BFJ BFJ (Borneo For Jesus)

MENJAGA INTEGRITI, MELINDUNGI KOMUNITI​Ayat Kunci:Kisah Para Rasul 20:28 (TB)  Karena itu jagalah dirimu dan jagalah sel...
17/07/2026

MENJAGA INTEGRITI, MELINDUNGI KOMUNITI

​Ayat Kunci:
Kisah Para Rasul 20:28 (TB) Karena itu jagalah dirimu dan jagalah seluruh kawanan, karena kamulah yang ditetapkan Roh Kudus menjadi penilik untuk menggembalakan jemaat Allah yang diperoleh-Nya dengan darah Anak-Nya sendiri.

​Dalam amanat perpisahannya kepada para pemimpin di Efesus, Rasul Paulus meninggalkan pesanan yang sangat mendalam tentang cara kita menjalani kehidupan beriman dan bertanggungjawab dalam komuniti. Melalui pesanan ini, ada tiga perkara penting yang boleh kita renungkan hari ini:
​1. Bermula dengan Menjaga Diri Sendiri (Ayat 28).
Sebelum kita mampu menjaga, membimbing, atau memberkati orang lain, sama ada keluarga, rakan sekerja, mahupun jemaah di gereja, kita terlebih dahulu dipanggil untuk "menjaga diri sendiri." Ini adalah panggilan untuk memeriksa integriti hati, moral, dan pertumbuhan rohani peribadi kita. Kita tidak boleh mengajarkan apa yang kita sendiri tidak praktikkan dalam kehidupan peribadi sendiri.

​2. Sentiasa Waspada Terhadap Pengaruh Negatif (Ayat 29-31).
Paulus mengingatkan bahawa cabaran dan pengaruh buruk boleh datang dari mana-mana, sama ada dari luar mahupun dari dalam lingkaran kita sendiri. Oleh itu, kita tidak boleh leka.

Kita perlu sentiasa berjaga-jaga, berpegang teguh kepada prinsip kebenaran yang sejati, dan tidak mudah terikut-ikut dengan ajaran atau trend yang memecah-belahkan.

​3. Penyerahan Penuh kepada Rahmat Tuhan (Ayat 32).

Pada akhirnya, kekuatan dan kebijaksanaan manusia ada batasnya. Paulus menyerahkan jemaah itu kepada Tuhan dan kepada "Firman kasih karunia-Nya."

Hanya Tuhan yang berkuasa untuk membina, menguatkan, dan memelihara hidup kita sehingga ke penghujungnya.

​Renungan Hari Ini:
​Adakah saya sudah meluangkan masa untuk memeriksa dan menjaga pertumbuhan rohani diri saya sendiri minggu ini?

​Berserah dan mohonlah agar Tuhan memberikan kita hati yang peka, serta kebijaksanaan untuk terus menjadi pelindung dan pembawa damai dalam komuniti di mana kita ditempatkan.

Tuhan Yesus memberkati mu. Amen.

MENJAGA SUMBER KEHIDUPAN - Amsal 4:20-27​Di tengah kesibukan dunia, Raja Salomo memberikan panduan rohani yang sangat pr...
10/07/2026

MENJAGA SUMBER KEHIDUPAN - Amsal 4:20-27

​Di tengah kesibukan dunia, Raja Salomo memberikan panduan rohani yang sangat praktikal. Beliau membawa kita memeriksa lima anggota tubuh kita untuk memastikan seluruh hidup kita tetap berada di landasan yang benar.

​1. Hati (Leb): Pusat Komando Minda dan Jiwa (Ayat 23)
​"Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, kerana dari situlah terpancar mata air hidup."
​Dalam bahasa Ibrani, perkataan hati disebut "Leb". Bagi orang Ibrani, Leb bukan sekadar tempat emosi, tetapi pusat intelek, fikiran, kehendak, dan keputusan moral. Ringkasnya, ia adalah minda batiniah kita.
​Ayat ini mengingatkan kita untuk menjaga fikiran seperti seorang pengawal yang menjaga pintu gerbang kota. Mengapa? Kerana dari situ memancar "Totza'ot Chayyim" (sumber atau aliran keluar kehidupan). Hati adalah titik permulaan bagi segala sesuatu; jika akar umbi fikiran kita tercemar dengan kepahitan atau niat jahat, maka seluruh tindakan hidup kita juga akan menjadi rosak.

​2. Telinga dan Mata: Pintu Masuk Hati (Ayat 20-21, 25)
​Sebelum sesuatu masuk dan menetap di dalam hati (Leb), ia mesti melalui pintu gerbang deria kita.

​Telinga (Ayat 20): Kita diajar untuk "mengarahkan telinga" kepada firman. Ini adalah tindakan aktif untuk memilih apa yang kita dengar, bukan sekadar mendengar angin lalu.

​Mata (Ayat 25): Teks asal menggunakan kata "Nabat" (memandang dengan sengaja/fokus) dan "Ap'ap" (kelopak mata). Ini mengajar kita tentang disiplin penglihatan, ia itu mengunci pandangan terus ke depan dan menggunakan kelopak mata untuk menapis serta menutup ruang daripada gangguan godaan di kiri dan kanan.

​3. Mulut dan Kaki: Aliran Keluar Hati (Ayat 24, 26-27).
​Apa yang sudah bertapak di dalam hati akhirnya akan dizahirkan melalui;

​Mulut (Ayat 24): Menjauhkan "bibir yang dolak-dalik" (dalam bahasa Ibrani bermaksud bibir yang bengkok atau memutarbelitkan kebenaran). Integriti hati terpancar daripada kejujuran kata-kata kita.

​Kaki (Ayat 26): "Ratakanlah jalan bagi kakimu." Kata asal bagi ratakan ialah "Palles", yang bermaksud menimbang atau mengukur dengan teliti. Sebelum melangkah atau membuat keputusan besar, timbanglah kesannya dengan hikmat Tuhan agar kaki kita tidak menyimpang ke arah kejahatan.

​Aplikasi Hari Ini:
​Hari ini, mari kita luangkan masa sejenak untuk memeriksa "pintu-pintu" hidup kita. Apakah yang paling banyak kita tonton dan dengar kebelakangan ini? Adakah mulut dan langkah kaki kita mencerminkan hati yang tunduk kepada Tuhan?

Ikuti doa ini....
​"Tuhan, selidiki hatiku (Leb) hari ini. Bersihkan sumbernya agar setiap fikiran, kata-kata, dan langkah kakiku memancarkan aliran kehidupan yang memuliakan-Mu. Amin."

JAGA KEYAKINAN DAN KESETIAAN MU HINGGAH KE AKHIR HAYAT - 1Raja-Raja 11:1-13​Raja Salomo memulakan pemerintahannya dengan...
09/07/2026

JAGA KEYAKINAN DAN KESETIAAN MU HINGGAH KE AKHIR HAYAT - 1Raja-Raja 11:1-13

​Raja Salomo memulakan pemerintahannya dengan sangat luar biasa. Baginda dianugerahkan hikmat yang luar biasa, kekayaan dan penghormatan untuk mendirikan Bait Suci bagi Tuhan.

Sesiapa sahaja yang melihat awal hidup Salomo pasti akan berfikir bahawa baginda adalah contoh manusia yang sangat diberkati.

​Namun, 1 Raja-raja 11 membawa kita kepada sebuah tragedi rohani yang mengejutkan. Seorang yang paling bijaksana di bumi, akhirnya jatuh dalam kebodohan.

Salomo berpaling daripada Tuhan yang memberikan segala-galanya kepada baginda.

​1. Kompromi Kecil Mengikis Kesetiaan.
​Kejatuhan Salomo tidak berlaku dalam masa singkat. Ia bermula dengan langkah-langkah kecil yang "praktikal" dan "strategik", iaitu perkahwinan politik dengan anak Firaun dan puteri-puteri asing.

Salomo mungkin berfikir baginda cukup kuat dan bijak untuk mengawal keadaan. Baginda menyangka hikmatnya mampu menapis pengaruh luar.

​Namun, firman Tuhan dalam ayat 2 sudah memberi amaran yang sangat jelas tentang bangsa-bangsa tersebut: "Janganlah kamu bergaul dengan mereka... sebab sesungguhnya mereka akan mencondongkan hatimu kepada allah-allah mereka." Salomo memandang remeh perintah ini dan memilih untuk menambatkan cintanya kepada mereka.

​Dalam hidup kita hari ini, kejatuhan rohani jarang bermula dengan keputusan besar untuk meninggalkan Tuhan. Ia bermula dengan kompromi-kompromi kecil seperti bertoleransi dengan dosa yang dianggap "biasa", membiarkan tabiat buruk berakar, kemudian mengabaikan suara Roh Kudus demi keselesaan duniawi. Jiwa kita tidak dirampas terus, tetapi dikikis sedikit demi sedikit.

​2. Bahaya Dua Hati.
​Alkitab mencatatkan bahawa Salomo tidak lagi "berpaut dengan sepenuh hati kepada TUHAN" (Ayat 4). Salomo tidak secara terang-terangan membuat pengisytiharan untuk berhenti menyembah Tuhan Israel. Baginda masih mengekalkan rutin ibadah di Bait Suci. Namun, pada masa yang sama, mendirikan bukit-bukit pengorbanan untuk dewa Kamos dan Molokh demi menyenangkan hati isteri-isterinya (Ayat 7-8).

​Inilah bahaya "Dua hati." Salomo menggabungkan penyembahan kepada Tuhan dengan penyembahan berhala. Hari ini, berhala kita mungkin bukan patung batu, tetapi apa sahaja yang mengambil alih kedudukan utama Tuhan dalam hidup kita, sama ada kerjaya, wang, status, hubungan, mahupun hobi. Tuhan tidak mahu sebahagian daripada hati kita; Dia mahu seluruh jiwa kita. Menyembah berhala, pada mata Tuhan, bukan lagi kesetiaan.

​3. Akhiran yang Baik Lebih Penting daripada Permulaan yang Hebat.
​Tragedi terbesar Salomo adalah baginda tersandung pada waktu baginda sudah tua (Ayat 4). Selepas bertahun-tahun hidup dalam berkat dan melihat sendiri kesetiaan Tuhan, bahkan Tuhan menampakkan diri kepadanya sebanyak dua kali (Ayat 9), Salomo gagal menjaga hatinya di saat-saat akhir hidupnya.

​Kisah ini menjadi peringatan tegas kepada kita semua, tidak kira berapa lama kita telah mengikut Tuhan, atau berapa banyak pelayanan yang telah kita lakukan. Pengalaman masa lalu dan pencapaian rohani kelmarin tidak menjamin kesetiaan kita hari ini kepada Tuhan jika kita berhenti berjaga-jaga.

Iman seperti larian maraton, bukan pecutan jarak dekat. Bukan permulaan hebat yang penting, tetapi bagaimana menamatkan larian kesetiaan tersebut.

​Renungan Peribadi...
​Melalui kisah kejatuhan Salomo, kita melihat sifat Tuhan yang adil. Dosa membawa akibat; kerajaan Salomo akhirnya dikoyakkan akibat ketidaktaatannya (Ayat 11). Namun, di sebalik kemurkaan-Nya, kita masih melihat rahmat Tuhan yang tetap memegang janji-Nya kepada Daud (Ayat 12-13).

​Mari kita selidiki hati kita hari ini:
1. ​Apa "kompromi kecil" dalam hidup kita yang sedang menjauhkan kita daripada Tuhan secara perlahan-lahan?

2. Tidakkah hati kita sedang terbahagi antara mengejar Tuhan dan mengejar kepuasan dunia?

​Ikuti doa ini..
Tuhan, selidikilah hatiku. Jangan ada jalan yang serong di hatiku. Berikan aku hati yang murni dan padu, supaya aku tetap setia berpaut kepada-Mu, dari permulaan hidupku sehinggalah ke saat akhir hidupku. Amin.

MANIFISTASI KUASA  ALLAH DI DALAM YESUS
03/07/2026

MANIFISTASI KUASA ALLAH DI DALAM YESUS

Merancang Bersama TuhanMERANCANG BERSAMA TUHAN.​Bacaan Alkitab: Yakobus 4:13-17​Pernahkah kita merancang masa depan deng...
28/06/2026

Merancang Bersama Tuhan
MERANCANG BERSAMA TUHAN.

​Bacaan Alkitab: Yakobus 4:13-17

​Pernahkah kita merancang masa depan dengan begitu teliti, lalu menganggap segalanya pasti berjalan lancar?

Merancang itu baik, tetapi firman Tuhan hari ini memberikan teguran penting tentang sikap hati kita ketika menyusun rencana hidup.

​1. Hidup Kita Seperti Uap (Ayat 13-14).
​Yakobus menegur sikap orang yang dengan angkuh berkata, "Hari ini atau besok kami berangkat... tinggal setahun dan berdagang serta mendapat untung." Mereka merancang seolah-olah mereka memegang kendali penuh atas waktu.

​Namun, realitinya kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi esok. Yakobus menggambarkan hidup manusia seperti uap—muncul sebentar, lalu lenyap.

Kerapuhan hidup ini mengingatkan kita bahawa kekuatan dan nafas hidup kita bukanlah milik kita, melainkan pinjaman daripada Tuhan.

​2. "Jika Tuhan Menghendakinya" (Ayat 15-16).
​Alkitab tidak melarang kita membuat perancangan. Yang ditentang oleh Yakobus ialah merancang tanpa melibatkan Tuhan.

Ayat 15 mengajar kita sikap yang betul:
​"Sebenarnya kamu harus berkata: 'Jika Tuhan menghendakinya, kami akan hidup dan berbuat ini dan itu.'"

​Ungkapan ini bukan sekadar adat berbicara, tetapi lambang penyerahan total. Ini adalah pengakuan bahawa sekiranya Tuhan mengubah atau membatalkan rancangan kita demi kehendak-Nya yang lebih mulia, kita bersedia tunduk dengan hati yang rendah.

Mengabaikan Tuhan dalam rencana kita adalah satu bentuk kesombongan rohani.

​3. Lakukan Kebaikan Hari Ini (Ayat 17).
​Renungan ini ditutup dengan peringatan: "Jadi jika seorang tahu bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa."

​Kerana hidup ini singkat dan tidak menentu, jangan pernah menangguh untuk taat dan berbuat baik.

Jangan tunggu sehingga keadaan "sempurna" baru kita mahu melayani, memberi, atau mengasihi. Gunakan setiap peluang yang Tuhan berikan pada hari ini juga.

​Refleksi Peribadi:
​Adakah rancangan masa depan, kerjaya, atau perniagaan anda hari ini sudah diserahkan sepenuhnya ke dalam tangan Tuhan?
​Bersediakah anda sekiranya Tuhan mengubah arah perancangan anda?

Ikuti ​doa ini...
Ya Bapa yang berkuasa, ampunkan kami jika sering melangkah dengan keangkuhan seolah-olah kami penentu masa depan sendiri. Kami sedar hidup kami singkat seperti uap. Hari ini, kami serahkan seluruh rancangan hidup kami ke dalam kedaulatan-Mu. Peganglah hidup kami, dan biarlah kehendak-Mu yang mendahului segala-galanya. Dalam nama Tuhan Yesus, kami berdoa. Amin.

RAHASIA KESATUAN BANGSA BORNEO - Filipi 2:1-4​Setiap orang daripada kita, sama ada sebagai ahli keluarga mahupun anggota...
25/06/2026

RAHASIA KESATUAN BANGSA BORNEO - Filipi 2:1-4

​Setiap orang daripada kita, sama ada sebagai ahli keluarga mahupun anggota jemaat, pasti menginginkan sebuah komuniti, keluarga, atau masyarakat yang harmoni dan penuh dengan kedamaian.

Namun realitinya, menyatukan banyak kepala dengan pelbagai latar belakang, kaum dan personaliti bukanlah satu perkara yang mudah. Sering kali, perbezaan pendapat membawa kepada perbalahan.

Melalui suratnya kepada jemaat di Filipi (Filipi 2:1-4), Rasul Paulus memberikan kita "formula" penting tentang bagaimana membina kesatuan yang sejati dan bertahan lama.

​Ada tiga tiang kesatuan.
​Dalam bahagian ini, Paulus menekankan bahawa kesatuan tidak berlaku dengan sendirinya, melainkan dibina di atas tiga perkara utama.

1. ​Ingat Kasih Kristus (Ayat 1): Kesatuan kita tidak bermula daripada usaha kita sendiri, tetapi daripada apa yang telah kita terima melalui Roh Kudus.

Kita telah menerima penghiburan, kasih, dan persekutuan daripada Roh Kudus. Kerana kita telah dikasihi oleh Tuhan, kita sepatutnya mengalirkan kasih itu kepada orang di sekeliling kita.

2. ​Matikan Ego dan Kesombongan (Ayat 3): Perosak utama kesatuan ialah sikap mementingkan diri sendiri dan keinginan untuk dipuji.

Dalam konteks praktikal, sikap ini sering kali melahirkan amalan nepotisme dan kronisme, di mana kita hanya mengutamakan ahli keluarga atau kelompok sendiri demi kepentingan peribadi.

Penawar kepada semua ini ialah kerendahan hati. Paulus mencabar kita untuk menganggap orang lain lebih utama daripada diri sendiri. Ini bermakna kita bersedia bertindak adil, mendengar, menghormati, dan tidak merasa diri atau kelompok kita sentiasa betul atau lebih layak daripada orang lain.

3. ​Kepedulian yang Nyata (Ayat 4): Kesatuan dibuktikan apabila kita tidak hanya memikirkan tentang kepentingan atau keselesaan diri sendiri, tetapi mula mengambil berat dan memedulikan keperluan orang lain.

​Penutup, saudara-saudari yang dikasihi dalam Kristus, kesatuan gereja, keluarga, malah kebersamaan kita sebagai penduduk di bumi Borneo hari ini, bermula daripada keputusan peribadi kita sendiri.

Prinsip firman Tuhan ini sangat penting bukan sahaja untuk jemaat, tetapi juga sebagai asas fundamental dalam penyatuan seluruh rumpun dan wilayah Borneo, yang merangkumi Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei.

​Sebagai anak-anak Borneo, kita perlu berani mengenepikan segala perbezaan agama, ideologi politik, dan sempadan kaum demi agenda yang lebih besar. Mari kita buang segala sikap ego, prejudis, atau keinginan untuk menonjolkan kelompok sendiri sahaja.

Melalui semangat kerendahan hati dan saling menghormati ini, kita bukan sahaja dapat mengukuhkan gereja, malah dapat menyatukan dan membina bangsa Borneo yang hebat, kuat dan berdaulat, sehinggakan menutup rapat segala ruang dan peluang bagi bangsa asing untuk menceroboh tanah air Borneo kita.

​Hari ini, cabarlah diri kita untuk melakukan satu tindakan nyata. Berbicaralah dengan lemah lembut, dengarlah pandangan orang lain dengan sabar, dan bersatulah demi kebaikan bersama.

Apabila kita hidup dalam kerendahan hati, sukacita Tuhan akan sempurna di atas tanah Borneo ini, dan nama Tuhan akan dipermuliakan.

​Tuhan Yesus memberkati kita semua. Amen

RAHSIA BESAR SUATU KEYAKINAN - Kolose 1: 24-29Dalam dunia hari ini, orang sering mengukur kejayaan berdasarkan keselesaa...
23/06/2026

RAHSIA BESAR SUATU KEYAKINAN - Kolose 1: 24-29

Dalam dunia hari ini, orang sering mengukur kejayaan berdasarkan keselesaan, kekayaan, dan pangkat. Namun, kehidupan Rasul Paulus menunjukkan sesuatu yang berbeza sama sekali.

Ketika menulis surat kepada jemaah di Kolose, beliau sebenarnya sedang meringkuk di dalam penjara.

Walaupun dalam keadaan susah, perkara pertama yang diucapkan oleh Paulus dalam ayat ini bukanlah rungutan, sebaliknya: "Sekarang aku bersukacita..." (ay. 24). Apakah rahsia di sebalik sukacita yang luar biasa ini?

​1. Sukacita Walaupun Menghadapi Kesusahan (Ayat 24-25).
​Paulus tidak melihat penjara sebagai penamat hidupnya. Beliau tahu bahawa kesusahan yang dialaminya adalah sebahagian daripada tugas penting yang diamanahkan oleh Allah.

Paulus rela menanggung penderitaan fizikal demi kebaikan dan pertumbuhan keyakinan jemaah Tuhan.

​Bagi kita hari ini, keputusan untuk hidup jujur, benar, dan melayani orang lain pasti menuntut pengorbanan—sama ada pengorbanan masa, tenaga, wang, mahupun perasaan.

Namun, apabila kita sedar bahawa pengorbanan itu adalah cara untuk menunjukkan kasih Yesus yang sebenar kepada dunia, beban yang berat itu akan bertukar menjadi satu penghormatan dan membawa sukacita di dalam hati.

​2. Rahsia Besar yang Memberi Harapan (Ayat 26-27).
​Paulus kemudiannya mendedahkan satu rahsia besar yang sudah lama tersembunyi berabad-abad lamanya. Rahsia itu bukannya satu ilmu ghaib, melainkan satu realiti rohani: "Kristus ada di dalam kamu".

​Bagi orang yang bukan berbangsa Yahudi pada zaman itu, ini adalah berita yang sangat mengejutkan. Tuhan yang Maha Kuasa bukan lagi Tuhan yang jauh di syurga, dan kasih keselamatan-Nya bukan lagi terhad untuk satu bangsa sahaja. Melalui keyakinan, Kristus sendiri memilih untuk tinggal menetap di dalam hati setiap orang yang percaya melalui Roh Kudus-Nya.

Kehadiran Kristus di dalam diri kita inilah yang menjadi jaminan ketenteraman dan harapan yang kuat bahawa kita akan hidup bersama-sama Allah dalam kemuliaan-Nya kelak.

​3. Matlamat Hidup dan Sumber Kekuatan Kita (Ayat 28-29).
​Apakah tujuan utama selepas Kristus tinggal di dalam hati kita? Paulus menyatakan: "...untuk membawa setiap orang ke hadirat Allah sebagai orang yang matang di dalam Kristus." (ay. 28).

Keyakinan kita bukan sekadar tiket untuk ke syurga, tetapi satu proses pertumbuhan. Kita dipanggil untuk saling menasihati dan membimbing dengan bijaksana supaya watak dan perbuatan kita semakin hari semakin menyerupai Yesus.

​Paulus jujur mengakui bahawa perjuangan ini tidak mudah dan memenatkan. Beliau bekerja keras seolah-olah seorang atlet yang bertanding bersungguh-sungguh. Namun, kunci ketahanan Paulus adalah kerana beliau tidak bergantung pada kekuatan dirinya sendiri. Ayat 29 menjelaskan rahsianya: "iaitu kuasa Kristus yang bekerja dengan sangat kuat di dalam dirinya".

​Refleksi dan Aplikasi renungan kita:
​Apabila kita berasa penat dengan cabaran hidup, atau mula berputus asa dalam mengikut Tuhan, ingatlah tiga perkara ini:

1. Ubah Cara Berfikir: Pandanglah setiap ujian bukan sebagai hukuman, tetapi sebagai ruang untuk mendewasakan keyakinan kita.

2. ​Sedar Kehadiran Tuhan:
Anda tidak berjuang sendirian. Kristus yang hidup itu ada di dalam hati anda sekarang melalui pimpinan Roh Kudus. Dia sangat dekat, Dia faham situasi anda, dan Dia sedang mengubah hidup anda dari dalam.

3. ​Bersandar pada Kuasa Tuhan:
Jangan jalani kehidupan hari ini dengan kekuatan mu sendiri. Mintalah bantuan Roh Kudus untuk memberikan tenaga dan kekuatan yang baru setiap hari.

Ikuti ​doa ini:
Ya Tuhan, terima kasih atas rahsia besar yang telah Engkau nyatakan dalam hidupku. Terima kasih kerana Kristus hidup dan tinggal di dalam hatiku. Ampunilah aku jika sering kali aku merungut dan cuba menyelesaikan masalah dengan kekuatan ku sendiri. Berikanku hati yang tabah seperti Paulus, dan penuhilah aku dengan kuasa-Mu supaya aku boleh terus bertumbuh mempunyai keyakinan yang matang dan memuliakan nama-Mu. Amin.

LEPASKAN EGO DAN SOMBONG MU - Ayub 40:20-41:2Dalam petikan ini, Tuhan berbicara kepada Ayub dari dalam badai. Uniknya, T...
22/06/2026

LEPASKAN EGO DAN SOMBONG MU - Ayub 40:20-41:2

Dalam petikan ini, Tuhan berbicara kepada Ayub dari dalam badai. Uniknya, Tuhan tidak memberikan jawapan falsafah tentang punca penderitaan Ayub. Sebaliknya, Dia membawa perhatian Ayub kepada seekor buaya (lewiatan)—makhluk yang dahsyat, bersisik keras bagai perisai, dan tidak dapat dijinakkan oleh sesiapa pun.
Melalui gambaran makhluk yang mengerikan ini, Tuhan sedang mendidik iman Ayub untuk melihat gambaran yang lebih besar di sebalik ujian hidupnya.

​Pengajaran Utama

1. ​Sedar akan Had Kemampuan Kita (Ayub 40:20)
Tuhan memulakan dengan soalan retoris: "Dapatkah engkau menarik buaya (lewiatan) dengan kail...?" Bagi manusia, mengendalikan ikan kecil dengan kail adalah mudah, tetapi cuba menjinakkan buaya (lewiatan) dengan tali adalah satu kebodohan. Sering kali dalam hidup, kita berhadapan dengan "buaya (lewiatan)" moden—sama ada ia berupa ujian kewangan, penyakit kronik, atau konflik yang besar.
Ayat ini mengingatkan kita bahawa kekuatan, logik, dan kebijaksanaan manusia ada hadnya. Ada perkara di dunia ini yang memang di luar kawalan kita.

2. ​Berhenti Berlagak Ego dan Sombong di Hadapan Tuhan (Ayub 41:2)
Kemuncak daripada teguran Tuhan ini tertulis: "Orang yang kejam pun tidak berani membangkitkan kemarahannya. Siapakah yang dapat bertahan di hadapan-Ku?"
Ayub sebelum ini telah mempersoalkan keadilan Tuhan atas penderitaan berat yang dialaminya. Melalui buaya (lewiatan), Tuhan memberikan analogi yang sangat tajam: Jika dengan makhluk ciptaan-Nya yang ganas pun manusia sudah gementar dan tidak berani melawan, masakan kita berlagak ego dan sombong untuk menuntut, menyalahkan, atau mempersoalkan keputusan Penciptanya?

3. ​Kedaulatan Tuhan adalah Kedamaian Kita. Walaupun teguran Tuhan ini kedengaran tegas, ia sebenarnya membawa mesej penghiburan yang sangat mendalam. Tuhan seolah-olah berkata: "Engkau tidak mampu mengawal buaya (lewiatan), tetapi Akulah yang menciptanya dan dia tunduk di bawah kuasa-Ku."
Jika makhluk yang paling liar dan menakutkan di lautan pun berada di bawah kendali penuh Tuhan, maka tiada satu pun masalah atau penderitaan dalam hidup kita yang berada di luar kawalan-Nya.

Penutup
​Cabaran terbesar bagi kita hari ini adalah melepaskan ego dan kesombongan kita. Apabila badai hidup melanda, kecenderungan kita adalah merungut, mempersoalkan keadilan Tuhan, atau bergantung sepenuhnya pada kekuatan sendiri sehingga kita menjadi kecewa.
​Cabaran untuk kita melalui renungan ini adalah, mampukah kita tetap percaya dan berserah apabila berada dalam situasi yang tidak kita fahami?
Berhentilah berpaut pada kekuatan sendiri. Mari serahkan segala "buaya (lewiatan)" atau masalah besar yang sedang menggoncang hidup kita hari ini ke dalam tangan Tuhan yang berdaulat, kerana di dalam tangan-Nya, perkara yang mustahil bagi kita adalah sangat mudah bagi-Nya.

Tuhan Yesus memberkati. ​Amen.

Address

Telupid
89300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BFJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share