Masjid Sedaka

Directions Website Contact the place of worship

Masjid Sedaka Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka, Yan, Kedah

Beliau seorang yang baik dan sering jadi imam di masjid sedaka....Lawatan ajk masjid dan penyampaian sumbangan masjid  k...
07/10/2026

Beliau seorang yang baik dan sering jadi imam di masjid sedaka....
Lawatan ajk masjid dan penyampaian sumbangan masjid keatas ust Asri yg diuji kesihatan dan sekarang berada di hospital sultanah bahiyah.
Semoga cepat sembuh seperti sediakala dan boleh berbakti untuk masjid sedaka kembali Insyaallah ......

"tunggu sat, kita baca surah Al-Mulk, tak sampai 10 minit.."Dalam seminggu secara jujurnya, berapa kali kita pegang Al-Q...
06/10/2026

"tunggu sat, kita baca surah Al-Mulk, tak sampai 10 minit.."

Dalam seminggu secara jujurnya, berapa kali kita pegang Al-Quran dan membacanya?

Kita toksah kata seminggu, dalam sebulan berapa kali? Setahun belum tentu, itupun kalau di bulan Ramadan, kan?

Alhamdulillah, masjid sedaka dari dulu lagi setiap malam selepas isyak menghidupkan amalan membaca surah Al-Mulk.

Apabila kita berada di alam kubur, yang menemani kita bukan harta atau pangkat, tetapi amal soleh yang kita bawa.

Jangan pandang kecil beberapa minit bersama Al-Quran, semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikannya sebagai teman serta pembela kita di akhirat, Aamiin...

"berapa lama paklang bertugas siak masjid sedaka..?"Pagi ni ziarah paklang, rumah paklang kuala sedaka, selalu orang pan...
06/10/2026

"berapa lama paklang bertugas siak masjid sedaka..?"

Pagi ni ziarah paklang, rumah paklang kuala sedaka, selalu orang panggil paklang mad isa.

Orang lama dan paling lama bertugas sebagai siak masjid sedaka, hampir 20 tahun lebih.

Akhir2 ni paklang diuji dengan kesihatan yang kurang baik dan alhamdulillah hari ni sudah semakin pulih.

Sama2 kita doakan mudah-mudahan beliau diberi kesembuhan sepenuhnya.

04/10/2026

*Kuliah Maghrib
KITAB : PENAWAR BAGI HATI

🗓Hari: AHAD
🗓️Tarikh: 4 OKTOBER 2026
(lepas solat maghrib)
🕌Tempat: Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka

Pengkuliah:
_Al Fadhil Ustaz Naim Syauki

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Jom Mengaji...!!

Malam Jumaat, bacaan yaasin dan tahlil.Malam ni ada 3 hajat khusus untuk anak kariah kampung sedaka.Pertama, untuk kesem...
01/10/2026

Malam Jumaat, bacaan yaasin dan tahlil.

Malam ni ada 3 hajat khusus untuk anak kariah kampung sedaka.

Pertama, untuk kesembuhan buat mantan siak masjid sedaka pak lang mad isa dan ustaz asri hj salleh mantan timbalan pengerusi masjid.

Keduanya bacaan tahlil khusus untuk arwah cikgu ramlah, isteri kepada cikgu zubit, cikgu zubit juga merupakan mantan setiausaha masjid sedaka.

Sama-sama kita mendoakan kesembuhan buat mereka semua dan dipermudahkan segala urusan.

27/09/2026

*Kuliah Maghrib
KITAB : PENAWAR BAGI HATI

🗓Hari: AHAD
🗓️Tarikh: 27 SEPTEMBER 2026
(lepas solat maghrib)
🕌Tempat: Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka

Pengkuliah:
_Al Fadhil Ustaz Naim Syauki

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Jom Mengaji...!!

26/09/2026

*Kuliah Maghrib
BAB TAUHID

🗓Hari: SABTU
🗓️Tarikh: 26 SEPTEMBER 2026
(lepas solat maghrib)
🕌Tempat: Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka

Pengkuliah:
_Al Fadhil Ustaz Zainol Hasan

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Jom Mengaji...!!!

Alhamdulillah.. selesai program pagi ni dengan jayanya.Masjid Sedaka menerima kunjungan Ybrs. Tuan Pengarah Kastam Pulau...
25/09/2026

Alhamdulillah.. selesai program pagi ni dengan jayanya.

Masjid Sedaka menerima kunjungan Ybrs. Tuan Pengarah Kastam Pulau Pinang bersama rombongan sempena Program Tautan Kasih, Jalinan Ulkhwah.

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Sedaka dan seluruh kariah, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Ybrs Tuan Hasbollah Bin Din serta seluruh warga Kastam Pulau Pinang bersama-sama kami.

Kehadiran ini bukan sekadar kunjungan, tetapi jambatan mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan, institusi masjid dan masyarakat.

Untuk makluman tuan-tuan, Ybrs Tuan Pengarah merupakan anak kariah kampung sedaka yang sudah lama berhijrah dari kampung sedaka suatu ketika dahulu.

Semoga Allah memberkati segala urusan kita semua, dan terima kasih atas tautan kasih dan jalinan ukhwah yang telah dizahirkan kepada masjid sedaka.

sekitar program tautan kasih,jalinan ukhuwah JKDM pulau pinang dan masjid sedaka
25/09/2026

sekitar program tautan kasih,jalinan ukhuwah JKDM pulau pinang dan masjid sedaka

Address

Simpang Empat Sedaka
Yan
06900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sedaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Sedaka:

Shortcuts

Share

Category