03/07/2026
🌿 Jumaat Berkah, Muharram Mulia 🌿
Alhamdulillah, kita kini berada di pertengahan bulan Muharram, salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Lebih istimewa apabila bertemu p**a dengan penghulu segala hari, iaitu Hari Jumaat.
Marilah kita merebut peluang menambah amal dengan menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu pengurusan harian serta penambahbaikan Surau Al-Amal demi keselesaan para jemaah dan kelangsungan aktiviti surau.
Tiada nilai yang terlalu kecil di sisi Allah. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan, diberkati rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
🤲 Mohon jasa baik tuan/puan untuk bersama menyokong Surau Al-Amal. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank atau kod QR yang tertera pada poster.
Jazakumullahu khairan kathira.