Masjid Al Kausar Kg Setar Yan

Call Directions Contact the place of worship

Masjid Al Kausar Kg  Setar Yan Masjid Al Kausar, Kampung Setar, Yan, 06900 Kedah. Kaki Gunung Jerai

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, pada 16 September 2026, kita bersama-sama memperingati Hari Mal...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, pada 16 September 2026, kita bersama-sama memperingati Hari Malaysia, hari yang mengingatkan kita tentang pentingnya kesatuan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam membina negara yang aman dan sejahtera.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽุงุนู’ุชูŽุตูู…ููˆุง ุจูุญูŽุจู’ู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฌูŽู…ููŠุนู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽููŽุฑูŽู‘ู‚ููˆุง

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai."
(Surah ฤ€li โ€˜Imrฤn: 103)

Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia, mengurniakan keamanan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat serta membimbing kita untuk hidup dalam suasana saling menghormati, membantu dan menyayangi.

๐ŸŒบ Satu Negara, Satu Keluarga
๐Ÿค Bersama Membina Malaysia Lebih Gemilang

Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada,
Pegawai & Ahli Jawatankuasa
Masjid Al-Kausar, Kg. Setar, Yan, Kedah

๐ŸŒ™โœจ MAULIDUR RASUL: MALAM PENUH CINTA & KEBERKATAN โœจ๐ŸŒ™KHAMIS - 3 September 2026.Alhamdulillah, malam ini Masjid Al-Kausar,...
05/09/2026

๐ŸŒ™โœจ MAULIDUR RASUL: MALAM PENUH CINTA & KEBERKATAN โœจ๐ŸŒ™
KHAMIS - 3 September 2026.
Alhamdulillah, malam ini Masjid Al-Kausar, Kg. Setar, Yan dihiasi dengan majlis Ceramah Perdana Sempena Maulidurrasul ๏ทบ yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, ukhuwah dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh pelajar Tahfiz Al-Fityan, sebelum jemaah bersama-sama menghayati ceramah selama hampir satu jam yang disampaikan oleh PU Azraei.

๐ŸŽ™๏ธ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PU Azraei atas perkongsian ilmu dan pengisian yang begitu bermakna. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Selesai ceramah, jemaah menunaikan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Iqbal, Imam Masjid Al-Kausar, kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Mulk, yang menjadi rutin para jemaah Masjid Al-Kausar setiap malam selepas solat Isyak.

๐Ÿ› Majlis kemudiannya disempurnakan dengan jamuan kenduri gulai daging, menutup malam yang penuh keberkatan ini dengan suasana santai dan ukhuwah sesama jemaah.

๐Ÿคฒ Terima kasih kepada seluruh muslimin dan muslimat yang hadir memeriahkan majlis. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menjadi penyeri serta tanda cinta kita kepada Rasulullah ๏ทบ.

Semoga majlis seperti ini terus subur di bumi kita, menghidupkan masjid, menyatukan hati dan menyemarakkan mahabbah kepada Rasulullah ๏ทบ.
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat keamanan, kehar...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat keamanan, keharmonian dan kemerdekaan yang terus kita kecapi di bumi Malaysia tercinta.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi satu amanah untuk kita isi dengan iman, ilmu, akhlak, perpaduan dan usaha membina generasi yang lebih baik.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽุงุดู’ูƒูุฑููˆุง ู„ููŠ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽูƒู’ููุฑููˆู†ู
"Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku."
al-Baqarah: 152

Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia, mengurniakan keamanan dan kesejahteraan, menyatukan hati seluruh rakyat serta membimbing para pemimpin untuk memimpin dengan amanah, adil dan ihsan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
โ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Dihormatiโ€

Ikhlas daripada,
Pegawai & Ahli Jawatankuasa
๐Ÿ•Œ Masjid Al-Kausar, Khariah Setar, Yan, Kedah

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, Program Khas Kanak-Kanak bersama Pelajar Kaunseling Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh t...
29/08/2026

Alhamdulillah, Program Khas Kanak-Kanak bersama Pelajar Kaunseling Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Program ini memberi ruang kepada anak-anak untuk bermain, belajar, berkomunikasi dan membina keyakinan diri melalui pelbagai aktiviti santai, permainan berkumpulan serta pendekatan bimbingan yang menyeronokkan.

Lebih bermakna, program ini turut menjadi medan ukhuwah serumpun Malaysiaโ€“Indonesia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ, apabila para pelajar UIN Ar-Raniry berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran kaunseling secara langsung bersama anak-anak komuniti setempat.

๐ŸŒท Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pelajar Kaunseling UIN Ar-Raniry, Banda Aceh yang telah mencurahkan tenaga, masa dan kreativiti bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada keluarga serta semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan.

Semoga pertemuan yang ringkas ini meninggalkan kenangan yang indah, ilmu yang bermanfaat dan persahabatan yang berkekalan buat semua.

Dari Aceh ke Kedah, kita mungkin berbeza tempat, tetapi disatukan oleh agama, ilmu dan ukhuwah. โค๏ธ

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ูˆุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุงู‹

Semoga Allah memberkati setiap usaha dan menjadikannya amal soleh yang berpanjangan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa, anak-anak qariah, p...
29/08/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa, anak-anak qariah, para jemaah serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul & di Surau At-Taqwa, Kg. Perupok.

Terima kasih kepada yang menyumbang tenaga, masa, wang ringgit, makanan dan minuman, yang bergotong-royong, menyediakan jamuan serta membantu dari awal hingga selesai. Setiap sumbangan, walaupun kecil pada pandangan kita, insya-Allah besar nilainya di sisi Allah.

Terima kasih juga kepada Ustaz Zafran Ridha bin Nazir Ridha atas perkongsian ilmu dan pengisian yang sangat bermanfaat.

Semoga segala usaha ini menjadi amal soleh dan saham akhirat, mengeratkan ukhuwah sesama kita serta menambahkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ู’ ู…ูู†ู‘ูŽุง ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ููŠุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู

โ€œYa Allah, terimalah daripada kami segala amal ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.โ€

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฌุฒุงุก
Semoga Allah membalas semua dengan sebaik-baik ganjaran, melapangkan rezeki dan memberkati keluarga kita semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih semua. Jumpa lagi dalam program Surau At-Taqwa yang akan datang, insya-Allah.

๐ŸŒน SEMARAK CINTA RASUL ๐ŸŒนSumbangan Sempena Maulidur Rasul ๏ทบAssalamualaikum w.b.t.Bersempena sambutan Maulidur Rasul, pihak...
25/08/2026

๐ŸŒน SEMARAK CINTA RASUL ๐ŸŒน
Sumbangan Sempena Maulidur Rasul ๏ทบ

Assalamualaikum w.b.t.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, pihak Masjid Al-Kausar, Khariah Setar mengajak seluruh anak qariah dan para dermawan untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah melalui sumbangan ikhlas.

Mencintai Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar pada ucapan, tetapi dibuktikan dengan meneruskan perjuangan Bagindaโ€”menyuburkan ilmu, dakwah, ibadah dan kebajikan umat.

๐Ÿ“ฒ Sumbangan boleh dibuat dengan mengimbas DuitNow QR pada poster.

Walau sedikit jumlahnya, besar nilainya di sisi Allah apabila diberikan dengan hati yang ikhlas. Mudah-mudahan sumbangan ini menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

๐Ÿคฒ Ayuh menyumbang dan kongsikan hebahan ini kepada keluarga serta sahabat.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’

MASJID AL-KAUSAR
Khariah Setar, Yan, Kedah

๐ŸŒน SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒนุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ...
24/08/2026

๐ŸŒน SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒน

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, marilah kita memperbanyakkan selawat serta memperbaharui tekad untuk mencontohi akhlak dan perjuangan Baginda.

Kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar diungkapkan dengan kata-kata, tetapi dibuktikan melalui ketaatan kepada ajarannya, kasih sayang sesama manusia, kejujuran, amanah dan kesungguhan membawa kebaikan kepada masyarakat.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œBarang siapa berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.โ€ Riwayat Muslim

Semoga Allah SWT menghimpunkan kita bersama Rasulullah ๏ทบ di syurga dan mengurniakan syafaat Baginda pada hari akhirat.

Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

Ikhlas daripada:
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa
Masjid Al-Kausar, Khariah Setar, Yan, Kedah





Alhamdulillah, Selesai Mesyuarat Agung Tahunan 2026 Masjid Al-Kausar ๐Ÿคฒ๐ŸปAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Mesyuarat A...
21/08/2026

Alhamdulillah, Selesai Mesyuarat Agung Tahunan 2026 Masjid Al-Kausar ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Mesyuarat Agung Tahunan 2026 Masjid Al-Kausar telah selesai dilaksanakan dengan lancar pada hari ini.

Mesyuarat pada tahun ini turut menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi baharu 2026โ€“2028, sebagai satu amanah dan tanggungjawab untuk meneruskan usaha mengimarahkan serta menguruskan Masjid Al-Kausar dengan sebaiknya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang hadir bagi merasmikan, memantau serta memberikan pandangan dan bimbingan sepanjang perjalanan mesyuarat.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada seluruh anak kariah Masjid Al-Kausar yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan mesyuarat ini.

Kehadiran tuan-tuan semua menjadi bukti bahawa Masjid Al-Kausar sentiasa hidup dengan sokongan, kebersamaan dan rasa tanggungjawab anak kariahnya. โค๏ธ

Buat barisan AJK Masjid yang baharu dipilih, selamat memikul amanah. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, keikhlasan dan kebijaksanaan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Semoga kepimpinan baharu ini membawa nafas yang lebih segar, pengurusan yang lebih baik dan pengimarahan masjid yang lebih gemilang.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026.

๐Ÿคฒ๐Ÿป Semoga setiap langkah, masa dan tenaga yang dicurahkan untuk rumah Allah menjadi amal soleh yang terus mengalir pahalanya.

Masjid Al-Kausar, Rumah Kita, Tanggungjawab Kita, Amanah Kita.

SELAMAT BERMESYUARATSelamat bermesyuarat kepada seluruh anak khariah sempena:๐Ÿ“ข MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID AL-KAUSAR ...
21/08/2026

SELAMAT BERMESYUARAT

Selamat bermesyuarat kepada seluruh anak khariah sempena:

๐Ÿ“ข MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID AL-KAUSAR 2026

๐Ÿ“… Jumaat, 21 Ogos 2026
๐Ÿ•ฐ๏ธ Selepas Solat Jumaat
๐Ÿ“ Masjid Al-Kausar, Khariah Setar

Semoga mesyuarat ini berjalan dengan lancar, penuh keberkatan serta menghasilkan keputusan terbaik demi kemajuan, kebajikan dan pengimarahan Masjid Al-Kausar.

Terima kasih atas kehadiran, kerjasama dan komitmen seluruh anak khariah.

โ€œMasjid Diimarahkan, Ukhuwah Diperkukuhkanโ€

Ikhlas daripada:
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa
Masjid Al-Kausar, Khariah Setar

๐Ÿ•Œ TAZKIRAH, SOLAT JUMAAT & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026Assalamualaikum w.b.t.Masjid Al-Kausar, Khariah Setar dengan suka...
20/08/2026

๐Ÿ•Œ TAZKIRAH, SOLAT JUMAAT & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026

Assalamualaikum w.b.t.

Masjid Al-Kausar, Khariah Setar dengan sukacitanya menjemput seluruh Muslimin menghadiri:

๐ŸŽ™๏ธ TAZKIRAH JUMAAT
๐Ÿ•Œ KHATIB DAN IMAM SOLAT JUMAAT

Disampaikan oleh:

Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Farahi bin Mohd Jamil
Penolong Imam Besar, Masjid Negeri Masjid Zahir

๐Ÿ“… Jumaat, 21 Ogos 2026
๐Ÿ• 1.00 petang
๐Ÿ“ Masjid Al-Kausar, Khariah Setar, Yan

๐Ÿ“ข MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID AL-KAUSAR 2026

Mesyuarat akan diadakan sejurus selepas selesai Solat Jumaat.

Agenda utama:

1. Ucapan Pengerusi/Imam
2. Ucapan Wakil Pejabat Agama Daerah Yan
3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Sesi 2026โ€“2029
4. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat lalu
5. Pembentangan laporan aktiviti dan kewangan
6. Hal-hal lain

๐Ÿ“Œ Kehadiran seluruh Ketua Isi Rumah Anak Khariah Masjid Al-Kausar adalah DIWAJIBKAN.

Kerjasama dan komitmen semua anak khariah amat dihargai bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar serta pengurusan masjid dapat terus diperkasakan.

Mohon sebarkan makluman ini kepada anak-anak khariah yang lain.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Masjid Al-Kausar
Khariah Setar, Yan, Kedah

Address

Masjid Al Kausar, Kg. Setar
Yan
06900

Telephone

+60134045145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Kausar Kg Setar Yan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al Kausar Kg Setar Yan:

Shortcuts

Share