Surau Al-Latif Kastam WP Labuan

Surau Al-Latif Kastam WP Labuan Rasulullah ﷺ bersabda: “Tempat yang paling Allah cintai di bumi adalah masjid.” (HR. Muslim)

17/07/2026
𝙎𝙀𝙆𝙄𝙏𝘼𝙍 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘽𝘼𝘾𝘼𝘼𝙉 𝙔𝘼𝙎𝙎𝙄𝙉 & 𝘿𝙊𝘼 𝙆𝙀𝙎𝙔𝙐𝙆𝙐𝙍𝘼𝙉 𝘼𝙏𝘼𝙎 𝙆𝙀𝙉𝘼𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙋𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙔𝘽𝙍𝙎. 𝙋𝙐𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙋𝘼𝙇𝙄𝙇𝘼 𝘽𝙄𝙉𝙏𝙄 𝙃𝘼𝙅𝙄 𝘼𝙂. 𝙏𝙐𝘼𝙃, 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙍𝘼𝙃 𝙆𝘼...
17/07/2026

𝙎𝙀𝙆𝙄𝙏𝘼𝙍 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘽𝘼𝘾𝘼𝘼𝙉 𝙔𝘼𝙎𝙎𝙄𝙉 & 𝘿𝙊𝘼 𝙆𝙀𝙎𝙔𝙐𝙆𝙐𝙍𝘼𝙉 𝘼𝙏𝘼𝙎 𝙆𝙀𝙉𝘼𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙋𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙔𝘽𝙍𝙎. 𝙋𝙐𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙋𝘼𝙇𝙄𝙇𝘼 𝘽𝙄𝙉𝙏𝙄 𝙃𝘼𝙅𝙄 𝘼𝙂. 𝙏𝙐𝘼𝙃, 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙍𝘼𝙃 𝙆𝘼𝙎𝙏𝘼𝙈 𝙒𝙋 𝙇𝘼𝘽𝙐𝘼𝙉 𝙆𝙀 𝙂𝙍𝙀𝘿 𝙐𝙏𝘼𝙈𝘼 𝙅𝙐𝙎𝘼 𝘾.

𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗢𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗧𝗔 & 𝗗𝗢𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲Alhamd...
04/06/2026

𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗢𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗧𝗔 & 𝗗𝗢𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

Alhamdulillah, majlis yang berlangsung semalam (Khamis, 4 Jun 2026) di Surau Al-Latif telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Majlis ini diadakan khusus bagi meraikan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata baharu buat keluarga:

👶 Tuan Mazlan / Puan Mayanti / Puan Azedah / En. Rasid / Puan Norliana

Serta titipan doa buat pegawai dan keluarga Kastam yang bakal berangkat menunaikan ibadah umrah pada minggu hadapan:

🕋 Tuan Affizal / En. Abd Hardie & keluarga / Puan Noriah & Keluarga / Nizam Fitri (Anakanda En. Amit)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jemaah dan warga Kastam yang hadir memeriahkan majlis. Kehadiran anda semua amat dihargai demi mengimarahkan lagi surau kita.

Semoga anak-anak yang dilahirkan menjadi zuriat yang soleh/solehah, dan buat para jemaah umrah, semoga dikurniakan perjalanan yang dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur. Amin Ya Rabbal Alamin.

𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐋𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐔𝐃𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
27/05/2026

𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐋𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐔𝐃𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗔𝗟-𝗟𝗔𝗧𝗜𝗙 & 𝗕𝗔𝗞𝗜𝗦𝗞𝗔 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Umrah 2026 ya...
16/05/2026

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗔𝗟-𝗟𝗔𝗧𝗜𝗙 & 𝗕𝗔𝗞𝗜𝗦𝗞𝗔 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Umrah 2026 yang dibawakan khas hasil kerjasama erat antara Surau Al-Latif dan BAKISKA WP Labuan pada hari ini, Sabtu 16 Mei 2026 yang bertempat di Dewan Dato' Abdullah, Wisma Kastam JKDM WP Labuan. Suasana dewan dipenuhi dengan semangat dan keinsafan para peserta yang khusyuk mendengar kupasan dan bimbingan daripada Ustaz Muhammad Shafie Abdul Ghani, JAWI (Muttawif). Begitu banyak pengisian dan tips praktikal yang dikongsikan oleh Ustaz sebagai persediaan ke Tanah Suci.

Majlis juga amat bermakna dengan kehadiran barisan kepimpinan Tuan Affizal bin Abdul Malek, Pengerusi Surau Al-Latif, Tuan Fakhruddin bin Amat Javavi, Pengerusi BAKISKA WP Labuan serta En. Dahrin Kilo, Pengurus Al-Waqar Labuan.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta atas kehadiran, kesungguhan, dan sokongan padu yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

Sama-sama kita doakan agar urusan para bakal jemaah dipermudahkan dari awal sehinggalah selesai ibadah nanti. Semoga beroleh umrah yang mabrur! 🕋❤️

Address

Jalan Bukit Kuda
Victoria
87008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Latif Kastam WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share