Al-Hijrah Pte. Ltd.

Al-Hijrah Pte. Ltd. Al-Hijrah provide an array of programs, including Al-Quran, Islamic studies, and enrichment classes.

We aim to contribute to the Islamic community by offering these classes to the less privileged, giving aid and encouragement wherever and whenever needed.

Alhamdulillah, setelah setahun lebih bertadarrus bersama pada setiap pagi Selasa dan Khamis berserta bimbingan Ustaz Muh...
15/08/2023

Alhamdulillah, setelah setahun lebih bertadarrus bersama pada setiap pagi Selasa dan Khamis berserta bimbingan Ustaz Muhammad Saufi Noor, hari ini, 15 Ogos 2023, ibu-ibu dapat khatamkan Al Quran 30 Juzuk di Pusat Pengajian Al-Hijrah Pte Ltd. Bacaan disambung semula dari awal Al-Quran. Khataman disertai dengan doa dari himpunan Al Imam Abu Bakar Syatho’.
Hadis Riwayat Abu Hurairah R.A, Baginda SAW telah bersabda yang maksudnya:
“Tidaklah suatu kaum berkumpul diantara rumah-rumah Allah sambil membaca Kitabullah, dan saling mempelajari diantara mereka, kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, dan diberikan rahmat serta malaikat akan menaunginya. Dan mereka akan diingat disisi Allah.”
Riwayat Muslim (2699)
Semoga kita semua dapat terus istiqomah dalam membaca Al-Quran dengan baik sepanjang hayat insyaAllah.
*Ustaz Muhammad Saufi telah menerima ijazah bacaan Al-Quran & Tajwid riwayat Imam Hafs dari Imam A’sim, oleh gurunya Sheikh Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Umar Al-Khatib, salah seorang guru Qiraat di Rubat Tareem Hadramaut pada tarikh 8 Jan 2004.

29/07/2023
Kursus Asas Tajwid Grp 1 session 2
29/07/2023

Kursus Asas Tajwid Grp 1 session 2

Alhamdulillah...Kursus Asas Tajwid Al Hijrah
25/07/2023

Alhamdulillah...Kursus Asas Tajwid Al Hijrah

Alhamdulillah..terus bersemangat..
07/06/2023

Alhamdulillah..terus bersemangat..

Night Quran Class in progress...
19/05/2023

Night Quran Class in progress...

21/04/2023

Assalaamualaikum wr wb,
Kami dari keluarga Al Hijrah ingin mengucapkan Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada masyarakat muslimin semua beserta doa;
1. Mudah-mudahan Allah s.w.t menerima ibadah puasa dan segala amal soleh yang kita lakukan sepanjang Ramadhan dan sebelumnya.
2. Sentiasa bertaubat dan meminta ampun kepadaNya.
3. Membersihkan hati kita dari segala penyakit bathin.
4. Memberikan kecerdasan fikiran untuk kita sentiasa memperbaiki adab dan kelakuan kita.
5. Mengukuhkan silaturrahim antara kita dengan saudara muslim yang lain.
6. Sentiasa mempraktikkan sangkaan baik terhadap orang lain.
7. Mendorong hati kita untuk gemar mencari ilmu.
8. Menjadikan kita orang-orang yang rajin mempelajari ilmu Al Quran dan Hadith serta memahami isi kandungannya dan diberikan taufiq untuk mengamalkannya.
9. Memasukkan kita dalam golongan pengikut Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dan mendapat syafaatnya di akhirat nanti.
10. Memberikan kecekalan dalam hati kita untuk mengharungi ujianNya dengan kesabaran dan mempermudahkan segala kesulitan yang kita hadapi.
11. Menambahkan rezki kita.
12. Mengkabulkan segala permintaan (doa) yang baik samada kita lafazkan atau yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita.

ليس العيد لمن لبس الجديد إنما العيد لمن طاعته تزيد ، وليس العيد لمن تجمل باللباس والمركوب، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب
“Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang memakai baju baru, akan tetapi hari raya itu bagi siapa yang bertambah ketaatannya. Bukanlah hari raya itu mereka yang bercantik-cantik dengan pakaian dan kenderaan, akan tetapi hari raya itu ialah bagi siapa yang diampun dosanya.”
من العائدين والفائزين وكل عام وأنتم بخير
آمين يا رب العالمين

Keutamaan Duduk Bersama Orang-Orang AlimSesiapa yang duduk bersama orang Alim tetapi dia tidak mampu untuk menghafal ilm...
01/04/2023

Keutamaan Duduk Bersama Orang-Orang Alim
Sesiapa yang duduk bersama orang Alim tetapi dia tidak mampu untuk menghafal ilmu yang disampaikan orang Alim maka dia akan tetap mendapatkan 7 kemuliaan:
1. Mendapatkan keutamaan orang-orang yang belajar.
2. Selama dia masih duduk bersama orang alim maka dia terhalang dari melakukan dosa dan kesalahan.
3. Ketika keluar dari rumahnya maka rahmat Allah turun kepadanya.
4. Apabila dia duduk disamping orang alim kemudian rahmat turun kepada mereka maka dia pun mendapatkan rahmat sebab berkah mereka.
5. Selama masih mendengarkan ilmu, maka ditulis baginya kebaikan.
6. Mereka dikelilingi Malaikat dengan sayap-sayapnya hal keadaan redho sedangkan orang tersebut juga bersama mereka.
7. Setiap langkah kakinya yang diangkat dan diletakkan maka menjadi penghapus bagi dosa-dosa, mengangkat derajat baginya dan menambah baginya kebaikan.
Kemudian Allah menambahkan lagi dengan 6 kemuliaan lainnya, yaitu:
1. Allah memuliakannya disebabkan cinta seseorang melihat kepada majlis ulama.
2. Setiap orang yang mengikuti mereka (ulama) maka baginya pahala sebagaimana pahala mereka tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala mereka.
3. Jika salah seorang di antara mereka diampuni maka boleh memberikan syafa'at kepada kepada yang lain.
4. Mendinginkan hatinya berbanding dengan majlis orang-orang fasik.
5. Masuk ke dalam jalannya para penuntut ilmu dan juga orang-orang soleh.
6. Menegakkan perintah Allah ta'ala. Ini adalah bagi orang yang tidak mampu menghafal ilmu yang disampaikan orang Alim. Adapun mereka yang hafal ilmu, maka baginya kemuliaan berlipat ganda.
-Tanbihul Ghafiliin, Imam Abu Laits As-Samarqondi-

Semoga kita termasuk orang-orang yang senang duduk bersama orang Alim dan dapat mengambil manfaat ilmu mereka.

Bergaul Dengan UlamaUlama terdiri dari 3 golongan:a. Ulama yang menguasai hukum-hakam Allah SW. Ulama kategori ini adala...
01/04/2023

Bergaul Dengan Ulama
Ulama terdiri dari 3 golongan:
a. Ulama yang menguasai hukum-hakam Allah SW. Ulama kategori ini adalah mereka yang banyak mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah hukum.
b. Ulama yang menguasai ilmu tentang Zat Allah SWT (ilmu Makrifat). Mereka sering digelar sebagai Hukama الحكماء iaitu golongan orang-orang yang alim yang serius Ketika mereka berusaha memperbaiki akhlak, baik bagi diri sendiri mahupun orang lain. Hati mereka sentiasa bersinar dengan makrifatullah dan jiwa mereka dicerahakan oleh keagungan sifat Allah SWT.
c. Ulama yang menguasai kedua-dua perkara diatas, biasa disebut juga sebagai al-Kubara’ الكبراء.
*Sesungguhnya bergaul dengan para ahlullah (orang yang dekat dengan Allah SWT), itu mampu membentuk keluhuran jiwa.
-Nashaihul ‘Ibad ,Sheikh Nawawi al-Bantani-

29/03/2023

Assalaamualaikum Wr Wb,
Kelas 'Klinik Al-Aquran di Al-Hijrah masih lagi terbuka untuk menerima peserta-peserta baru (lelaki sahaja) untuk setiap hari;

Selasa dan Rabu malam - 8pm hingga 10pm.

Kelas-kelas ini bersesuaian untuk mereka yang ingin mula mengenal huruf hinggalah mereka yang sudah boleh membaca Al-Quran. Pelajaran asas Tajwid juga ada diajarkan dalam kelas ini bagi mereka yang ingin perbaiki bacaan.
Tempat di;
Blk 201D Tampines St. 21 #03-1149 S(524201).
Kelas ini diadakan secara percuma tanpa yuran bulanan dan terbuka bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan ikhlas ke tabung Al-Hijrah.
Bagi yang berminat, boleh daftar ke www.tinyurl.com/Al-HijrahSG atau hubungi melalui whatsapp 80458343 .

Address

Blk 201D Tampines Street 21 #03-1149
Singapore
524201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Hijrah Pte. Ltd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share