23/07/2026
SEBUAH KEPUASAN
08 Safar 1446H (Khamis)
﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه،
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
"Anehnya manusia. Mereka berlumba-lumba kepada hiburan, seolah-olah melihat syurga di dalamnya. Namun lari lintang-pukang daripada ibadah, seperti melihat neraka padanya."
.Sedangkan hakikatnya, hiburan sebatas menghiburkan jiwa untuk seketika, tetapi ibadah membahagiakan hati untuk selamanya. Hiburan akan berakhir apabila persembahan tamat, namun ibadah akan berterusan hingga akhirat. ALLAHﷻ mengingatkan:
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
"Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan. Sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu berakal?"
(Surah al-An‘ām: 32)
RASULULLAHﷺ juga bersabda:
حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ، وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
"Syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak dis**ai (oleh nafsu), sedangkan neraka dikelilingi oleh syahwat dan keseronokan."
(Riwayat Muslim, no. 2822)
.Lihatlah kisah Fudail bin 'Iyadh رحمه الله. Dahulu beliau seorang perompak yang tenggelam dalam maksiat. Namun apabila mendengar firman ALLAHﷻ..
"Belum tibakah masanya hati orang-orang beriman tunduk mengingati ALLAH?" (Surah al-Ḥadīd: 16), .beliau tersungkur menangis dan bertaubat tanpa tangguh, lalu akhirnya menjadi Kekasih ALLAHﷻ.
.Apabila hati diselaputi dosa, ibadah terasa beban. Nafsu sentiasa culas mencari alasan.. agar bangkai kemalasan dapat ditutupi konon keuzuran. Sebenarnya - bukan ibadah yang berat, tetapi hati yang berkarat.. oleh cinta dunia. Buktinya nafsu kita mampu berpenat dan bercekang mata untuk perkara yang menyukakannya. .Demikian p**a - apabila hati telah dipenuhi cinta ALLAHﷻ dan RASULﷺ, zikir menjadi kelazatan, dan selawat menjadi kenikmatan. Maka tiada kata uzur ibadah untuk mereka yang beriman kepada kehidupan akhirat, kerana sedetik waktu tertunda alasan dan tertangguh kemalasan tidak mampu ditebus, melainkan penyesalan yang tidak berharga di keabadian.
YAA ALLAH YAA RASULALLAH
MALAM INI ❣️.MAJLIS HABIBULLAHﷺ (MAHA) di RAUDHAH AL-MUSTHOFAﷺ bermula maghrib dengan SELAWAT dan berakhir MAWLID selepas isya'.
Semoga kehadiran dan kebersamaan ini dalam dakapan syafa'at KEKASIH TERAGUNGﷺ.. Aamiin.