Masjid Mukim Kelaboran

Masjid Mukim Kelaboran Untuk menyebarkan info terkini masjid

01/09/2026

Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Masjid Mukim Kelaboran

29 Oɢᴏs 2026 / 16 Rᴀʙɪᴜʟᴀᴡᴀʟ 1448Lensa sekitar suasana  𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑺𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒖𝒍𝒊𝒅𝒖𝒓 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑴𝒖𝒌𝒊𝒎 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒏.
01/09/2026

29 Oɢᴏs 2026 / 16 Rᴀʙɪᴜʟᴀᴡᴀʟ 1448
Lensa sekitar suasana 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑺𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒖𝒍𝒊𝒅𝒖𝒓 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑴𝒖𝒌𝒊𝒎 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒏.

Sambutan Maulidur Rasul 1448H - pakat mari belako deh
20/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul 1448H - pakat mari belako deh

Jom Solat Berjemaah di Masjid Mukim Kelaboran
28/07/2026

Jom Solat Berjemaah di Masjid Mukim Kelaboran

Jom pakat mari Solat Subuh berjemaah - pahtu pakat ikuti Kuliah Subuh setiap Jumaat bersama Ustaz Abdul Hadi bin Che Har...
26/07/2026

Jom pakat mari Solat Subuh berjemaah - pahtu pakat ikuti Kuliah Subuh setiap Jumaat bersama Ustaz Abdul Hadi bin Che Haron Imam Tua Masjid Mukim Kelaboran yang akan mengupas Kitab Pedoman Sembahyang Berjemaah.
Selepas Kuliah Subuh - sarapan pagi disediakan untuk semua jemaah - jom pakat mari belako - kita manfaatkan awal pagi Jumaat dengan suntikan Ilmu yang BERMANFAAT untuk bekalan kita di akhirat - Insha Allah.

Pesanan Buat Imam Hadi (Imam Tua) & CheMat (AJK Masjid)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, setingg...
30/06/2026

Pesanan Buat Imam Hadi (Imam Tua) & CheMat (AJK Masjid)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan peluang kepada Imam Hadi dan CheMat menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Semoga pemergian ini dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan rohani, serta dapat melaksanakan setiap rukun dan amalan umrah dengan penuh keikhlasan, khusyuk dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Manfaatkanlah setiap detik di bumi yang mulia itu dengan memperbanyakkan zikir, doa, istighfar, membaca al-Quran dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Jangan lupa mendoakan kesejahteraan keluarga, ahli kariah, masyarakat, negara serta seluruh umat Islam.

Kami juga memohon agar Imam Hadi dan Che Mat sudi mendoakan kami semua di tempat-tempat yang mustajab, agar Allah SWT mengurniakan keampunan, kesihatan, keberkatan hidup, husnul khatimah serta memberi peluang kepada kami p**a untuk menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti.

“Ya Allah, permudahkanlah urusan umrah mereka, terimalah segala amal ibadah mereka, peliharalah mereka sepanjang perjalanan, dan kembalikanlah mereka kepada keluarga mereka dengan selamat, memperoleh ganjaran yang besar serta diampuni dosa-dosa mereka.”

Semoga Allah SWT menerima umrah Imam Hadi & Che Mat sebagai umrah yang mabrurah, mengampunkan segala dosa, melimpahkan rahmat dan keberkatan hidup, serta mengurniakan keselamatan pergi dan p**ang.

Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga sentiasa berada dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT. Aamiin.

12 Jᴜɴ 2026 | 26 Zᴜʟʜɪᴊᴀʜ 1447Seusai Solat Jumaat sebentar tadi,perkongsian ringkas dari Ketua Balai Polis Tumpat, Inspe...
12/06/2026

12 Jᴜɴ 2026 | 26 Zᴜʟʜɪᴊᴀʜ 1447
Seusai Solat Jumaat sebentar tadi,perkongsian ringkas dari Ketua Balai Polis Tumpat, Inspektor Zulkifli Bin Mohamad berkenaan situasi semasa kepolisian di daerah Tumpat seperti jenayah komersil,narkotik dan jalanraya.

𝙆𝙚𝙣𝙮𝙖𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙍𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙨 𝙎𝙩𝙖𝙩𝙞𝙨𝙩𝙞𝙠 𝙅𝙚𝙣𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙄𝙋𝘿 𝙏𝙪𝙢𝙥𝙖𝙩

𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗿𝗸𝗼𝘁𝗶𝗸, sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2026, sebanyak 82 kes pengedaran dadah dengan 96 tangkapan telah direkodkan, manakala 512 kes penagihan dadah dengan 512 tangkapan turut dicatatkan. Sebagai perbandingan, sepanjang Januari hingga Disember 2025, terdapat 203 kes pengedaran dadah dengan 221 tangkapan serta 1,549 kes penagihan dadah melibatkan 1,549 tangkapan.

𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝘀 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗿𝘀𝗶𝗹 (penipuan), sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2026 merekodkan 98 kes dengan jumlah kerugian mangsa sebanyak RM1,068,280.72. Berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025 iaitu 43 kes dengan kerugian RM866,280.72, berlaku peningkatan sebanyak 55 kes dan RM202,000.00 dari segi kerugian.

𝗔𝘀𝗽𝗲𝗸 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮 p**a, bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sebanyak 58 kes melibatkan pelajar dan 734 kes melibatkan bukan pelajar telah direkodkan. Manakala bagi tempoh Januari hingga Disember 2025, sebanyak 107 kes melibatkan pelajar dan 799 kes melibatkan bukan pelajar telah dicatatkan.

12 Jᴜɴ 2026 | 26 Zᴜʟʜɪᴊᴀʜ 1447Kᴜʟɪᴀʜ Sᴜʙᴜʜ Jᴜᴍᴀᴀᴛ Kᴜʟɪᴀʜ ᴅɪsᴀᴍᴘᴀɪᴋᴀɴ ᴏʟᴇʜ Usᴛᴀᴢ Nᴀᴊᴍɪ Fᴀʀɪʜɪɴ
12/06/2026

12 Jᴜɴ 2026 | 26 Zᴜʟʜɪᴊᴀʜ 1447
Kᴜʟɪᴀʜ Sᴜʙᴜʜ Jᴜᴍᴀᴀᴛ
Kᴜʟɪᴀʜ ᴅɪsᴀᴍᴘᴀɪᴋᴀɴ ᴏʟᴇʜ Usᴛᴀᴢ Nᴀᴊᴍɪ Fᴀʀɪʜɪɴ

Address

Masjid Mukim Kelaboran
Tumpat
16200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Kelaboran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share