Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto

Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto Selamat Datang ke Halaman Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat & Perlindungan Allah SWT.

Aamiin.

“Masjid Kita, Masjid untuk Semua”

[MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR PERDANA 2026]Alhamdulillah, telah selesai dianjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perd...
18/03/2026

[MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR PERDANA 2026]

Alhamdulillah, telah selesai dianjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana 2026 pada 15 Mac 2026 (Ahad) yang lalu anjuran Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto.

Program ini diadakan bagi meraikan Peserta Tadarus Al-Quran Muslimah dan Remaja yang tidak pernah jemu bersama mengimarahkan serta menyertai Program Tadarus Al-Quran Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran warga Muslimah dan Remaja yang memeriahkan lagi majlis ini.

Turut hadir dalam majlis ini termasuklah En. Mamat Rasid Bin Abd Rahman (Pengerusi JPKK Kg Soeharto), En. Hasan Bin Jamaludin (Ketua Peneroka Felda Soeharto), Haji Sabudin Bin Ahmad (Nazir Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto), Imam Muhamad Danial Hakim Bin Hapizul (Imam 1 Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto), Jawatankuasa Masjid, JKKR, JPKK dan Warga Felda Soeharto yang turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.

“Masjid Kita, Masjid untuk Semua”

[MAJLIS IFTAR RAMADAN MADANI 2026]Alhamdulillah, telah selesai dianjurkan Majlis Iftar Ramadan MADANI (IRAMA) 2026 pada ...
13/03/2026

[MAJLIS IFTAR RAMADAN MADANI 2026]

Alhamdulillah, telah selesai dianjurkan Majlis Iftar Ramadan MADANI (IRAMA) 2026 pada 11 Mac 2026 (Rabu) yang lalu di Dewan Komuniti Felda Soeharto.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Nestlé, Zus Coffee, FELDA, Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto, JPKK Kg Soeharto, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) & NGO Peduli Batang Kali.

Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk menyantuni warga DUN Hulu Bernam beserta menyampaikan Sumbangan kepada pelajar-pelajar di DUN Hulu Bernam oleh Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran tetamu yang ramai dari seluruh Gugusan DUN Hulu Bernam dan diserikan dengan kehadiran YB Senator Puan Marhamah Binti Rosli; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir dalam majlis ini termasuklah YBrs. Tuan Mohd Kamarul Arifin Bin Mohd Wafa (Setiausaha Politik kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama), YBrs. Dr. Sathia Prakash Nadarajan (Penyelaras Parlimen Hulu Selangor), YBhg. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim (Penyelaras DUN Hulu Bernam), Tuan Syed Nordin Bin Ismail (Penolong Pengarah Kanan Felda Wilayah Trolak), Dr. Muhammad Yamin Bin Ismail (Pengarah Kanan Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Tuan Haji Jafri Bin Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor), YM Raja Nurmaria Murni Binti Raja Nur Azmi (Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Nestlé), En. Mohd Yasnoor Yahya (Pengurus Daerah, Zus Coffee), Tuan Haji Zainal Rashid Bin Zakaria (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA), En. Mohd Fitri Aziz Bin Mohd Yusof (Pengarah YADIM Negeri Selangor), SF Tuan Mohd Khairi Bin Md Zainal (Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Selangor), DSP Mohd Asri Bin Mohd Yunus (Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor), En. Mamat Rasid Bin Abd Rahman (Pengerusi JPKK Kg Soeharto), Haji Sabudin Bin Ahmad (Nazir Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto), semua pimpinan Daerah dan Tempatan sekitar Hulu Selangor serta Gugusan DUN Hulu Bernam.

“Masjid Kita, Masjid untuk Semua”

08/03/2026

Assalamualaikum.

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Mohamad Sahiful Nahar Bin Dimyati (Wak Nahar) telah kembali ke Rahmatullah pada Petang tadi.

Allahyarham Wak Nahar merupakan Mantan Penolong Setiausaha & AJK Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto sejak dari Tahun 2008 sehingga 2018 yang banyak menabur khidmat dan jasa terhadap memakmurkan Masjid ini. Arwah juga dikenali oleh warga kariah terutamanya anak-anak muda sebagai pengawal jemaah ketika solat Jumaat yang tegas dalam mendidik untuk sentiasa menjaga adab-adab di Masjid. Rotan arwah akan sentiasa diingati dan dirindui kerana rotan inilah yang banyak mendidik anak-anak muda menjadi seorang yang lebih baik semasa hayatnya.

Insyaallah Solat Jenazah Allahyarham Wak Nahar akan dilaksanakan pada selepas Solat Fardhu Isyak hari ini di Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto.

Salam Takziah buat seluruh Keluarga Allahyarham dan marilah sama-sama kita mendoakan moga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

*[PEMAKLUMAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN]* Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Insyaallah *Solat & Khutbah Gerhana ...
03/03/2026

*[PEMAKLUMAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN]*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Insyaallah *Solat & Khutbah Gerhana Bulan* akan dilaksanakan pada:

🗓️ *03 MAC 2026 (SELASA)*
⏰ *SELEPAS SELESAI SOLAT MAGHRIB*
🕌 *MASJID AL-TAUFIQIAH FELDA SOEHARTO*

📍Aturcara:
7:30 Malam - Iftar
7:45 Malam - Solat Maghrib
8:00 Malam - Solat Sunat Gerhana
8:10 Malam - Khutbah Gerhana Bulan
8:45 Malam - Solat Isyak & Solat Sunat Tarawih
10:15 Malam - Bersurai

📍Gambar di atas merupakan *Kaifiat/Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan*.

Sekian Terima Kasih.

Daripada:
*JAWATANKUASA*
*MASJID AL-TAUFIQIAH*
*FELDA SOEHARTO*

[BARISAN PEGAWAI & ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH MASJID AL-TAUFIQIAH FELDA SOEHARTO SESI 2026-2030]Assalamualaikum Warahma...
21/02/2026

[BARISAN PEGAWAI & ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH MASJID AL-TAUFIQIAH FELDA SOEHARTO SESI 2026-2030]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam “Masjid Kita, Masjid untuk Semua”.

Berikut adalah Barisan Pegawai & Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto Sesi 2026-2030. Dengan gambar ini, diharapkan ia dapat membantu Tuan/Puan dalam berurusan mengenai hal ehwal Masjid & Agama Islam di Kariah Felda Soeharto.

Sekian Terima Kasih.

“Masjid Kita, Masjid untuk Semua”

Berikut adalah kadar Bayaran Zakat Fitrah di Negeri Selangor bagi Tahun 2026. Mulai 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadha...
19/02/2026

Berikut adalah kadar Bayaran Zakat Fitrah di Negeri Selangor bagi Tahun 2026. Mulai 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadhan 1447H, kaunter Zakat Fitrah Kariah Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto telah dibuka. Sila rujuk di Pejabat Urusan Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto untuk makluman lanjut.

*[ZIARAH KARIAH SIRI 1]* Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah, telah selesai diadakan *Program Ziara...
18/02/2026

*[ZIARAH KARIAH SIRI 1]*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, telah selesai diadakan *Program Ziarah Kariah Siri 1* bersama AJK Masjid yang terlibat pada ketetapan berikut:

🗓️ *18 FEBRUARI 2026 (RABU)*
⏰ *10:30 PAGI*

▶️Program Ziarah ini bertujuan untuk menyantuni warga Kariah Felda Soeharto yang uzur bagi menghadapi Ramadhan yang bakal tiba. Dengan sumbangan tersebut, diharapkan dapat membantu Ahli Kariah yang uzur membuat persiapan menghadapi Ramadhan tahun ini.

▶️Program ini juga melibatkan ziarah dan santuni warga Muallaf di Kampung kita membantu bersama dalam menghadapi Ramadhan tahun ini.

▶️Program ini melibatkan beberapa 20 buah rumah yang terpilih bagi Siri Pertama. Insyaallah, akan diadakan lagi Siri yang seterusnya pada Bulan Ramadhan ini.

Semoga sumbangan yang disampaikan tersebut dapat meringankan bebanan mereka dalam membuat persiapan menghadapi Ramadhan tahun ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H!

Sekian Terima Kasih.

Daripada:
*JAWATANKUASA*
*MASJID AL-TAUFIQIAH*
*FELDA SOEHARTO*

18/02/2026

Klip Video Tahlil Perdana 2026

*[TAHLIL PERDANA 2026]* Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah, telah selesai diadakan *Tahlil Perdana...
18/02/2026

*[TAHLIL PERDANA 2026]*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, telah selesai diadakan *Tahlil Perdana 2026* pada ketetapan berikut:

🗓️ *14 FEBRUARI 2026 (SABTU)*
⏰ *SELEPAS SOLAT MAGHRIB*

▶️ Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Diakhir program ini disajikan dengan pelbagai juadah yang istimewa iaitu Ayam Goreng dan Kari Kambing buat semua jamaah yang hadir.

▶️Terima Kasih kepada semua para penyumbang dan jamaah yang hadir memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Semoga Allah SWT merahmati, memberkati dan mempermudah segala urusan kita semua.

Turut hadir dalam majlis ini termasuklah; YB Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Ahli Parlimen Hulu Selangor), YB Tuan Mu’izzuddeen Bin Mahyudin (ADN Hulu Bernam), YBhg. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim (Penyelaras DUN Hulu Bernam), En. Muhammad Sarih Bin Amat (Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara), En. Mamat Rasid Bin Abd Rahman (Pengerusi JPKK Kg Soeharto), Cikgu Haji Sabudin Bin Ahmad (Nazir Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto), En. Al Yusfaisal Bin Sis (Pengerusi JPKKP Komuniti Desa Madani Kg Soeharto), dan En. Hasan Bin Jamaludin (Ketua Peneroka Felda Soeharto).

Terima Kasih Semua!

Daripada:
*JAWATANKUASA*
*MASJID AL-TAUFIQIAH*
*FELDA SOEHARTO*

Address

Kampung Soeharto
Ulu Bernam
44010

Telephone

+60176071529

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto:

Share

Category