29/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐)
29 Julai 2026, Rabu
Alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan Program Daurah Kitab Turath (Siri 2) pada pagi semalam, bertarikh 28 Julai 2026, Hari Selasa.
Daurah Kitab Turath bermula jam 8.30 Pagi hingga 12.40 Tengahari menggunakan Kitab Safinatun Najah yang disampaikan Oleh Ustaz Uwais Qarni Bin Abdul Wahab Al-Hafiz.
Kehadiran peserta terdiri dari Guru Takmir Daerah Temerloh, Guruยฒ KAFA, Imam & Bilal Masjidยฒ Kariah, Pelajar Tahfiz di kawasan sekitar serta jemaah masjid yang turut serta dalam program Daurah Kitab Turath Siri yang ke-2 kali ini.
Program Daurah ini cukup memberikan pengetahuan Ilmu Turath dalam kalangan penuntut yang dahagakan Ilmu.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang Istiqamah hadirkan diri dari siri 1 dan 2. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di Siri 3 yang akan datang.