26/07/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, Program Lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran pada 25 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya.
Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengikuti taklimat mengenai Yayasan Restu dan Nasyrul Quran, melawat Galeri Mushaf Malaysia dan Mushaf Antarabangsa, melihat replika pedang Rasulullah SAW dan para sahabat, kelambu Kaabah, serta menyaksikan proses percetakan mushaf Al-Quran di Viewing Deck. Anak-anak juga begitu teruja menyertai aktiviti Cari Kata Islamik. Program diakhiri dengan makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah di Masjid Besi.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, para ibu bapa atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan, anak-anak yang menunjukkan disiplin serta semangat yang sangat baik, dan juga semua penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan serta sokongan sehingga program ini berjalan dengan lancar.
Paling mencuit hati, sebelum bersurai ada beberapa orang anak-anak yang terus bertanya, "Lepas ni kita pergi lawatan yang naik kapal terbang p**a boleh tak?" π Alhamdulillah, itu tanda mereka benar-benar seronok dan teruja dengan program yang diadakan. Insya-Allah, jika ada rezeki dan peluang, kita usahakan lagi program-program yang lebih menarik pada masa hadapan.
Semoga segala usaha, masa, tenaga dan sumbangan semua pihak mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program surau yang akan datang, insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
Pengurusan
Surau Al-Aqsa RW