Masjid Bandar Kerdau Temerloh Pahang

Masjid Bandar Kerdau Temerloh Pahang Laman Facebook ini ditubuhkan bertujuan memeriahkan lagi kehadiran para qariah Masjid Bandar Kerdau disamping mengeratkan lagi hubungan sesama muslim.

๐ŸŒธ Alhamdulillah, selesai kuliah bersama Ustazah pada petang ini.Alhamdulillah, semakin bertambah ahli jemaah yang hadir....
08/09/2026

๐ŸŒธ Alhamdulillah, selesai kuliah bersama Ustazah pada petang ini.

Alhamdulillah, semakin bertambah ahli jemaah yang hadir. Semoga kita semua sentiasa diberikan kelapangan masa, kesihatan yang baik serta kekuatan untuk terus hadir ke majlis-majlis ilmu pada masa akan datang.

๐Ÿคฒ Semoga ilmu yang disampaikan menjadi ilmu yang bermanfaat dan memberi keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Terima kasih Ustazah atas ilmu dan perkongsian yang sangat bermanfaat.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan Ustazah dengan sebaik-baik ganjaran. ๐ŸŒน

Jazakillahu khairan, Ustazah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Jom bersama-sama menghadiri Kuliah Maghrib malam ini bersama Al-Fadhil Ustaz ...
04/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jom bersama-sama menghadiri Kuliah Maghrib malam ini bersama Al-Fadhil Ustaz Mohd Zohri bin Jamin.

๐Ÿ“– Tajuk Kitab: Sahsiyyah Muslim
๐Ÿ—“๏ธ Minggu Pertama & Kedua setiap hari Jumaat
๐Ÿ•Œ Tempat: Masjid Bandar Kerdau
โฐ Masa: Selepas Solat Maghrib

Marilah kita bersama-sama menuntut ilmu, mengimarahkan masjid serta menambah kefahaman dalam membentuk peribadi Muslim yang diredai Allah SWT.

โ€œBarangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.โ€
(Riwayat Muslim)

Jom hadir beramai-ramai. Terima kasih.

๐Ÿ•Œ BACAAN YAASIIN & TAHLIL ARWAH DI MASJID BANDAR KERDAUAssalamualaikum w.b.t.Insya-Allah akan diadakan bacaan Yaasiin da...
04/09/2026

๐Ÿ•Œ BACAAN YAASIIN & TAHLIL ARWAH DI MASJID BANDAR KERDAU

Assalamualaikum w.b.t.
Insya-Allah akan diadakan bacaan Yaasiin dan Tahlil Arwah di Masjid Bandar Kerdau bagi menyampaikan pahala bacaan kepada arwah:

๐Ÿ‘ค Arwah Lelaki:
Allahyarham Amir bin Hj. Sainuddin

๐Ÿ‘ค Arwah Perempuan:
Allahyarhamah Norida binti Ibrahim

Dijemput seluruh Muslimin dan Muslimat untuk bersama-sama hadir dan membaca Yaasiin serta tahlil bagi mendoakan keampunan dan rahmat Allah SWT buat kedua-dua arwah.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa mereka, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan roh mereka bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.

๐Ÿ“ฟ BACAAN YASIN & TAHLIL ARWAH DI MASJID BANDAR KERDAU (MBK)Assalamualaikum w.b.t.Insya-Allah, pihak Masjid Bandar Kerdau...
27/08/2026

๐Ÿ“ฟ BACAAN YASIN & TAHLIL ARWAH DI MASJID BANDAR KERDAU (MBK)

Assalamualaikum w.b.t.

Insya-Allah, pihak Masjid Bandar Kerdau (MBK) akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah selepas solat Maghrib bagi menyampaikan hajat para jemaah seperti berikut:

1. En. Zulkifli dan keluarga
(Zul Jual Buah)

2. Ibu mentua Nordin
Norziah binti Dollah, yang kini sedang dirawat di Hospital Temerloh.
Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

3. Cikgu Kelsom dan Haji Bob sekeluarga
YASIN & TAHLIL KELUARGA ARWAH
Hj. Mohd Sidin, Hjh. Manja Esah & Hjh. Che Mah Yusof
Allahyarham:
Hj. Mohd Sidin bin Talib
Hj. Jamaluddin bin Mohd Sidin
Hj. Mustafar Bukhari bin Mohd Sidin
Hj. Amirullah bin Buyung
Hj. Wamzah bin Abdullah
Hj. Azizan bin Abdullah
Hj. Zainuddin bin Manaf
Hj. Abdul Ghani bin Mohamad
Hj. Ahmad bin Mohd Sidin
Hj. Wan Jaafar
Hj. Manaf bin Jasin
Allahyarhamah:
Hjh. Manja Esah binti Chik
Hjh. Che Mah binti Yusof
Hjh. Maimon binti Mohd Sidin
Hjh. Kamariah binti Karim
Hjh. Hawa binti Karim

๐ŸŒน Dijemput semua Muslimin dan Muslimat untuk bersama-sama hadir memeriahkan majlis serta mendoakan kesejahteraan, kesembuhan dan keampunan buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga segala doa dan bacaan kita diterima oleh Allah SWT.

Terima kasih atas kehadiran dan doa semua.
ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ

Jom Hadir Kuliah Maghrib Malam IniBersama Al-Fadhil Ustaz Zakaria Mat Dilu๐Ÿ“– Tajuk: Kitab Hadis 40 (Minggu Ketiga)๐Ÿ“ Tempa...
26/08/2026

Jom Hadir Kuliah Maghrib Malam Ini

Bersama Al-Fadhil Ustaz Zakaria Mat Dilu

๐Ÿ“– Tajuk: Kitab Hadis 40 (Minggu Ketiga)

๐Ÿ“ Tempat: Masjid Bandar Kerdau

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu, mendengar dan menghayati syarahan daripada Al-Fadhil Ustaz Zakaria Mat Dilu.

"Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."

Semoga kehadiran kita mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Jemput hadir beramai-ramai

Assalamualaikum.๐ŸŒน MAKLUMAN SELAWAT MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒนInsya-Allah, malam esok kita MBK akan mengadakan selawat bersama je...
26/08/2026

Assalamualaikum.

๐ŸŒน MAKLUMAN SELAWAT MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒน

Insya-Allah, malam esok kita MBK akan mengadakan selawat bersama jemaah sempena sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ.

๐Ÿ“ฟ Selepas solat Maghrib, kita akan bersama-sama berselawat.

Jemput semua jemaah hadir dan sama-sama memeriahkan majlis dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Terima kasih.

๐Ÿ“ข Kuliah Maghrib Malam IniJangan lepaskan peluang untuk menghadiri Kuliah Maghrib bersama:๐ŸŽ™ Al-Fadhil Ustaz Mohd Ramzul ...
24/08/2026

๐Ÿ“ข Kuliah Maghrib Malam Ini

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Kuliah Maghrib bersama:
๐ŸŽ™ Al-Fadhil Ustaz Mohd Ramzul Amin bin Hamzah

๐Ÿ“– Tajuk Kitab: Penawar Hati 40 Hadis

๐Ÿ—“ Setiap Hari Isnin
(Minggu Pertama & Minggu Keempat)

๐Ÿ•Œ Tempat: Masjid Bandar Kerdau

๐Ÿ•ฐ Masa: Selepas Solat Maghrib

โœจ Marilah kita bersama-sama menghadiri majlis ilmu, menambah pengetahuan agama serta mengimarahkan rumah Allah. Semoga segala ilmu yang disampaikan memberi manfaat, keberkatan dan menjadi bekalan di dunia serta akhirat.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MALAM INI ๐Ÿ•ŒBersama Al-Fadhil Ustaz Muhammad Assyifaa Ulhayat bin Jahdin๐Ÿคฒ Selepas solat Maghrib:Kita akan bersama-sama me...
22/08/2026

MALAM INI ๐Ÿ•Œ
Bersama Al-Fadhil Ustaz Muhammad Assyifaa Ulhayat bin Jahdin

๐Ÿคฒ Selepas solat Maghrib:
Kita akan bersama-sama menunaikan Solat Hajat memohon kepada Allah SWT agar memberikan keselamatan, perlindungan dan kemudahan daripada segala bencana serta musibah buat seluruh negeri Sarawak yang sedang dilanda jerebu.

๐Ÿ“– Kemudian, Kuliah Maghrib

Tajuk: Kitab Fiqah Muamalat

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk menunaikan solat hajat, mengaminkan doa dan seterusnya menimba ilmu bersama-sama.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT melindungi seluruh saudara kita di Sarawak dan mengurniakan kesihatan, keselamatan serta keadaan yang kembali baik.

Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

*SOLAT HAJAT BACAAN YAASIIN , TAHLIL  ARWAH DI MBK SELEPAS SOLAT MAGHRIB*MBK akan mengadakan *majlis diatas pada 20.8.26...
20/08/2026

*SOLAT HAJAT BACAAN YAASIIN , TAHLIL ARWAH DI MBK SELEPAS SOLAT MAGHRIB*

MBK akan mengadakan *majlis diatas pada 20.8.26 (malam Jumaat ) bagi menyampaikan hajat jemaah dibawah*.

1.*BONDA USIAH untuk keluarganya solat hajat bacaan Yaasin dan tahlil*.
Allahyarham&
Allahyarhamah

2.*Hajat Hjh.Normah Darus bacaan Yaasin dan tahlil utk almarhum/ almarhummah*
#. Arshad Bin Budin
#.Umbi Binti Busu
#. Darus Bin Yusuf
#. Kalsom Binti Makmom
#. Abdul Rahim bin Mohd Arshad
#.Nordin bin Mohd Arshad
#.Ramli bin Mohd Arshad
#.Othman bin Mohd Arshad
#.Yusuf bin Hassan
Dan seluruh keluarga Tok Arshad Bin Budin
serta ahli perkuburan Paya Taram.

*Dijemput muslimin muslimat* solat Maghrib berjemaah serta meraikan majlis diatas bersama sama kita mendoakan keluaganya Dan juga Keluarga jemaah.
Terima kasih.

๐ŸŒ™ JOM MALAM MINGGU INI! ๐ŸŒ™Ayuh kita bersama-sama hadir ke Masjid Bandar Kerdau untuk mendengar Kuliah Maghrib bersama:๐ŸŽ™๏ธ ...
16/08/2026

๐ŸŒ™ JOM MALAM MINGGU INI! ๐ŸŒ™

Ayuh kita bersama-sama hadir ke Masjid Bandar Kerdau untuk mendengar Kuliah Maghrib bersama:

๐ŸŽ™๏ธ Al-Fadhil Ustaz Badrul Baidun Al-Hafiz

๐Ÿ“– Tajuk: Kitab Riyadhus Soleheen

๐Ÿ•Œ Selepas solat Maghrib

Marilah kita luangkan masa menuntut ilmu, menambah kefahaman agama dan menghidupkan malam dengan majlis ilmu. ๐Ÿคฒโœจ

Jom hadir beramai-ramai ke Masjid Bandar Kerdau!

Semoga Allah memberkati langkah kita menuju majlis ilmu. ุขู…ูŠู† ๐Ÿคฒ

Address

Kerdau
Temerloh
28010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Bandar Kerdau Temerloh Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category