Masjid At-Tarbiah Kutan Sungai

Masjid At-Tarbiah Kutan Sungai Mosque activities

06/06/2026
06/06/2026

1 Hari 1 Hadith dari Msjd at-Tarbiah:
MENGINGATI MATI SEMASA SOLAT.

Daripada Anas bin Malik RA; bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): "Ingatlah kematian semasa di dalam solatmu. Sesungguhnya apabila seseorang mengingati mati di dalam solatnya, dia akan memperbaiki solatnya. Solatlah sebagaimana solat seseorang yang merasakan dia tidak akan solat lagi selepas daripada solat itu."
(HR al-Baihaqi).

Matan Hadith:
عن أنس بن مالك عن النبي عليه الصلاة والسلام: اذكرِ الموتَ في صلاتِك، فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ في صلاتِه لحريٌّ أن يُحسنَ صلاتَه، وصَلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظنُّ أن يُصلِّيَ صلاةً غيرَها. (أخرجه البيهقي).

02/06/2026

1 Hari 1 Hadith dari Msjd at-Tarbiah:
GAMBARAN TELAGA RASULULLAH SAW DI MAHSYAR.

Daripada Abdullah bin Amru RA; bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): "Telagaku seluas perjalanan selama satu bulan. Warna airnya lebih putih daripada susu, aromanya lebih harum daripada minyak kasturi dan bejananya sejumlah bintang-bintang di langit. Sesiapa yang telah meminum air telaga tersebut nescaya dia tidak akan merasa dahaga selamanya."
(HR Muslim).

Matan Hadith:
عن عَبْد اللهِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ مَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنَ اللَّبَنِ وَرِيحُهُ أَطْيَبُ مِنَ الْمِسْكِ وَكِيزَانُهُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ مَنْ شَرِبَ مِنْهَا فَلاَ يَظْمَأُ أَبَدًا. (رواه مسلم).

26/05/2026

1 Hari 1 Hadith dari Msjd at-Tarbiah:
DAGING KORBAN: BUKAN UNTUK UPAH TUKANG SEMBELIH.

Daripada Ali bin Abi Talib RA, katanya: Rasulullah SAW memerintahkan aku untuk menguruskan haiwan korbannya dan membahagikan dagingnya, kulitnya serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Dan aku tidak dibenarkan memberikan kepada tukang sembelih apa-apa bahagian daripadanya. Ali berkata: Kami membayar upahnya daripada harta kami sendiri.
(HR Muslim).

Matan Hadith:
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: أَمَرَنِي رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا. (صحيح مسلم).

25/05/2026

1 Hari 1 Hadith dari Msjd at-Tarbiah:
PUASA HARI 'ARAFAH: PENGAMPUNAN DOSA UNTUK 2 TAHUN.

Daripada Abi Qatadah RA; bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): "Puasa pada hari 'Arafah (9 Zulhijjah), aku berharap Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, manakala puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram), aku berharap Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(HR Muslim).

Matan Hadith:
عن أبى قتادة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وآله وسلم قال: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ.
(صحيح مسلم).

24/05/2026

1 Hari 1 Hadith dari Msjd st-Tarbiah:
ANCAMAN TERHADAP PEMINUM ARAK.

Daripada Abdullah bin Amr, RA; katanya: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Arak adalah ibu bagi segala keburukan. Barangsiapa yang meminumnya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. Jika dia mati dalam keadaan perutnya berisi arak, maka dia mati sebagai mati jahiliyyah.”
(HR ath-Thibraniy).

Matan Hadith:
عن عبدالله بن عمرو قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الخمرُ أمُّ الخَبائِثِ، و مَنْ شربَها لمْ يَقْبَلِ اللهُ مِنْهُ صَلاةً أربعينَ يومًا، فإنْ ماتَ وهيَ في بَطْنِهِ ماتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةً. (أخرجه الطبراني).

Address

No. 33, Kg. Kutan Sungai
Wakaf Baharu
16250

Telephone

+60139378375

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At-Tarbiah Kutan Sungai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid At-Tarbiah Kutan Sungai:

Share

Category