18/03/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan.
Sempena kedatangan Hari Raya yang bakal tiba, pihak Madrasah Kg Oren, Ulu Tiram dengan penuh rasa prihatin telah mengadakan sesi penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan. Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Madrasah En Mohd Ali bin Hussein bersama Ustaz Mohamad bin Yusoff selaku tenaga pengajar utama, sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan terhadap komuniti.
Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan dalam menyambut Aidilfitri yang mulia. Diharapkan juga usaha ini menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Terima kasih kepada semua pihak terutamanya Majlis Agama Islam Negeri Johor yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.