Masjid Ar-Ridzuan Kg Sungai Daun Tengah

Masjid Ar-Ridzuan Kg Sungai Daun Tengah لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
( Tiada Tuhan Selain ALLAH,MUHAMMAD Utusan ALLAH )

**Assalamualaikum w.b.tSelamat Datang Para Tetamu ALLAH.JEMPUTAN IFTAR JAMAIE 4.0 MASJID AL RIDHWAN KG SG DAUN TENGAH📢 J...
03/03/2026

**Assalamualaikum w.b.t
Selamat Datang Para Tetamu ALLAH.

JEMPUTAN IFTAR JAMAIE 4.0
MASJID AL RIDHWAN KG SG DAUN TENGAH

📢 JEMPUTAN UNTUK SEMUA AHLI KHARIAH

• PADA 06.3.2026 JUMAAT MLM SABTU
BERSAMAAN 17 RAMADHAN 2447H
(MLM NUZULQURAN)

MASA :6.30 PM
(TAHLIL :6.50 PM)
🕌TEMPAT : perkarangan masjid

👳🏻 IMAM JEMPUTAN
Ustaz Pondok As-syathiri

📌 Pihak masjid menyediakan juadah berbuka berupa kurma, nasi mandy,serta minuman.

* CATATAN
🔖 Sesiapa yg ingin membawa juadah tambahan sangatlah di alu-alukan.

*Sekian, harap maklum.

• GERHANA BULAN PENUH 3 MAC 2026 •KEJADIAN DUA GERHANA DI DALAM BULAN RAMADHAN 2026.Gerhana matahari cincin pada 17 Feb ...
25/02/2026

• GERHANA BULAN PENUH 3 MAC 2026 •

KEJADIAN DUA GERHANA DI DALAM BULAN RAMADHAN 2026.

Gerhana matahari cincin pada 17 Feb 2026 pada pukul 8.05 malam waktu Malaysia adalah termasuk dalam bulan Ramadhan kerana di dalam islam penutup bagi hari adalah waktu maghrib. Ramai tidak tahu aturan ini. Gerhana seterusnya ialah gerhana bulan pada 3 Mac 2026, bersamaan 14 Ramadan 1447H. Secara tidak langsung ia adalah kejadian dua gerhana berturut-turut di dalam bulan Ramadhan.

Fenomena dua gerhana (bulan dan matahari) berturut-turut dalam bulan Ramadhan sering dikaitkan dalam literatur Islam sebagai salah satu tanda hampirnya kemunculan Imam Mahdi. Ia merujuk kepada hadis yang dipetik oleh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Al-Qaul Al-Mukhtasar fi 'Alamat Al-Mahdi Al-Muntazar, yang menyatakan berlakunya dua gerhana di bulan Ramadhan sebelum kemunculan beliau.

Kejadian gerhana bulan dan matahari dalam satu bulan, termasuk Ramadhan, telah berlaku beberapa kali (contoh: 1981, 1982).

Sebahagian pandangan menganggap ia tanda akhir zaman, sementara yang lain melihatnya sebagai fenomena astronomi semulajadi yang normal. Kita patut bersyukur kerana dapat melihat kejadian alam ini di dalam hayat ini. Kemungkinan untuk kejadian gerhara berkembar seterusnya di jangkakan pada tahun 2040 nanti.

Nota: Gerhana matahari bermula pukul 17:29 UTC dan berakhir pada pukul 21:53 UTC, dengan puncaknya pada 19:41 UTC.

• Kredit Penulisan : Omen Neocrofis
• Kredit Gambar : Waktu Solat Malaysia

• KULIAH TAKMIR DAERAH  YAN 2026 • 🎙️ Ustaz Mohd Firdaus Bin Yusof 📍Masjid Ar-Ridzuan,Kg Sungai Daun Tengah, Yan.🔸 KULIA...
19/01/2026

• KULIAH TAKMIR DAERAH YAN 2026 •

🎙️ Ustaz Mohd Firdaus Bin Yusof

📍Masjid Ar-Ridzuan,
Kg Sungai Daun Tengah, Yan.

🔸 KULIAH MAGHRIB
= Hari Ahad ( Minggu - 4 )
🔸 KULIAH SUBUH
= Hari Jumaat ( Minggu - 1)

•• Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir ••

➡️  CERAMAH PERDANA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-68,Peringkat Dun Sg Limau.• Jemputan :-  USTAZ LUTHFI AMIR ...
23/08/2025

➡️ CERAMAH PERDANA

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-68,
Peringkat Dun Sg Limau.

• Jemputan :
- USTAZ LUTHFI AMIR SAIDIN
- YB. DATO' USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT

**Tempat📍 - Masjid Ar-Ridhwan Kg Sg Daun Tengah.

**Hari/Tarikh 📅 - Sabtu / 23 Ogos 2025

**Masa 🕞 - 7.30 Malam

• Anjuran :
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sg Limau.

• muslimin & muslimat dijemput hadir •

AL-FATIHAH...Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga Allahyarham MOHD LAZIM BIN SAAD ( Abg Mat Din )إنَّا ِللهِ وإنَّا ...
14/08/2025

AL-FATIHAH...
Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga Allahyarham MOHD LAZIM BIN SAAD ( Abg Mat Din )

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

" Ya Allah, Ampunilah Dosanya, Berilah RahmatMu Ke Atasnya, Sejahtera Dan Maafkanlah Dia Dan Tempatkan Rohnya Bersama-sama Orang Yang Beriman. "
Aamiin.

Semoga Ditempatkan Bersama orang-orang yang beriman...
Aminnn

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan *TEAM VJJ*

• Kredit kepada Akaun FB - Amal Bakti Gurun






Assalamualaikum wbt..Program Majlis Mengacau Bubur Asyura.▫️Tempat - Masjid Kg Sungai Daun Tengah▫️Tarikh - 11 Julai 202...
03/08/2025

Assalamualaikum wbt..

Program Majlis Mengacau Bubur Asyura.
▫️Tempat - Masjid Kg Sungai Daun Tengah
▫️Tarikh - 11 Julai 2025
▫️Masa - 8.00 Pagi

03/08/2025

*Tazkirah

*Mimbar masjid s.d.t*
Jumaat - 04.07.2025

KEJAHILAN MUSUH DIRI SENDIRI

*_kesimpulan_*
_1.Menanam kesedaran bahawa jahil itu bahaya._
_ mengakui kelemahan diri & sedar bahawa kejahilan bukanlah satu kecacatan,tetapi bahaya besar yg akan menimpa diri jika dibiarkan tanpa usaha memperbaikiNYA_

_2.menhidupkan budaya menuntut ilmu sepanjang hayat menjadikn ilmu sebagai gaya hidup(amalan)._
_a.bukan sekadar keperluan wkt belajar._
_b.hadir kuliah agama_
_c.majlis ilmu_
_d.perbykkan baca buku² agama_
_e.tonton bahan² yg bermanfaat_
_f. bertanya pada ahlinya_

_3.merendah diri untuk belajar & ditegur_
_ yg berilmu akn tunduk & terbuka kpd teguran,inilah sifat org mukmin yg sebenar,._

_4.berdoa agar diselamatkn dari kejahilan._

_ sendiri memohon drpd kejahilan ,maka kita juga mesti begitu ini doanya yg di ajar . ya allah, aku berlindung kpdmu drpd kejahilan ,kelemahan, & kemalasan._
*WALLAHU AKLAM*

*Tazkirah

*Mimbar masjid s.d.t*
Jumaat 18.07.2025

SAHABAT HINGGA KESYURGA

*_kesimpulan_*
*Rasullallah saw bersabda yg bermaksud.*
_ itu bergantung kpd agama sahabatnya.krn itu, perhatikanlah setiap seorang diantara kalian dgn siapa dia besahabat.(hadis riwayat abu daud)_

_Hujatul islam imam al ghazali ada menyatakan dlm kitabnya" bidayatul hidayah" tentang lima ciri sahabat sejati didlm islam_

*1.Berakal cerdas*
_ dapat mmbezakan yg hak & yg batil (benar & salah) serta baik & buruk._

*2.Berakhlak mulia*
_ ini tidak hanya dilihat dlm situasi normal ,tetapi juga ketika marah,adakah ia mampu mengawal imosi atau sebaliknya._

*3.Tidak pasik yaitu tidak melakukan dosa² besar*
_ sahabat yg berperilaku soleh. yaitu mereka yg selalu menjauhkn diri dari melakukn dosa² besar.dlm suroh al kahfi ayat 28 allah berfirman yg bermaksud_
# jgnlah engkau ikuti org yg kami lalaikan hatinya untuk mengingati kami & org yg mengikut hawa nafsu & adalah keadaannya itu melampaui batas" #

*4.Tidak cintakan dunia secara melampau*
_ dgn yg gila dunia(serakah) adalah racun yg mematikan hati krn watak atau tabiat itu bejangkit,meniru & menaladani. Pergaulan dgn org serakah dpt menambah keserakahan seseorg.Sementara persahabatan dgn org yg zuhud (tidak cinta dunia )dpt menambahkn kezuhudan seseorg itu

*5.Jujur*
_ memerintahkn umatnya agar berhati² & jgn sampai memilih sahabat yg *pendusta*._
_ # Tidak bermakna kita tidak blh berkwn dgn org yg tidak baik tetapi mejadi tangungjawab kita untuk mmberi dakwah atau teladan kearah kebaikn. jika tidak mmpu pastikn kita tidak terjebak._
_ # Ingatlah jalinan persahabatan perlulah didasari dgn tujuan yg betul dunia atau akhirat, semata² krn Allah,_
_jika persahatan krn duniawi semata² kita akn binasa tetapi jika krn Allah & akhirat kita ,kita akn mendapat keberkatan dari Allah swt. inn sya allah__
*WALLAHU AKLAM*

Salam Maal Hijrah 1447H. Sama-sama kita tutup lembaran tahun ini dengan rasa syukur, dan buka tahun baru dengan doa sert...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H. Sama-sama kita tutup lembaran tahun ini dengan rasa syukur, dan buka tahun baru dengan doa serta harapan yang lebih baik.

Moga tahun baru Hijrah ini membawa lebih ketenangan, rezeki yang berkat, kesihatan yang baik dan hati yang terus dekat dengan-Nya. Amin ya Rabb. 🤲🏻

19/03/2025

*Assalamualaikum w.b.t*

Selamat datang اهلاوسهلا para tetamu Allah.

• JEMPUTAN IFTAR JAMAIE 3.0 MASJID AL RIDHWAN KG SG DAUN TENGAH*

📢_JEMPUTAN !!!!! SEMUA AHLI KHARIAH

📌 🗓️ - 26.3.2025 ( Rabu )
📌 🕢 - 6.30 p.m. ( TAHLIL :6.50 p.m. )
📌 - 🕌 Perkarangan Masjid

•• 👳🏻IMAM JEMPUTAN /TAZKIRAH :
TUAN SYEIKH MOHD IKMAL HAFIF B AZMI
( PEGAWAI UGAMA DAERAH YAN)

• 📌 Pihak MASJID menyediakan juadah berbuka berupa kurma, nasi mandy, kuih muih serta minuman

•• CATATAN ••
🔖sesiapa yg ingin membawa juadah tambahan di alu²kan.

*Sekian, harap maklum.*

Assalamualaikum w.b.t. 👉🏻 .....Untuk Makluman Anak-anak Kariah..... 👈🏻•  MESYUARAT AGUNG (2024) MASJID AL-RIDHWAN, Kampu...
04/02/2025

Assalamualaikum w.b.t.

👉🏻 .....Untuk Makluman Anak-anak Kariah..... 👈🏻

• MESYUARAT AGUNG (2024) MASJID AL-RIDHWAN, Kampung Sungai Daun Tengah Akan Diadakan Seperti Yang Tertera Dibawah :

🗓️ Tarikh. : 07 February 2025 ( JUMAAT )

🕒 Masa : Selepas SOLAT JUMAAT

🕌 Tempat : Dewan MASJID AL-RIDHWAN.
(Kampung Sungai Daun Tengah)

• Semoga Dengan Kehadiran Tuan² Semua Dapatlah Bersama-sama Kita Menjayakan Mesyuarat ini.

Sekian, Terima Kasih.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...Salam takziah buat keluarga Ustaz Muthalib Bashah.Semoga Rohnya dicucuri rahmat & ditemp...
10/01/2025

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...
Salam takziah buat keluarga Ustaz Muthalib Bashah.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah....
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ (١)
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ ( ٢)
الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ (٣)
مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِ (٤)
اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُ (٥)
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ (٦)
صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ (٧)
Aaminn...

Address

Kampung Sungai Daun Tengah
Yan
06800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar-Ridzuan Kg Sungai Daun Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Ar-Ridzuan Kg Sungai Daun Tengah:

Share

Category