Masjid Taman Dato Onn Larkin - Rasmi

Masjid Taman Dato Onn Larkin - Rasmi Laman Facebook Rasmi Masjid Taman Dato Onn Larkin. Pusat sehenti informasi kuliah, aktiviti, dan hebahan terkini untuk para jemaah dan komuniti setempat.

05/06/2026
๐ŸŒฟโœจ Program Semarak Subuh Tahun 2026 โœจ๐ŸŒฟAlhamdulillah, pada 2 Jun 2026 telah berlangsungnya Program Semarak Subuh Tahun 20...
02/06/2026

๐ŸŒฟโœจ Program Semarak Subuh Tahun 2026 โœจ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, pada 2 Jun 2026 telah berlangsungnya Program Semarak Subuh Tahun 2026 bertempat di Masjid Taman Dato' Onn Larkin dalam suasana penuh keberkatan, ukhuwah dan semangat mengimarahkan rumah Allah.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran para tetamu kehormat antaranya:
โ€ข Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz bin Ghazi
โ€ข Setiausaha Kerajaan Johor
โ€ข M***i Negeri Johor
โ€ข Timbalan M***i Johor
โ€ข Pengarah Jabatan Agama Johor
โ€ข EXCO Kerajaan Negeri
โ€ข Ketua-ketua Jabatan Negeri Johor

Majlis turut diisi dengan Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Kadhi Daerah Johor Bahru.

Semoga program seperti ini terus menjadi asbab penyatuan masyarakat, menyemarakkan kecintaan kepada masjid serta membina generasi yang dekat dengan Al-Quran dan sunnah. ๐ŸŒธ

Majlis diakhiri dengan sesi jamuan dan ramah mesra dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran.

๐ŸŒ™ Erti Sebuah Pengorbanan: Sorotan Ibadah Qurban 1447H MTDOL ๐ŸŒ™Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Aidiladha buat seluruh wa...
28/05/2026

๐ŸŒ™ Erti Sebuah Pengorbanan: Sorotan Ibadah Qurban 1447H MTDOL ๐ŸŒ™

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Aidiladha buat seluruh warga kariah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada tanggal 27 Mei 2026 yang lalu, Masjid Taman Dato' Onn Larkin telah melaksanakan majlis Solat Sunat Aidiladha yang disusuli dengan perlaksanaan ibadah Qurban.

Syukur ke hadrat Ilahi, penganjuran pada tahun ini menyaksikan sebanyak 8 ekor lembu telah selamat dikorbankan dan disempurnakan urusannya.

Pihak pengurusan masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada setiap Jawatankuasa (AJK) masjid serta barisan petugas sukarelawan yang telah bertungkus-lumus bergotong-royong. Berkat kerjasama erat semua pihakโ€”bermula dari proses sembelihan, kerja-kerja melapah, membahagikan daging, sehinggalah ke proses pengagihan kepada para pengunjung dan asnafโ€”semuanya berjalan dengan sangat teratur, lancar, dan harmoni.

Semoga kedatangan Aidiladha pada kali ini tidak sekadar menjadi rutin tahunan, tetapi benar-benar mendidik jiwa kita tentang erti pengorbanan yang hakiki. Ia mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia mengorbankan masa, tenaga, dan harta ikhlas demi mencari keredhaan Allah SWT, di samping meneladani ketaatan mutlak Nabi Ibrahim A.S. dan keluhuran jiwa Nabi Ismail A.S.

Semoga segala amalan, penat lelah, dan pengorbanan kita diterima serta diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒโœจ

25/05/2026

Assalamualaikum..

Solat Sunat Hari Raya Eidul Adha :

Tarikh : 27 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Masjid Taman Dato Onn Larkin

Selepas solat raya, ibadah korban melibatkan sebanyak 8 ekor lembu akan dilaksanakan di tapak korban yang disediakan di masjid ini. ๐Ÿ„โœจ

Jom bersama-sama merebut peluang penuh keberkatan ini untuk menghidupkan syiar Islam, mengeratkan ukhuwah dan meraih rahmat Allah. ๐Ÿค

๐ŸŒฟ Program Infaq Jumaat JOHOR 2026 DUN Larkin ๐ŸŒฟAlhamdulillah, Program Infaq Jumaat JOHOR 2026 DUN Larkin telah berlangsun...
22/05/2026

๐ŸŒฟ Program Infaq Jumaat JOHOR 2026 DUN Larkin ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Program Infaq Jumaat JOHOR 2026 DUN Larkin telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Sumbangan berupa makanan dan kuih-muih telah disediakan untuk para jemaah selepas solat Jumaat โ€” sebagai tanda kasih, ukhuwah dan keprihatinan dalam komuniti.

Semoga setiap yang memberi dan membantu, Allah lipat gandakan ganjarannya serta menjadikan infaq ini sebagai amal jariah yang berpanjangan.

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Mei 2026
๐Ÿ• Masa: Selesai Solat Jumaat
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Taman Datoโ€™ Onn, Larkin

๐Ÿคฒ Doa:
Ya Allah, terimalah infaq daripada para penyumbang. Kurniakan mereka rezeki yang luas, hati yang tenang dan kehidupan yang diberkati.

Ya Allah, jadikan kami istiqamah menghadiri solat Jumaat, hadir dengan hati yang khusyuk, dan pulang dengan keampunan serta rahmat-Mu.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab besar di sisi Allah. ๐Ÿค

21/05/2026

๏ทฝ

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

๐ŸŒธ KELAS FARDHU AIN MINGGUAN KHAS UNTUK MUSLIMAH ๐ŸŒธ

Penceramah : Ustazah Sh. Fatmah bt. Syed Mohamad Al Mashoor

๐Ÿ—“ Khamis, 21 Mei 2026
๐Ÿ“– 4 Zulhijjah 1447H

๐Ÿ“ Tempat:
Masjid Taman Datoโ€™ Onn, Larkin

๐Ÿ• Waktu:
2.30 petang โ€“ 4.00 petang

๐Ÿ“š Insya-Allah, kita akan berpandukan kitab:
Kehidupan di Alam Barzakh dan Akhirat

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu yang bermanfaat, hati yang lembut menerima peringatan serta kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. โค

โœจ Muslimah dijemput hadir โœจ

Wassalam & terima kasih.

20/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

๐Ÿ“ข Makluman Kelas untuk Muslimin & Muslimat

๐Ÿ•Œ Ruhus Solat
Bersama: Ustaz Hj. Nor Rashid Mohd Yassin

๐Ÿ“… Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid TDO Larkin (Bomba)

๐Ÿ“– Kitab: Fiqh Solah

Semoga Allah memberkati majlis ilmu ini dan memberi manfaat kepada semua yang hadir, insya-Allah.

Terima kasih.

๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ูŽู‘๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽูฐ๏ปฆู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปด๏ปขูุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู๐ŸŒธ Kuliah Mingguan Khas...
18/05/2026

๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ูŽู‘๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽูฐ๏ปฆู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปด๏ปขู
ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

๐ŸŒธ Kuliah Mingguan Khas untuk Muslimah ๐ŸŒธ

๐Ÿ“– KELAS TAFSIR AL-QURAN
Pimpinan Tn. Imam Ayob Ansari bin Jemingon

๐Ÿ•Œ Tempat:
Masjid Taman Datoโ€™ Onn, Larkin

๐Ÿ“… Tarikh:
18 Mei 2026 (Isnin)
bersamaan 1 Zulhijjah 1447H

๐Ÿ•‘ Masa:
2.00 petang

Semoga majlis ilmu ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada semua yang hadir. ๐Ÿค

Wassalam... โค๏ธโค๏ธโค๏ธ

Address

Medina, Saudi Arabia
Medina
42311

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Taman Dato Onn Larkin - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category