22/06/2016
Mari sini admin cerita serba sedikit pasal sejarah masjid ni. Diberi nama Masjid Jamek Ar Rahman. Dibina pada tahun 1960 dan dirasmikan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 20 Mei 1970. Masjid ini dibina adalah kerana tidaksuaian faktor kawasan tanah di Masjid Syeikh Ismail yang kecil dan sempit. Tiada kemudahan meletak kenderaan dan masalah populasi penduduk yang semakin bertambah ramai. Ini menyebabkan perlunya pembinaan masjid baru iaitu Masjid Jamek Ar Rahman di Hulu Bernam. Pembesaran masjid ini juga dibuat sebanyak 4 kali. Pada mulanya, masjid ini mempunyai 4 batang tiang didalamnya dan setelah 4 kali pembesaran tiangnya mempunyai 28 batang. Menarik bukan? Inilah antara serba serbi tentang masjid ini. Admin pun dah penat nak type panjang-panjang lagi. Berbuka pun nak dekat dah. Selamat beramal kepada pembaca sekalian. Assalammualaikum