Masjid Bandar Ulu Tiram

Masjid Bandar Ulu Tiram Masjid Bandar Ulu Tiram merupakan sebuah Masjid terletak di Bandar Ulu Tiram yang menyediakan dewan solat yang luas dan selesa.

Mempunyai pelbagai kemudahan untuk manfaat kariah dan jemaah yang datang.

27/08/2026

Daripada Abdullah bin Mas‘ud رضي الله عنه tentang keadaan Neraka Jahannam pada Hari Kiamat.
Rasulullah ﷺ bersabda:

قال رسول الله ﷺ:
«يُؤْتَى بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لَهَا سَبْعُونَ أَلْفَ زِمَامٍ، مَعَ كُلِّ زِمَامٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ يَجُرُّونَهَا»

Maksudnya:
“Pada hari itu Jahannam akan didatangkan. Ia mempunyai 70,000 tali kekang, dan pada setiap satu tali kekang terdapat 70,000 malaikat yang menariknya.”

📖 Riwayat Muslim, Sahih Muslim 2842

Bayangkan betapa dahsyatnya keadaan Neraka Jahannam yang digambarkan oleh Rasulullah ﷺ.

Namun hari ini, kita masih diberi peluang untuk berubah.
Masih diberi peluang untuk bertaubat.
Masih diberi peluang untuk memperbanyakkan amal soleh.

Jangan tunggu usia tua untuk kembali kepada Allah.
Jangan tunggu sakit untuk mula menjaga solat.
Jangan tunggu ajal datang baru mahu bertaubat.

🤲 Semoga Allah سبحانه وتعالى melindungi kita dan keluarga kita daripada azab api neraka, mengampuni segala dosa kita dan mengurniakan kita husnul khatimah.

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗨𝗧𝗕𝗔𝗛 & 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧🌙 15 Rabiulawal 1147H📅 Jumaat, 28 Ogos 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.✨...
27/08/2026

📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗨𝗧𝗕𝗔𝗛 & 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧

🌙 15 Rabiulawal 1147H
📅 Jumaat, 28 Ogos 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

✨ “SUARA DARI BUMI BERTUAH” ✨

Masjid Bandar Ulu Tiram menjemput seluruh jemaah untuk bersama-sama menunaikan Solat Jumaat serta menghayati khutbah yang akan disampaikan pada minggu ini.

🕌 Imam: Firdaus
🎙️ Bilal: Muaz

Semoga pertemuan kita di rumah Allah pada hari Jumaat yang mulia ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.

🤲 Jangan lupa ajak keluarga, sahabat dan saudara-mara untuk bersama-sama mengimarahkan masjid.

💚 Jom ke masjid, tunaikan kewajipan dan hayati pesanan khutbah.

📖 “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik...”
(Surah Al-Baqarah: 267)

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

26/08/2026

🤲 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤!

Setiap sumbangan yang diberikan, sekecil mana pun, amat bermakna dalam membantu kelancaran urusan dan pembangunan masjid.

✨ “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

Marilah bersama-sama kita menyumbang dan berinfaq demi kemakmuran Masjid Bandar Ulu Tiram. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat dan dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan. 🤍

JOM BERINFAQ, JOM REBUT PAHALA! 🕌🤲

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM
https://vt.tiktok.com/ZS933KHaM/

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗟𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗨𝗹𝘂 𝗧𝗶𝗿𝗮𝗺Alhamdulillah, selesai sudah Forum Libat Urus yang berlangsung dengan penuh meri...
26/08/2026

𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗟𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗨𝗹𝘂 𝗧𝗶𝗿𝗮𝗺

Alhamdulillah, selesai sudah Forum Libat Urus yang berlangsung dengan penuh meriah dan suasana yang sangat baik.

Daripada awal persiapan, gotong-royong menyediakan juadah, memasak, menyusun keperluan program, sehinggalah ke berlangsungnya forum dan selesai semuanya - setiap satu ada cerita, ada usaha dan ada pengorbanan.

Bukan hanya tentang sebuah program, tetapi tentang ukhuwah, kerjasama dan semangat masyarakat dalam menghidupkan rumah Allah. 🤲🏻

Terima kasih buat semua yang turun membantu, Perpustakaan Desa Ulu Tiram, PDK Ulu Tiram, Sekolah Agama Bandar Tiram, Pekida Kawasan Tiram, JPKK Ulu Tiram, Mukim Plentong, Balai Polis Ulu Tiram, Persatuan Kereta Sewa Ulu Tiram, Madrasah Al-Quran Al-Irshad, AJK masjid, penyumbang serta seluruh jemaah yang hadir dan memeriahkan program.

Semoga segala penat lelah, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 🤍

📸 Sedikit rakaman kenangan sepanjang perjalanan Forum Libat Urus — dari persiapan sehingga selesai.

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM
https://vt.tiktok.com/ZS933KHaM/

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 ✨"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat teladan yang baik bagimu..." (Surah ...
25/08/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 ✨

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat teladan yang baik bagimu..." (Surah Al-Ahzab: 21)

Menjelang tibanya hari kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW, marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita. Bukan sekadar mengingati tarikh kelahirannya, malah inilah masanya untuk kita menghidupkan kembali sunnah dan menjadikannya ikutan dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Nabi SAW menjadi asbab untuk kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

Mari imarahkan masjid dan perbanyakkan selawat sepanjang bulan mulia ini! 🕌✨

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

🌙 𝙁𝙊𝙍𝙐𝙈 𝙋𝙀𝙍𝘿𝘼𝙉𝘼 𝙎𝘼𝙔𝘼𝙉𝙂𝙄 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿𝙆𝙐 – 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙅𝙊𝙃𝙊𝙍 𝘽𝘼𝙃𝙍𝙐 🌙✨ “𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑫𝒊𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊, 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉 𝑫𝒊𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒊” ✨Ayuh kita sama-sa...
22/08/2026

🌙 𝙁𝙊𝙍𝙐𝙈 𝙋𝙀𝙍𝘿𝘼𝙉𝘼 𝙎𝘼𝙔𝘼𝙉𝙂𝙄 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿𝙆𝙐 – 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙅𝙊𝙃𝙊𝙍 𝘽𝘼𝙃𝙍𝙐 🌙

✨ “𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑫𝒊𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊, 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉 𝑫𝒊𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒊” ✨

Ayuh kita sama-sama hadir memeriahkan Forum Perdana Sayangi Masjidku yang bakal berlangsung di Masjid Bandar Ulu Tiram.

📅 26 Ogos 2026 (Rabu)
🕌 Selepas Maghrib
📍 Masjid Bandar Ulu Tiram

Forum ini akan mengupas pengisian yang amat dekat dengan kehidupan kita sebagai umat Islam, khususnya dalam membina kecintaan terhadap masjid serta memperkukuhkan peranan masjid dalam menyatukan dan memberkati ummah.

🎙️ Panel 1:
𝐒𝐨𝐡𝐢𝐛𝐮𝐥 𝐅𝐚𝐝𝐡𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐬-𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐮𝐡𝐚𝐢𝐦𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐑𝐞𝐛𝐮
( Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor )

🎙️ Panel 2:
𝐒𝐚𝐡𝐢𝐛𝐮𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐡𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐍𝐨𝐨𝐡 𝐛𝐢𝐧 𝐆𝐚𝐝𝐨𝐭
( Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor )

🎤 Moderator:
𝐀𝐬-𝐒𝐡𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐙𝐚𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡
( Kadi Daerah Johor Bahru )

🤲 Jom kita hidupkan masjid, suburkan ilmu dan eratkan ukhuwah.

Terbuka kepada Muslimin & Muslimat.

💙 Masjid Dicintai, Ummah Diberkati.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan sahabat-sahabat.

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM
https://vt.tiktok.com/ZS933KHaM/

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

21/08/2026

📢 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚 – 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗

🕌 MASJID BANDAR ULU TIRAM sedang mencari seorang individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan:

🕌 IMAM MERANGKAP BILAL

✨ Keutamaan diberikan kepada individu yang menghafaz Al-Quran.

📋 MAKLUMAT JAWATAN
• 💰 Gaji: RM2,500 sebulan
• 🕐 Status: Sepenuh Masa (Full Time)
• 🕌 Tugas: Imam merangkap Bilal
• 📅 Jadual Bertugas: 2 hari bekerja, 2 hari cuti

✅ KRITERIA CALON
• Berakhlak baik dan berdisiplin
• Mampu mengimamkan solat fardu dengan baik
• Berkebolehan melaungkan azan dan iqamah dengan baik
• Bertanggungjawab serta komited terhadap tugasan masjid

📍 LOKASI
Masjid Bandar Ulu Tiram
Batu 13 1/2, Jalan Sungai Tiram,
Taman Tiram Baru,
81800 Ulu Tiram, Johor.

📞 PERTANYAAN & PERMOHONAN

Imam Muaz
📱 +60 13-646 2599

Bagi yang berminat atau mempunyai kenalan yang sesuai dan berkelayakan, dipersilakan untuk menghubungi pihak masjid bagi mendapatkan maklumat lanjut.

🤲 Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan dan menemukan calon yang terbaik untuk menggalas amanah sebagai Imam.

“Menjadi Imam bukan sekadar memimpin solat, tetapi satu amanah untuk memimpin hati menuju Allah SWT.”

📢 Mohon bantu sebarkan kepada saudara-mara, sahabat dan kenalan yang mungkin berminat.

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM
https://vt.tiktok.com/ZS933KHaM/

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

📢 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌Assalamualaikum wbt,  🕌 KHUTBAH JUMAAT | 14 OGOS 2026“KEMULIAAN DI SEB...
13/08/2026

📢 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌

Assalamualaikum wbt,

🕌 KHUTBAH JUMAAT | 14 OGOS 2026

“KEMULIAAN DI SEBALIK SEMPADAN”

Jom sama-sama hadir menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bandar Ulu Tiram dan hayati khutbah yang disampaikan pada minggu ini.

Semoga setiap nasihat, peringatan dan ilmu yang disampaikan menjadi pedoman dalam kehidupan kita serta menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. 🤲🏻

📖 Teks Khutbah: Imbas QR Code pada poster
💳 JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik...”
(Surah Al-Baqarah, ayat 267)

🌙 Jangan lupa hadir. Jangan lepaskan keberkatan hari Jumaat.

🤲🏻 Semoga Allah menerima segala amal dan infaq kita.

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "

10/08/2026

🕌 𝐉𝐎𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 🤍

Masjid adalah rumah Allah, tempat kita beribadah, mencari ketenangan dan mengeratkan silaturahim.

✨ Jangan tunggu orang lain untuk menjaga kebersihan. Kita mulakan dengan diri kita sendiri.

🧹 Buang sampah ke tempat yang disediakan.
🧼 Jaga kebersihan tandas dan tempat wuduk.
👟 Susun kasut dengan kemas.
🌿 Sama-sama pelihara persekitaran masjid agar sentiasa bersih, selesa dan indah.

Kebersihan masjid adalah tanggungjawab kita bersama.
Walaupun kecil usaha kita, insya-Allah besar nilainya di sisi Allah. 🤲

🌙 Jom sama-sama kita jadikan masjid tempat yang bersih, nyaman dan dihormati.

FOLLOW TIKTOK MASJID BANDAR ULU TIRAM
https://vt.tiktok.com/ZS933KHaM/

JOM MENYUMBANG / INFAQ JUMAAT
MASJID BANDAR ULU TIRAM
RHB BANK 25118800003998

" 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 , 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙏 "





Address

Jalan Ciku
Ulu Tiram
81800

Telephone

+60177834961

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Bandar Ulu Tiram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Bandar Ulu Tiram:

Shortcuts

Share