Masjid Ar-Rahmaniah Parit 9 Labu Kubong

Masjid Ar-Rahmaniah Parit 9 Labu Kubong Selamat Datang Ke Laman Rasmi Masjid Ar-Rahmaniah Parit 9, Labu Kubong

KELAS MENGAJI MUSLIMAT BERSAMA USTAZAH NAJIHAAlhamdulillah, telah berlangsung sesi kelas mengaji muslimat bersama Ustaza...
15/07/2026

KELAS MENGAJI MUSLIMAT BERSAMA USTAZAH NAJIHA

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi kelas mengaji muslimat bersama Ustazah Najiha, Pegawai KEMAS pada pagi tadi di Masjid Ar-Rahmaniah.

Semoga setiap ayat suci Al-Quran yang dipelajari menjadi asbab ketenangan hati, menambahkan ilmu serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan muslimat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan terus istiqamah menuntut ilmu agama. Semoga majlis ilmu seperti ini sentiasa diberkati Allah SWT.

Berikut Jadual Pengajian Masjid Ar-Rahmaniah BULAN JULAI TAHUN 2026Jom sama-sama kita memeriahkan Masjid dengan majlis i...
15/07/2026

Berikut Jadual Pengajian Masjid Ar-Rahmaniah BULAN JULAI TAHUN 2026

Jom sama-sama kita memeriahkan Masjid dengan majlis ilmu. Moga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita terhadap ilmu Islam.



PEMBANGUNAN RUMAH CENDAWAN MASJID AR-RAHMANIAHAlhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Rumah Cendawan di Masjid Ar-Rahmaniah...
14/07/2026

PEMBANGUNAN RUMAH CENDAWAN MASJID AR-RAHMANIAH

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Rumah Cendawan di Masjid Ar-Rahmaniah kini sedang giat dijalankan. Sedikit demi sedikit, usaha ini direalisasikan sebagai salah satu inisiatif menjana ekonomi masjid serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Semoga segala urusan pembinaan dipermudahkan, berjalan lancar dan menjadi asbab keberkatan serta sumber rezeki yang berpanjangan buat masjid dan ummah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong dan mendoakan usaha ini. Moga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang terbaik.

Insyaallah malam ini akan diadakan kuliah Maghrib oleh Ustaz Lutfi di Masjid Ar-Rahmaniah. Dijemput hadir semua jemaah y...
14/07/2026

Insyaallah malam ini akan diadakan kuliah Maghrib oleh Ustaz Lutfi di Masjid Ar-Rahmaniah.

Dijemput hadir semua jemaah yang berkelapangan ke Masjid untuk menunaikan solat Maghreb berjemaah dan mengikuti kuliah Maghreb malam ini.

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ALLAH memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga. (Riwayat Muslim)



PROGRAM GENG BUDAK MASJID KEMBALI!Ayuh ibu bapa dan anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Geng Buda...
14/07/2026

PROGRAM GENG BUDAK MASJID KEMBALI!

Ayuh ibu bapa dan anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Geng Budak Masjid di Masjid Ar-Rahmaniah sepanjang bulan Ogos ini.

Program ini bukan sekadar mengajak anak-anak memulakan hari dengan Solat Subuh berjemaah, malah menjadi platform untuk membentuk sahsiah, mendidik disiplin, memupuk kecintaan kepada masjid serta mengeratkan ukhuwah sesama rakan.

Istimewanya, setiap kehadiran akan menerima duit belanja sebanyak RM5 sebagai galakan kepada anak-anak untuk terus istiqamah mengimarahkan rumah Allah.

Jom sama-sama kita jadikan masjid sebagai tempat yang paling dekat di hati anak-anak kita. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang cintakan solat, berakhlak mulia dan sentiasa memakmurkan rumah Allah.

“Mari Bersama-sama Mengimarahkan Masjid"

BIRO PERTANIAN MASJID AR-RAHMANIAHAlhamdulillah, tanaman sayur kailan yang diusahakan oleh Biro Pertanian Masjid Ar-Rahm...
14/07/2026

BIRO PERTANIAN MASJID AR-RAHMANIAH

Alhamdulillah, tanaman sayur kailan yang diusahakan oleh Biro Pertanian Masjid Ar-Rahmaniah semakin subur dan membesar.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkasakan sektor pertanian masjid sebagai sumber manfaat kepada komuniti, di samping menyemai budaya bercucuk tanam dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

Semoga setiap benih yang ditanam dan setiap usaha yang dicurahkan menjadi saham akhirat serta memberi manfaat kepada ramai.

“Bertani dengan ikhlas, menuai keberkatan.”





TELAH BERLANGSUNG | KURSUS UMRAH PERCUMA DI MASJID AR-RAHMANIAHAlhamdulillah, Kursus Umrah Percuma telah berlangsung den...
12/07/2026

TELAH BERLANGSUNG | KURSUS UMRAH PERCUMA DI MASJID AR-RAHMANIAH

Alhamdulillah, Kursus Umrah Percuma telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Ar-Rahmaniah.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta penceramah yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan ibadah umrah. Semoga segala ilmu yang disampaikan menjadi panduan yang bermanfaat dan dipermudahkan segala urusan untuk menjadi tetamu Allah SWT.

Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

12/07/2026

SEDANG BERLANGSUNG | KURSUS UMRAH PERCUMA DI MASJID AR-RAHMANIAH

Alhamdulillah, Kursus Umrah Percuma kini sedang berlangsung di Masjid Ar-Rahmaniah dengan penyertaan yang amat menggalakkan.

Semoga segala perkongsian dan ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi panduan dalam membuat persediaan untuk menjadi tetamu Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga program ini diberkati dan mendapat keredaan Allah SWT.

11/07/2026

PENJAGAAN VAN JENAZAH MASJID AR-RAHMANIAH

Alhamdulillah, Team Skuad Kapan Masjid Ar-Rahmaniah telah menghantar Van Jenazah Masjid Ar-Rahmaniah untuk menjalani proses polish bagi mengembalikan seri dan kilauan kenderaan agar sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Usaha penjagaan ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan setiap aset masjid sentiasa bersih, kemas dan bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat pada bila-bila masa diperlukan.

Semoga segala usaha dan sumbangan semua pihak yang terlibat diberkati Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berpanjangan. Terima kasih kepada Team Skuad Kapan atas komitmen yang sentiasa diberikan demi kebajikan ummah.

Address

Kampung Parit 9 6/R, Labu Kubong, Chenderong Balai
Teluk Intan
36600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar-Rahmaniah Parit 9 Labu Kubong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Ar-Rahmaniah Parit 9 Labu Kubong:

Shortcuts

Share

Category