Skuad Jihad Ekonomi MMTI

Skuad Jihad Ekonomi MMTI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuad Jihad Ekonomi MMTI, Mosque, Teluk Intan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.  ISNIN 21 Mac 2022bersamaan 18 Syaaban 144...
21/03/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.

ISNIN 21 Mac 2022
bersamaan 18 Syaaban 1443H

Alhamdulillah, bersempena kejayaan team Usahawan Cili MMTI melaksanakan projek Kebuniti Cili untuk musim yang pertama, satu majlis kesyukuran ringkas yang ditaja oleh Pemangku Pengerusi MMTI, Tuan Hj Ibrahim Arshad telah diadakan di Cafe Gold Taste.

Ia telah dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran oleh Al Fadhil Ustaz Hj Jaafar Puteh, Imam MMTI dan diikuti oleh ucapan ringkas Pemangku Pengerusi. Turut hadir ialah Tuan Imam Pichi bin Lut.

Kesemua ahli team Usahawan Cili MMTI dan para sukarelawan Skuad Jihad Ekonomi dan Pendidikan MMTI hadir dalam majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ                              بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱ...
21/03/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍJUMAAT 18 Mac 2022
bersamaan 15 Syaaban 1443H

🌶️ Kebuniti Cili MMTI telah menerima kunjungan daripada YBrs. Puan Norsiyenti binti Othman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, yang turut diiringi oleh En Mohd Sharifuddin bin Yunus, Pegawai Pertanian Daerah Hilir Perak serta para pegawai pertanian negeri dan daerah.

🌶 Tujuan utama lawatan ini ialah bagi meninjau perkembangan projek serta bagi memastikan perlaksanaan nya telah menepati piawaian yang ditetapkan. Taklimat ringkas berkaitan status semasa projek telah diadakan di bilik mesyuarat MMTI dan telah disampaikan oleh En Muhammad bin Hj Abu Bakar, Setiusaha J-MMTI

🌶 Sejurus selepas itu, para tetamu telah dibawa melawat kebun dan melihat sendiri keadaan nya. Ketika ini, Kebuniti Cili MMTI sedang memasuki musim kedua, dan insha Allah anak-anak pokok baharu akan mula di tanam dalam tempoh seminggu ini.

🌶 Banyak cadangan penambahbaikan telah diutarakan oleh Puan Pengarah. Selain itu, Team Usahawan Cili MMTI juga menerangkan beberapa program/inisiatif susulan yang bakal dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana. Ia termasuk jalinan kerjasama bersama Yayasan Universiti Multimedia (dalam konteks pemerkasaan gerakan waqaf pertanian), Universiti Tenaga Nasional (inovasi & teknologi pintar), Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan dan World Farm International (Taman Mini Pertanian Sedunia).

🌶 Turut hadir bersama ialah Rakan-rakan Sinergi MMTI iaitu Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan yang diwakili oleh Pengarah, En Norazman bin Marjuki dan World Farm International yang diwakili oleh En Abdul Razak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ                              بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱ...
28/02/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍJUMAAT 25 Februari 2022
bersamaan 24 Rejab 1443H

🌶️ Pada petang Jumaat yang penuh berkat, Kebuniti Cili MMTI telah dikunjungi oleh YABhg. Dato' Seri Mohd. Annuar bin Zaini Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dan isteri. Tentunya ia menjadi satu catatan yang amat istimewa dan signifikan kepada projek yang diusahakan oleh Team Usahawan Cili MMTI di bawah Skuad Jihad Pendidikan dan Sosio-ekonomi MMTI

🌶️ YABhg Dato' Seri telah diberikan taklimat berkaitan perkembangan semasa Kebun Cili termasuk perancagan masa hadapan. Selain memberi pandangan serta cadangan untuk penambahbaikan, YABHg dan isteri juga telah memborong kesemua hasil tuaian dan produk hiliran Kebun Cili MMTI untuk di 'hadiahkan' kepada para pegawai pengiring dan keluarga. Lebih menyentuh perasaan ialah apabila YABhg. Dato' Seri telah turut menyerahkan sumbangan peribadi untuk untuk tujuan Infaq.

Hadir mengiringi YABhg Dato' Seri ialah YBhg Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' (Dr.) Hj. Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak dan YBrs En Shahrul Azam bin Shaari Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk serta para pegawai MAIPk dan JAIPk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.  SELASA 25 Januari 2021 bersamaan 22 Jamad...
09/02/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.

SELASA 25 Januari 2021
bersamaan 22 Jamadilakhir 1443H

Sentiasa membimbing dengan bijaksana, menegur dengan hikmah, mencetus inspirasi dengan penuh kasih, membuatkan YBhg Dato' Orang Besar Jajahan sentiasa dekat di hati Skuad Jihad Ekonomi dan Pendidikan MMTi.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YDH Toh Muda Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' Dr Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak yang telah mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk dilantik sebagai Orang Besar Lapan Negeri Perak bergelar YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota.

ISNIN 7 Februari 2022 bersamaan 6 Rejab 1443Kebun Cili MMTI menerima kunjungan istimewa YBhg Orang Kaya-Kaya Laksamana R...
09/02/2022

ISNIN 7 Februari 2022
bersamaan 6 Rejab 1443

Kebun Cili MMTI menerima kunjungan istimewa YBhg Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' Hj Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak.

Kunjungan yang dimulakan dengan sesi perbincangan bersama Skuad Jihad Ekonomi dan Pendidikan MMTI seterusnya lawatan ke kebun. Ia adalah sebahagian dari siri kunjungan berkala YBhg Dato ke MMTI dan ia juga adalah manifestasi hubungan rapat YBhg Dato' dengan MMTI dan ahli kariahnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.  SELASA 28 Disember 2021bersamaan 23 Jamad...
03/01/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.

SELASA 28 Disember 2021
bersamaan 23 Jamadilawal 1443H

📯Majlis Perasmian Projek Pertanian Komuniti Bandar @ Kebun Cili Masjid Melayu Teluk Intan📯

💚Alhamdulillah, dengan izin dan pekenan Allah swt jua, Kebun Cili MMTI telah sempurna dirasmikan oleh YBrs Tuan Saidi bin Hj Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Daerah Sultan Idris 2, Teluk Intan dalam satu majlis ringkas tetapi amat bermakna.

💚Projek Pertanian Komuniti Bandar @ Kebun Cili MMTI ini dijayakan dengan kerjasama erat Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak, dan diusahakan oleh Kumpulan Usahawan Cili MMTI. Ia adalah projek utama di bawah Inisiatif Strategik Jihad Ekonomi & Pendidikan (IS-JEP) MMTI.

💚IS-JEP adalah merupakan salah satu pelan teras yang dirangka khusus untuk memperkasa peranan MMTI terhadap ahli kariah dalam aspek ekonomi (sara hidup) dan pendidikan. IS-JEP memberi fokus kepada perlaksanaan program-program bersasar dan berimpak tinggi, dengan jalinan dan daya usaha bersama rakan-rakan sinergi MMTI.

💚Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDH Toh Mahkota Lela Tuan Hj Abu Bakar bin Yussuf @ Muhammad, Orang Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, YBrs En Muhammad Sharifuddin bin Yunus, Pegawai Pertanian Daerah Hilir Perak dan juga Al Fadhil Tuan Hj Jamil bin Sapri, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak.

💚Usai ucapan perasmian, Pegawai Pertanian Daerah Hilir Perak, En Muhammad Sharifuddin bin Yunus telah menyerahkan 'Kunci Kebun' kepada Tuan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Masjid Daerah Sultan Idris 2 yang kemudian nya menyerahkan kunci tersebut kepada Tuan Hj Ibrahim bin Arshad, Pemangku Pengerusi MMTI. Ia turut disaksikan oleh En Muhammad Tarmizie bin Bidin, Pengerusi Eksekutif Imperia Asia International Sdn Bhd yang merupakan Rakan Sinergi Agro kepada MMTI.

💚Setelah menikmati jamuan ringan dalam suasana kekeluargaan, para tetamu telah turut dibawa melawat Kebun Cili MMTI. Satu taklimat ringkas turut disampaikan oleh Tuan Hj Ibrahim bin Arshad berkaitan perkembangan semasa kebun cili.

💚Sebagai tanda ingatan dan kasih sayang, kesemua tetamu yang hadir telah dihadiahkan dengan pek istimewa Cili MMTI.

💚Tuan-tuan Imam MMTI iaitu Al Fadhil Ustaz Hj Jaafar bin Puteh dan En Pichi bin Lu turut meraikan para tetamu, yang antara lainnya ialah;

1. En Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTPN

2. Cik Mastura bin Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN

3. En Andi Nurali bin Mohamed, Pengurus Besar PTPTN Perak

4. En Muhammad Hatta bin Ibrahim, Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan

5. En Nor Azman, Pengarah Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan

6. Inspektor Al Ikhsan bin Borhan, Ketua Polis Balai Polis Teluk Intan, merangkap YDP PIBG SK Kg Bahagia

7.Tuan Hj Ramli bin Abdul Rashid, Ketua Penggerak, Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti dan Swasta-Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak(KPIBKS-PPDhip)

8. Tuan Hj Mohamed Shafie bin Abdul Karim, mantan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

9. Puan Hjh Anita Salmi binti Yang Ghazali, Guru Besar SK Kg Bahagia

10. En Esma Hafiz, Pengerusi Persatuan Baitul Sa'adah Teluk Intan

11. En Mohd Nordin Zuhri, Pengurus Cawangan PTPTN Teluk Intan

12/12/2021

Projek cili MMTI ni bukan sahaja hanya berkaitan cili tetapi Jawatankuasa MMTI telah menetapkan pelbagai objektif lain yang perlu dicapai oleh Skuad Jihad Ekonomi MMTI.

Salah satu daripada nya ialah supaya MMTI akhirnya mempunyai team media nya sendiri dengan krew yang kompeten. Jadi sekarang ni kami sedang cuba-cuba dulu😎

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.  AHAD 12 Disember 2021   bersamaan 7 Jamad...
11/12/2021

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكمورحمة اللهوبركاته.

AHAD 12 Disember 2021
bersamaan 7 Jamadilawal 1443H

Alhamdulillah, hasil tuaian kedua pada hari Khamis yang lepas telah habis dijual. Berkat usaha penjagaan pokok/kebun yang rapi dan sistematik oleh team Usahawan Cili MMTI serta dibantu oleh Skuad Jihad Ekonomi MMTI tuaian kali kedua ini mencatatkan peningkatan hasil yang ketara iaitu 15.5 kilogram berbanding hanya kurang lebih 5 kilogram semasa tuaian pertama.

Bimbingan dan pemantauan secara konsisten dari sahabat strategik agro MMTI dari Imperia Agro farm amat membantu dalam memastikan pengurusan kebun cili MMTI mencapai standard industri/komersial. Begitu juga dengan kunjungan serta khidmat nasihat berterusan dari Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمISNIN 6 Disember 2021bersamaan  1 Jamadil Awal 1443H💚The Power of INFAQ💚Alhamdulilla...
06/12/2021

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ISNIN 6 Disember 2021
bersamaan 1 Jamadil Awal 1443H

💚The Power of INFAQ💚

Alhamdulillah, hampir kesemua hasil keluaran sulung cili ini telah dibeli oleh pengikut setia program Usahawan Cili MMTI yang kemudian nya di infaqkan untuk golongan asnaf.

Bagi yang berminat, bolehlah hubungi:
http://www.wasap.my/+60129157159

05/12/2021

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

💚 PELUANG UNTUK BERINFAQ/BERSEDEKAH

🌶️Skuad Jihad Ekonomi MMTI bersetuju dengan cadangan para jemaah agar membuka peluang bagi sesiapa yang berhasrat untuk MEMBELI dan seterusnya MENG-INFAQ/BERSEDEKAH.

🛒 Caranya amat mudah. Anda boleh membeli pek-pek cili dan kemudian nya meng-infaq kan nya kepada kumpulan asnaf. Urusan pemilihan dan penyampaian kepada mereka akan diuruskan oleh Skuad Jihad Ekonomi MMTI

⭕Bagi yang tinggal berjauhan dan tidak dapat datang sendiri ke kebun cili MMTI, anda boleh hubungi http://www.wasap.my/+60129157159 bagi urusan berkaitan.

🌶️Hasil tuaian buah sulung ini adalah terhad, jadi ia berdasarkan siapa cepat

Address

Teluk Intan
36000

Telephone

+60129157159

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Jihad Ekonomi MMTI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category