04/12/2024
MUSIBAH DARI ALLAH, UJIAN ATAU BALA?
Teringat kepada musibah2 yang berlaku seperti bencana banjir, gempa bumi, tsunami, tanah runtuh dan seumpamanya yang menimpa saudara-saudara muslim kita samada di dalam negara atau di luar negara. Adakah musibah ini dipanggil Ujian atau Bala?
Jawapannya ialah kedua-duanya adalah betul dari segi konteks. Konteks utama yang perlu dilihat bukanlah bentuk musibah yang Allah turunkan tetapi kepada siapakah musibah ini ditimpakan. Terdapat 2 kump**an manusia yang Allah sebutkan di dalam Al Quran tentang musibah yang Allah berikan.
Kump**an yang pertama
Ialah kump**an mereka yang soleh dan beriman. Kump**an ini akan Allah turunkan musibah sebagai ujian keimanan dan meningkatkan darjat mereka. Mereka menghadapi apa jua musibah Allah dengan bersabar dan berdoa diampunkan dosa-dosa dan dimasukkan mereka ke dalam syurga Allah. Jika ada antara mereka ini yang mati maka Allah akan masukkan mereka ke dalam syurga bersama dengan mereka yang soleh dan Allah redha.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”
(Al-Ankabut:2-3)
Rasulullah S.A.W bersabda: “Ujian itu akan selalu menimpa seorang hamba sampai Allâh membiarkannya berjalan di atas bumi dengan tidak memiliki dosa.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Kump**an yang kedua
Ialah kump**an mereka yang kufur dengan nikmat Allah, berbuat maksiat dan bersubahat dengan kump**an yang menentang Allah. Kump**an ini Allah berikan musibah bala samaada sebagai peringatan dan muhasabah agar mereka kembali kepada Allah. Jika bala yang diturunkan mengorbankan jiwa adalah agar mereka bersama maksiat dilenyapkan dari mukabumi dan digantikan dengan hamba-hamba yang taat kepada Allah.
Baik kekufuran, kemaksiatan atau dosa besar maka Allah Azza Wajalla akan menyampaikan musibah disebabkan pelaku kemaksiatan melakukannya berlebihan sebagai hukuman yang disegerakan.
Allah Azza Wajalla berfirman:
“Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.”
(An-Nisa: 79)
Dan lagi firman Allah Subhanahu wata’ala:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(As-Syuro: 30)
Maka jika ingin dibezakan antara Ujian dan Bala, ketahuilah sememangnya ada perbezaan antara Ujian dan Bala. Musibah Allah adalah ujian kepada orang-orang mukmin sebagai ujian tahap keimanan. Sedangkan bagaimana p**a musibah kepada orang-orang yang tidak beriman boleh dianggapkan sebagai ujian sedangkan mereka tidak beriman tetapi sebagai pengajaran atas kesalahan yang telah tangan mereka lakukan.
Orang beriman yang diberikan musibah sebagai ujian akan kembali kepada Allah menyerahkan nasib dan kedudukan mereka. Sebaliknya orang yang tidak beriman akan berterusan mencari kesalahan orang lain apabila ditimpakan musibah bala daripada Tuhan.
Satu-satu musibah boleh ditimpakan ke atas kedua-dua kump**an pada masa yang sama dan serentak. Maka marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan banyakkan ibadat dan menjauhi maksiat yang dicela Allah.
Kesimp**annya ialah Ujian ditimpakan kepada orang-orang yang soleh untuk meningkatkan lagi keimanan mereka. Manakala Bala p**a ditimpakan kepada mereka yang engkar kepada Allah dan pelaku-pelaku maksiat sebagai peringatan dan ancaman dari Allah.
Janganlah dilihat sangat bagaimana musibah itu ditimpakan tetapi lihatlah bagaimana musibah itu diterima, diuruskan dan seterusnya kita bersikap damai dengan qada dan qadar sebagai rukun Iman keenam. Adakah orang-orang tidak beriman itu mengetahui qada dan qadar?
BANJIR BESAR TSB 2024
SURAU AL MUSTAQIM