LATAR BELAKANG MASJID
Mula dibina pada tahun 1997. Dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada hari Jumaat 29 Jun 2001M / 6 Rabiulawwal 1422H. Mula dijadikan masjid Jumaat pada September 2002. Imam pertama ialah Ustaz Wan Fakhrulrazi Bin Wan Mahmood dipanggil khatib undangan dan pada 15 September 2005M / 27 Rejab 1426H diangkat menjadi Imam Muda sehi
ngga sekarang. Pengasas masjid ini ialah Ustaz Hj Nik Abdul Kadir Bin Nik Muhammad (Tokoh Pendidik Yayasan Islam Kelantan 2000 – Tokoh Hijratul Rasul 1422H/ 2003M). Masjid ini adalah pecahan mukim Pasir Pekan, daerah Wakaf Bharu jajahan Tumpat. Masjid ini juga lebih dikenali sebagai masjid Ustaz Nik Dir. Kampung yang berada di bawah mukim Masjid An-Nur ini ialah Kampung Kubang Palas, Taman Sri Palas, Taman Kota Kubang Labu, Dalam Kota, Taman Seri Pekan, Taman Mimi dan Padang To’ Ku. Dipilih sebagai An-Nur membawa erti cahaya. Semua prasarana lain yang dibina selepas masjid induk ini diberi nama An-Nur. 1. Nursery An-Nur -2010. Oleh kerana kepadatan penduduk semakin meningkat, bangunan tambahan telah dibina pada 2004 yang menelan kos sebanyak RM25,000. Pada tahun 2005, dewan dan kelas PASTI sebanyak enam kelas mula dibina dengan kos sebanyak RM110,000. Pada April 2007 – April 2009, dibina p**a tambahan bangunan sebelah belakang dua tingkat. Pada Mei 2009, mulai dibina bangunan dua tingkat untuk nursery dan penginapan tamu. Nursery telah beroperasi pada Januari 2010. Antara kemudahan asas yang terdapat di masjid An-Nur ini ialah bilik seminar, dewan, kelas tusyen, padang, gelangggang, pentas/astaka dan kelas PASTI (bilangan pelajar paling ramai di seluruh Tumpat). Oleh kerana kemudahan asas dan prasarana yang wujud ini, pihak kami sentiasa menawarkan diri untuk mana-mana jabatan, agensi, NGO dan persatuan untuk menggunakan kemudahan ini seperti kursus, seminar, kem dan seumpamanya. Sebagai makluman, ianya pernah diguna oleh Pusat Bahasa Arab (PBA) Nilam Puri sebagai tempat projek Anak Angkat selama 3 hari 3 malam pada tahun 2003 untuk anak-anak lepasan SPM/STPM seluruh negara. Pada 2005 p**a telah digunakan oleh MAIK sebagai Kem Guru-Guru Agama dan Penghulu Orang Asli selama 5 hari 5 malam. Pada September 2007, Kerjasama antara JAKIM, MAIK dan Jawatankuasa An-Nur menganjurkan Kursus Pra Bebas Pemulihan Dadah selama 19 hari/malam yang mana menempatkan penagih dari seluruh negara. Memasyarakatkan mereka sebelum dibebaskan. PENGENALAN RAKAN BELIA MASJID
Mula ditubuhkan pada tahun 2004. Keanggotaannya meliputi belia yang berumur 40 tahun ke bawah. Antara tujuannya ialah:
1. Mengikat diri belia dengan masjid
2. Melahirkan belia yang aktif dan dan pro aktif
3. Menjana belia yang pandai berdikari
4. Supaya belia An-Nur menjadi contoh dalam semua aspek kebaikan bagi belia masjid lain. Pengerusi pertama sehingga sekarang ialah Us Wan Fakhrulrazi (Imam Masjid). Penasihat ialah Ustaz Hj Nik Abdul Kadir (pengerusi masjid). Jawatankuasa induk sering berubah kerana sebahagian AJK dapat melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain daripada rakan belia masjid, persatuan lain yang ditubuhkan ada kaitannya dengan masjid:
1. Persatuan Kebajikan dan Khairat Kematian (2006). Pengerusi ialah Us. Muhd Taib Ismail.
2. Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) – berjaga malam (Mei 2009). Pengerusi ialah Us Wan Fakhrulrazi (Imam Masjid)
3. Persatuan Jawatankuasa Muslimat. Dipengerusi oleh Ustazah Aizan binti Abdullah.
4. Jawatankuasa PASTI An-Nur dipengerusi Oleh Ustaz Hj. Nik Abdul Kadir bin Nik Muhammad. Bilangan guru kini seramai 8 orang. Apa yang menarik tentang Rakan Belia Masjid An-Nur ini ialah sentiasa bekerjasama diantara para orang muda dengan orang tua dalam program gotong-royong dan seumpamanya. Kadang kadang belia terkedepan, Alhamdulillah. Belia juga sentiasa mendidik adik-adik dan mencari adik pelapis di bawahnya. Antara tujuan pembinaan Nursery p**a ialah untuk mengasuh anak-anak yang berusia 1-3 tahun. Apabila mereka berusia 4-6 tahun dihantar ke PASTI p**a. Ini menjadikan kanak-kanak dibesarkan mulai usia satu hingga enam tahun dibesarkan dalam biah dan suasana didikan masjid. Antara program mega tahunan yang dianjurkan oleh Rakan Belia Masjid ialah:
• Malam Kesenian Islam 2005-2006-2007-2008.
• Hari Keluarga - kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid telah diadakan pada 2005-2006-2008 dan akan menjadi acara dwi tahunan.
• Mukhayyam dan Rehlah Rehat Minda. Pernah ke Pulau D.O. Tasik Pergau-2004, Pulau Pangkor-2005, Info Galeri Tengku Anis Sungai Golok dan Pantai Melawi Bachok.
• Kem Jatidiri Remaja -2 siri setiap tahun.
• Ihtifal PASTI An-Nur.
• Gotong royong memasak bubur Asyura. PENUTUP
Besarlah harapan kami supaya Rakan Belia Masjid An-Nur khususnya dan masjid An-Nur ini sendiri menjadi contoh dalam semua aspek kerohanian, kependidikan, kebajikan dan fizikal. Kami sentiasa mengharapkan tunjuk ajar dan teguran membina daripada semua pihak dan supaya ianya terus maju ke depan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas anugerah ini.