30/05/2023
SEMPENA PESTA KAAMATAN INI, RM10 SAYA UNTUK Paroki St. Anthony Tenom
Shallom semua, selamat merayakan Pesta Kaamatan..& sempena sambutan Pesta Kaamatan ini, marilah berjalan bersama-sama kami dalam kesempatan ini untuk bersama-sama dalam Kempen Dana Online bagi misi mencari dana bagi pembangunan Bangunan Pastoral dan Rektori Paroki St. Anthony Tenom. Kami menjemput ANDA semua untuk berjalan bersama kami..Sahutlah cabaran berjalan bersama komuniti kami di Paroki St. Anthony Tenom.
Kami memerlukan sokongan anda semua untuk mencapai tujuan dan misi kami. Dengan sumbangan anda, kami dapat mencapai langkah-langkah berikut:
1. Pembangunan Bangunan: Setiap dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk memulai dan menyelesaikan pembinaan bangunan ini. Dengan struktur yang kukuh, rekabentuk yang menarik dan kemudahan yang berguna, bangunan Pastoral dan Rektori ini akan menjadi tempat untuk merancang ,menyebarluaskan dan memantapkan pelayanan pastoral di Paroki Tenom.
2. Peralatan/ Perabot: Bagian penting untuk kegunaan setiap bilik di dalam bangunan ini. Sumbangan anda akan membantu kami membeli dan memasang kelengkapan yang diperlukan, untuk memudahkan urusan pentadbiran dan perancangan pastoral paroki.
Setiap sumbangan yang diberikan memiliki fungsi yang penting dalam merealisasikan pembangunan Bangunan Pastoral dan Rektori ini. Walaupun sumbangan RM10.00 kelihatan kecil, tetapi percayalah, ketika nilai ini digabungkan, kita akan melihat impak yang luar biasa. Dengan memberikan sumbangan anda secara Online, ANDA SEMUA menjadi sebahagian dari sejarah dan kejayaan pembangunan Bangunan Pastoral dan Rektori Paroki St. Anthony Tenom.
SEKARANG, masanya bagi ANDA untuk bertindak! Salurkan sumbangan anda ke akaun bank yang tertera di dalam poster atau imbas QR yang tertera di atas.
Setiap sumbangan, besar atau kecil, akan membawa kita lebih dekat kepada tujuan kita bersama. Jangan lupa, sebarkan kesempatan ini kepada kawan-kawan, keluarga dan rakan-rakan anda agar mereka juga dapat ikut serta dalam Misi Pembangunan Bangunan Pastoral dan Rektori Paroki dan Cabaran Berjalan Bersama ini.. Dengan berjalan bersama-sama, maka kita semua akan dapat mencapai impian bersama.😀😀