Surau Al-Taqwa Kg. Pengkalan Jaya, Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang D.M

Surau Al-Taqwa Kg. Pengkalan Jaya, Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang D.M Sebuah Surau yang terletak di Kg. Pengkalan Jaya, Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang DM. Turut mempunyai carta organisasi untuk melaksanakan aktiviti surau

Telah melalui beberapa proses ubahsuai bagi memberi keselesaan kepada para jemaah.

21 Mac 2026 / Sabtu / 1 Syawal 1447HSekitar program Solat Sunat Aidilfitri, tahil perdana dan jamuan makan di Surau Al-T...
23/03/2026

21 Mac 2026 / Sabtu / 1 Syawal 1447H

Sekitar program Solat Sunat Aidilfitri, tahil perdana dan jamuan makan di Surau Al-Taqwa Kg Pengkalan Jaya.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Assalammualaikum wbt,Berikut dilampirkan jemputan untuk majlis seperti yang tertera di atas.Selamat Hari Raya Aidilfitri...
21/03/2026

Assalammualaikum wbt,

Berikut dilampirkan jemputan untuk majlis seperti yang tertera di atas.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Sekian terima kasih

16 Mac 2026 / IsninTerawih Malam 27 Ramadan 1447H dan Majlis Penghargaan & Penyampaian Sumbangan Kepada Imam Terawih Sur...
16/03/2026

16 Mac 2026 / Isnin

Terawih Malam 27 Ramadan 1447H dan Majlis Penghargaan & Penyampaian Sumbangan Kepada Imam Terawih Surau Al-Taqwa Kg Pengkalan Jaya.

Malam ini adalah malam terakhir Imam jemputan solat terawih mengimamkan solat terawih bersama qariah surau dan penduduk kampung.

Untuk makluman semua Imam jemputan kita akan berangkat pulang ke kampung halamannya di Narathiwat Thailand pada 17 Mac 2026 (Selasa) jam 9 malam dengan menaiki bas yang diuruskendalikan oleh Ustaz Mat Nor.

Pihak surau merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Bun Ya dan Ustaz Hakim yang sudi berkampung di surau dan bersama dengan penduduk kampung untuk mengimarahkan surau sempena bulan Ramadan 1447H tahun 2026.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas pengerusi majlis, ucapan penghargaan daripada Tok 4 dan seterusnya penyampaian sumbangan kepada Imam-Imam dan Bilal.

Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan di pihak surau. Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang dan penderma yang sudi membantu dan meringankan serta memudahkan urusan pihak surau dalam melaksanakan aktiviti setakat yang termampu.

Semoga ditahun-tahun berikutnya surau kita akan dapat meneruskan kesinambungan aktivit surau dengan lebih mampan.

Sekian terima kasih.

12 Mac 2026 / KhamisTerawih Malam 23 Ramadan 1447H
16/03/2026

12 Mac 2026 / Khamis

Terawih Malam 23 Ramadan 1447H

9 Mac 2026 / IsninTerawih Malam 20 Ramadan 1447H
16/03/2026

9 Mac 2026 / Isnin

Terawih Malam 20 Ramadan 1447H

8 Mac 2026 / AhadTerawih Malam 19 Ramadan 1447H
16/03/2026

8 Mac 2026 / Ahad

Terawih Malam 19 Ramadan 1447H

16 Mac 2026 / Isnin / 26 Ramadan 1447HDijemput semua hadir
16/03/2026

16 Mac 2026 / Isnin / 26 Ramadan 1447H

Dijemput semua hadir

6 Mac 2026 / Jumaat / 16 Ramadan 1447H Majlis Iftar Surau Al-Taqwa Kg Pengkalan Jaya Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang D...
07/03/2026

6 Mac 2026 / Jumaat / 16 Ramadan 1447H

Majlis Iftar Surau Al-Taqwa Kg Pengkalan Jaya Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.

Alhamdulillah,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul bersama-sama pada petang ini dalam majlis berbuka puasa Surau Al-Taqwa tahun 2026.

Terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi meluangkan masa dan hadir pada petang ini untuk menjayakan program berbuka puasa ini.

Untuk makluman semua, peruntukan yang kita perolehi bagi menampung kos makan minum ini adalah hasil daripada sumbangan awam, sumbangan daripada pengerusi surau, sumbangan individu, sumbangan daripada orang yang tidak mahu dikenali dan juga kutipan daripada qariah Surau Al-Taqwa ini sendiri. Terima kasih diucapkan sekali lagi semoga sedekah dan amal jariah kita semua diberkati dan diterima oleh Allah swt.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil & Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mokti. Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan bakul makanan daripada Rohamas Charity dengan kerjasama UMNO Bahagian Temerloh.

Berikut adalah senarai nama penerima sumbangan bakul makanan:

1) EN. SAMAT BIN SALI
2) EN. JAMALUDIN BIN MAJID
3) PN. NORMAH BINTI YATIB
4) PN. AZIZAH BINTI HUSIN
5) PN. AZIMAH BINTI RAIRAH
6) PN. RABIAH BINTI MAT KARI
7) PN. ZAINAB BINTI ALI
8) PN. ZIMAH BINTI HASHIM
9) PN. SITI FATIMAH BINTI ALI
10) PN. SALBIAH BINTI AWANG NAIB
11) HASNI BINTI KASIM
12) HALIJAH BINTI HJ. SAMSUDIN

Majlis berbuka puasa dimulakan dengan menu-menu ringkas dahulu. Kemudian diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah, sambung jamuan makan, solat Isyak, terawih, witir dan ditutup dengan moreh.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

4 Mac 2026 / Rabu Terawih Malam 15 Ramadan 1447H / 2026MPejam celik pejam celik malam ni dah baca Qunut.... Alhamdulilla...
06/03/2026

4 Mac 2026 / Rabu

Terawih Malam 15 Ramadan 1447H / 2026M

Pejam celik pejam celik malam ni dah baca Qunut....

Alhamdulillah

3 Mac 2026 / Selasa Terawih Malam 14 Ramadan 1447H / 2026MAlhamdulillah
06/03/2026

3 Mac 2026 / Selasa

Terawih Malam 14 Ramadan 1447H / 2026M

Alhamdulillah

Assalammualaikum w.b.tJemputan ke Majlis Iftar Surau Al-Taqwa Kg Pengkalan Jaya Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang Darul ...
27/02/2026

Assalammualaikum w.b.t

Jemputan ke Majlis Iftar Surau Al-Taqwa Kg Pengkalan Jaya Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.

Segala maklumat seperti tertera di bawah.

Dijemput semua qariah, penduduk kampung, saudara mara jauh dekat, waris-waris, luar kawasan dalam kawasan hadir seisi keluarga.

27 Februari 2026 / Jumaat Terawih Malam 10 Ramadan 1447H / 2026MAlhamdulillah
27/02/2026

27 Februari 2026 / Jumaat

Terawih Malam 10 Ramadan 1447H / 2026M

Alhamdulillah

Address

Surau Al-Taqwa, Kg. Pengkalan Jaya, Mukim Lebak, Temerloh Pahang Darul Makmur
Temerloh
28000

Telephone

+60193864431

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Taqwa Kg. Pengkalan Jaya, Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang D.M posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Taqwa Kg. Pengkalan Jaya, Mukim Lebak 28000 Temerloh Pahang D.M:

Share

Category