Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju Masjid Usamah Bin Zaid diletakkan batu asas pembinaannya pada 12 Mac 2004.
(1)

Pembiayaan perbelanjaan keseluruhan pembinaan kompleks masjid ini berjumlah RM 19 juta. Kompleks masjid yang terbina di atas keluasan tanah 10.7 ekar ini dilengkapi dengan kemudahan seperti kuaters pegawai dan kakitangan, pejabat pentadbiran masjid, dewan solat utama, dewan serbaguna, bilik mesyuarat, bilik seminar, bilik jenazah serta kemudahan-kemudahan yang lain. Bagi mewujudkan suasana pembela

jaran, sebuah Sekolah Rendah Agama dibina di dalam kawasan masjid. Perasmian masjid ini dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 16hb Julai 2010. Pada Februari 2009 Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan telah memilih masjid Usamah Bin Zaid sebagai pejabat pusat pentadbiran Zon 4 yang mentadbir 9 buah masjid, 14 Surau Jumaat dan 57 surau. Bagi memantapkan lagi peranan pusat pentadbiran ini JAWI telah menempatkan empat orang pegawai dan kakitangan yang di ketuai oleh seorang Pegawai Penyalaras gred 44. Disamping itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melantik ahli jawatankuasa masjid bagi melaksanakan program-program pengimarahan masjid yang telah dirancang.

Address

Ulu Kelang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju:

Share

Category