24/12/2025
ARTI MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
SOALAN :
Bolihkah terangkan dengan terperinci arti sifat mukhalafatuhu lilhawadis dalam pengajian sifat dua puluh?
JAWAPAN :
Sebagai jawapan persoalan saya salin perkataan dari dua kitab aqidah karangan ulamak ahlu sunnah yang bernama Aqidah Al-Awwam dan Ad-Dur Al-Farid :
Berkata Syeikh Muhammad Al-Fudhali As-Syafie:
اَلصِّفَةُ الرَّابِعَةُ الْوَاجِبَةُ لَهُ تَعَالٰى اَلْمُخَالَفَةُ لِلْحَوَادِث اَىْ اَلْمَخْلُوْقَاتِ فَاللهُ مُخَالِفٌ لِكُلِّ مَخْلُوْقٍ مِنْ اِنْسٍ وَجِنٍّ وَمَلَكٍ وَغَيْرِهَا فَلَا يَصِحُّ اِتِّصَافُهُ تَعَالٰى بِاَوْصَافِ الْحَوَادِثِ مِنْ مَشْىِ وَقُعُوْدٍ وَجَوَارِحَ فَهُوَ تَعَالٰى مُنَزَّهٌ عَنِ الْجَوَارِحِ مِنْ فَمٍ وَعَيْنٍ وَاُذُنٍ وَغَيْرِهَا فَكُلُّ مَا خَطَرَ بِبَالِكَ مِنْ طُوْلٍ وَعَرْضٍ وَقَصْرٍ وَسَمَنٍ فَاللهُ تَعَالٰى بِخِلَافِهِ تَنَزَّهَ اللهُ تَعَالٰى عَنْ جَمِيْعِ اَوْصَافِ الْخَلْقِ
Artinya : “Sifat yang keempat yang wajib bagi Allah Taala ialah mukhalafah lil-hawadith yaitu Allah tidak sama dengan segala yang baharu artinya sekelian makhluk. Maka Allah menyalahi bagi sekelian makhluk yakni tidak sama dengan manusia dan jin dan malaikat dan lainnya. Maka tidak sah bersifatnya Allah Taala dengan segala sifat makhluk yang baharu seperti berjalan dan duduk dan beranggota. Maka Allah Taala mahasuci dari mempunyai anggota badan seperti mulut dan mata dan telinga dan lainnya. Maka semua perkara yang terlintas dihati kamu seperti panjang dan lebar dan pendek dan gemuk maka Allah Taala menyalahinya. Mahasuci Allah Taala dari sekelian sifat-sifat makhluk.” (Kitab Kifayah Al-‘Awwam)
Dan berkata Syeikh Ahmad An-Nahrowi :
الصفة الرابعة الواجبة له تعالى المخالفة للحوادث أى المخلوقات أى لا يماثله شئ من المخلوقات لا في ذاته و لا في صفاته و لا في أفعاله أى إن ذات الله عز و جل ليست جرما كذات المخلوقات وصفاته تعالى ليست كصفات المخلوقات حادثة مخصوصة و أفعاله ليست كأفعال المخلوقات مكتسبة ليس كمثله شيئ أى ليس مثل ذاته و صفاته شيئ
Artinya : “Sifat yang keempat yang wajib bagi Allah Taala ialah mukhalafah lil-hawadith artinya sekelian makhluk artinya tiada suatu pun menyamai Allah dari sekelian makhluk ini tidak menyamai pada zat-Nya dan tidak pada sifat-sifat-Nya dan tidak pada segala perbuatan-Nya artinya bahawa zat Allah Azza Wa Jalla bukan jirim seperti zat sekelian makhluk dan sekelian sifat Allah Taala bukan seperti sekelian sifat makhluk yang baharu yang tertentu. Dan sekelian perbuatan-Nya bukan seperti sekelian perbuatan makhluk yang dapat diusahakan. Tiada ada suatu pun seumpama Allah artinya tidak ada suatu bendapun yang seperti zat-Nya dan sifat-sifat-Nya.” (Kitab Ad-Dur Al-Farid)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus