemerhatian.

Empat pendekatan terhadap Al-Quran, iaitu Tilawah, Tahfiz, Tafsir dan Tadabbur dengan perumpamaan melihat bulan di waktu malam.

Tilawah (bacaan) adalah ibarat melihat bulan dengan mata kasar. Kita memandangnya, menikmati keindahannya dan meluangkan masa untuk menghayatinya.

Tahfiz (hafalan) p**a ibarat seseorang yang amat mengenali bulan sehingga dia mampu mengingati bentuk dan rupanya tanpa perlu mendongak ke langit.

Tafsir p**a ibarat mempelajari bulan dengan lebih mendalam menerusi pakar rujuknya. Dengan ini, kita memahami mengapa bentuknya berubah-ubah, dan sebab berlakunya peredaran bulan.

Tadabbur adalah memahami sesuatu melalui penelitian dan pemerhatian.

04/06/2026

Marilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap malam Jumaat, selepas Maghrib, di Masjid Darul Makmur.
*Jemaah boleh hantarkan nama-nama ke https://l.ead.me/mdmtahlil*
Sumbangan derma Ikhlas boleh dibuat kepada Masjid Darul Makmur dengan lungsuri lelaman web kami >>> https://campaigns.darulmakmur.sg
”Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah Al Baqarah, Ayat 261)
Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

30/05/2026

Syarahan Perdana: Antara Bertahan & Bertindak – Keseimbangan Menuju Kejayaan

Ikuti kupasan bersama Ustaz Drs Ahmad Dahri mengenai bagaimana Rasulullah ﷺ membimbing umat menghadapi ujian dengan hikmah, keseimbangan dan keteguhan jiwa.

Tonton siaran langsung sekarang dan kongsikan kepada keluarga serta sahabat.

29/05/2026

🔴 LIVE SEKARANG | Kuliah Subuh Hari-Hari Tasyrik 🌙

Mari bersama kami dalam Kuliah Subuh khas bersempena Hari-Hari Tasyrik bersama Ustaz Md Fatris Bakaram.

Hayati bersama fadhilat dan pengisian terbaik sepanjang hari-hari yang penuh keberkatan ini, semoga ia menjadi santapan rohani yang mendekatkan hati kita kepada Allah SWT ✨

📍 Masjid Darul Makmur
⏱️ Selepas Solat Subuh

Saksikan secara langsung di Facebook Live sekarang dan kongsikan siaran ini kepada keluarga serta sahabat anda 🤍

29/05/2026

Khutbah sesi 1 pada hari ini akan disampaikan dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Fachruddin Dzaki Mohamed dan Bilal Saudara Amran Addin.

Tajuk: Korbankan keakuan, kukuhkan kekitaan.
Di sebalik penyembelihan haiwan korban, tersirat roh pengorbanan yang lebih besar – iaitu kesediaan untuk mengorbankan sifat mementingkan diri sendiri serta mendahulukan kebaikan orang lain. Inilah mesej utama khutbah pada hari ini.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mempamerkan sifat sedia mengorbankan kepentingan diri sendiri demi mencapai sesuatu kebaikan atas dasar perintah Allah s.w.t. dan mencapai keredaan-Nya.

Untuk menghidupkan roh pengorbanan ini, Khutbah hari ini menekankan dua pengajaran utama:

1. Belajarlah melihat dari sudut pandang pihak yang memerlukan
2. Islam mengajar kita tentang keseimbangan

Jumaat

28/05/2026

🔴 LIVE SEKARANG | Kuliah Subuh Hari-Hari Tasyrik Bersama Ust Md Fatris Bakaram 🌙

Mari bersama kami dalam Kuliah Subuh khas bersempena Hari-Hari Tasyrik bersama Ustaz Md Fatris Bakaram.

Hayati bersama fadhilat dan pengisian terbaik sepanjang hari-hari yang penuh keberkatan ini, semoga ia menjadi santapan rohani yang mendekatkan hati kita kepada Allah SWT ✨

📍 Masjid Darul Makmur
⏱️ Selepas Solat Subuh

Saksikan secara langsung di Facebook Live sekarang dan kongsikan siaran ini kepada keluarga serta sahabat anda 🤍

28/05/2026

Marilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap malam Jumaat, selepas Maghrib, di Masjid Darul Makmur.
*Jemaah boleh hantarkan nama-nama ke https://l.ead.me/mdmtahlil*
Sumbangan derma Ikhlas boleh dibuat kepada Masjid Darul Makmur dengan lungsuri lelaman web kami >>> https://campaigns.darulmakmur.sg
”Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah Al Baqarah, Ayat 261)
Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

Address

Singapore
769099

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6568528363

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cyber Dakwah / Darul Makmur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Cyber Dakwah / Darul Makmur:

Share